Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
gaya hidup

Kalau Tak Boleh Patuh Makan Satu Meja 2 Orang, Makan Saja di Rumah – Peniaga Pening Layan Ragam Pelanggan.

Afiza Kamarulzaman 15/02/2021 | 02:52 MYT
Seorang peniaga yang tidak mahu dikenali meluahkan rasa terkilan dan stres apabila melayan kerenah pelanggan yang mula datang makan di kedai sejak kelonggaran PKP membenarkan orang ramai makan di kedai dengan syarat satu meja hanya dua orang sahaja.
“Bukan tak bersyukur dengan kehadiran pelanggan yang dikatakan bawa rezeki tapi kadang-kadang rasa serba-salah dibuatnya,” Ujar Pak Cik Lah (bukan nama sebenar) berkenaan sikap segelintir orang kita yang masih acuh tak acuh mematuhi SOP ini.
Pak Cik Lah yang membuka kedai makan tengah hari meluahkan rasa terkilan itu berikutan setiap hari pasti ada pelanggan yang meminta lebih daripada yang ditetapkan oleh kerajaan seperti hanya boleh makan dua orang di satu meja.
Kredit Foto: Google
Berikut antara kerenah pelanggan apabila mahu makan di kedainya:
Kredit Foto: Google
Tolonglah Faham, Jangan Banyak Soal Jawab
Pak Cik Lah meminta kerjasama orang ramai agar memahami maksud SOP yang telah ditetapkan. Mungkin ada yang kata mampu bayar tetapi ingatlah ia juga melibatkan pihak restoran jika tidak mematuhi SOP itu.
“Kami orang berniaga, banyak benda nak kena difikirkan. Kadang-kadang memang rasa tak buka untuk bungkus bawa balik saja. Tapi, susah pula nanti kerana kedai lain tawarkan servis makan di kedai. Kena fikirkan persaingan juga. Jadi, kami terpaksa bertegas untuk kekal dengan SOP yang ditetapkan walaupun ada yang akan marah-marah,” Keluh Pak Cik Lah.
Diharapkan semua pelanggan yang mahu makan di kedai, janganlah ingkar arahan. Ia bukan hanya tentang diri kamu tapi melibatkan banyak pihak. Jangan hanya kerana kedegilan kamu seorang, ramai yang akan terpalit sama.
Usah bersikap pentingkan diri. Masih banyak masa untuk duduk beramai-ramai di satu meja. Kalau tak sabar sangat, bungkus dan makan saja di rumah seberapa ramai yang kamu mahu. Hormat dan patuhlah pada ketetapan undang-undang. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab dan bijak!
#Pandemik #SOP
;