,
gaya hidup

‘Kampung Latah Kena Kuarantin’ – Tengok Barisan Pelakon Pun Dah Boleh Bayang Pecah Perut Ketawa Dibuatnya!

Huda Hussain
09/09/2021
09:50 MYT
‘Kampung Latah Kena Kuarantin’, filem pertama tonjol gelagat komedi latah selain menampilkan adat dan budaya kita. Membariskan pelakon hebat seperti Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, Joey Daud, Bell Ngasri dan ramai lagi; ia mula ditayangkan di Astro First Bermula hari ini.
Filem terbitan produksi MEGAPINE (M) menyaksikan filem tempatan pertama yang mengetengahkan gelagat melatah sebagai subjek kepada latar cerita serta menghimpunkan nama-nama selebriti cukup terkenal dengan latah spontannya dan lebih menarik ia tidak pernah disaksikan dalam mana-mana filem sebelum ini.
Bayangkan apa terjadi apabila satu-satunya kampung dalam dunia yang dipenuhi dengan penduduk yang ‘melatah’ dan turut menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara kerana keunikan serta adat resam dan budaya melayu yang masih kekal diwarisi? Pasti gamat suasana!
Turut dibintang PS Mansur, Din Latah, Elisya Sandha, Joey Daud, Bell Ngasri, Ropie, Didie Alias, Azlee Senario dan Wanns Ahmad, filem ini menampilkan bintang-bintang popular tanah air seperti Datuk Awie sebagai Dukun Palermo, AR Badul (Tok Ketua), Ustaz Syamsul Debat (Bro Aji), Riezman Khuzaimi (YB Hazil), Roy Azman (Pegawai Perubatan), Achong Sweet Child (Opera Cina) dan Mak Wan Latah (Mak Jenab).
Kampung Latah Kena Kuarantin menjalani sesi penggambaran di sekitar Janda Baik, Pahang dan ia merupakan hasil arahan pengarah filem komedi 10 Tips Tipu Bini, Azizi Adnan yang turut bertindak sebagai penulis skrip untuk filem ini. Manakala, Hazil Izham Ismail dan Nazia Mustafar merupakan Penerbit dan cerita asal.
Melahirkan rasa teruja apabila filem terbitan produksinya bakal menemui penonton Malaysia tidak lama lagi, bagi Penerbit Kampung Latah Kena Kuarantin dan Wakil Megapine (M) Hazil Izham Ismail; “Sebagai Penerbit, kami sentiasa komited dalam mempersembahkan konten yang berkualiti dan lebih utama menawarkan naratif berbeza bagi menepati cita rasa penonton. Idea menghasilkan Kampung Latah Kena Kuarantin ini hadir apabila menyedari aksi melatah amat dekat dengan masyarakat Malaysia. Malah aksi tersebut banyak menarik perhatian umum sehingga mewujudkan kelompok peminat tersendiri. Kami harap jalan cerita yang santai dan digabungkan dengan suasana gamat oleh barisan pelakon, mampu menghiburkan penonton seisi keluarga.” ujarnya.
Saksikan filem komedi, Kampung Latah Kena Kuarantin yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 9 September 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

Sewa DESPICABLE ME 4-MOVIE COLLECTION di Astro First dan Berpeluang Untuk Memenangi Hadiah Lego Minion!

gempak
18/09/2024
15:34 MYT
Menang Lego Minion dari DESPICABLE ME 4 sekarang!
Hiburan

Versi Eksklusif Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah Di Astro First!

gempak
12/09/2024
02:33 MYT
Platform yang membawakan filem-filem terbaik terus ke rumah anda, Astro First akan membawakan sebuah lagi filem aksi epik tahun ini iaitu Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO, serta peranti pilihan anda melalui sooka bermula 12 September ini.
Hiburan

Raikan Semangat Kontijen Negara Ke Sukan Paralimpik Paris 2024 Dengan Menonton Filem 'Gold' Di Astro First

gempak
29/08/2024
12:55 MYT
Sempena temasya sukan Paralimpik Paris 2024 yang mula berlangsung pada 28 Ogos, Astro First berbesar hati untuk membawakan filem ‘Gold’ arahan Adrien Teh ke saluran pawagam rumah anda, Astro First.
Peraduan

Sewa Filem Di Astro First On Demand Store & Menang Sepasang Tiket Wayang Filem terbaru BEETLEJUICE BEETLEJUICE!

gempak
28/08/2024
01:52 MYT
Menang Sepasang Tiket Menyaksikan Filem BEETLEJUICE BEETLEJUICE sekarang!
Filem

‘The Experts’ Gegarkan 18 Pawagam Di Cambodia & Ditayangkan Di Astro First Ogos Ini!

gempak
17/07/2024
06:25 MYT
Filem lokal heist nombor 1 Malaysia, ‘The Experts’ terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini!