Kawan Susah Senang Mana Nak Cari? Kalau Ada, Pegang Dia Erat-Erat, Hargai, Sekali Hilang Tak Mungkin BERGANTI

Afiza Kamarulzaman
Jun 28, 2021 13:25 MYT
Zaman sekarang bukan mudah mencari kawan yang betul-betul namanya sahabat saat susah dan senang. Bersama di sisi saat kita memerlukan, sentiasa menghulur bahu dan tangan tanpa mengira masa dan waktu.
Kalau kamu milikinya, genggam dia erat-erat, jangan dilepaskan. Hargai dan jangan buat tidak peduli kerana kalau dia sudah pergi, sukar untuk dicari ganti. Dalam dunia sekarang yang orang semakin bersikap mementingkan diri, memang susah nak cari yang setia.
Jangan salah memilih kawan kerana selain pasangan dan keluarga, kawanlah individu yang memberi impak besar dalam kehidupan seseorang. Salah pilih boleh membawa ke jalan binasa. Kawan yang baik umpama minyak wangi, jalan bersamanya kita juga berbau wangi.
Kredit Foto: Google
Bagaimana Kekalkan Persahabatan Yang Murni?
#Sahabat #BFF #Kawan