Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Highlights

Kawan Yang Sentiasa Meraikan Kawannya Bukan Sebab Dia Mampu, Tapi Dia Suka Tengok Kawannya Bahagia – Hargailah.

Afiza Kamarulzaman 05/10/2020 | 15:35 MYT
Tidak semua bertuah dikurniakan sahabat yang benar-benar dapat bersama di sisi saat kita memerlukannya kala suka dan duka. Ada kawan yang hadirnya hanya di alam maya, apabila minta ketemu secara realiti ada saja seribu satu alasan diberi. Ya, tidak semua punya masa lapang yang sama. Namun, dalam setahun itu, tidak mungkin untuk beberapa jam tidak mampu diluangkan buat teman?
Siapa tidak suka diraikan? Apatah lagi pada hari-hari yang sangat bermakna untuk diri kita seperti Ulangtahun Kelahiran, majlis kahwin, saat melahirkan bayi dan sebagainya. pastikan kita ternanti-nanti orang yang kita sayang, yakni sahabat baik kita ada bersama meraikan detik-detik manis itu.
Dan, lebih mengujakan andai majlis itu dikendalikan pula oleh sahabat kita di luar pengetahuan kita. Ada orang kata, kawan banyak duit, bolehlah buatkan majlis kejutan bagai. Kalau yang tak mampu bagaimana? Aduhai, bagaimana pula anda menilai erti persahabatan sebegitu rupa?
Meraikan sahabat tidak perlu dengan wang ringgit yang berlimpahan pun. Kalau sekdar dihantarkan sekepig kad tanda ingatan pun, pasti sudah buat kawan kita itu tersenyum lebar. Apatah lagi jika dibuatkan kejutan dengan majlis yang dihadiri insan-insan yang dia sayang, pastinya lebih berbunga hatinya.
Kredit Foto: Google
Jangan Hanya Mahu Menerima, Sedangkan Kita Jarang Memberi
Ya, sesekali asuhlah diri untuk menjadi orang yang mengendalikan atau memberi. Ada masa kita menjadi orang yang diraikan, ada masanya juga kita mahu orang pula meraikan kita. Dan, pasti orang yang meraikan itu lebih dihargai dan dikenang-kenang setiap kali jauh dari pandangan kerana sikap ihsan dan tidak berkira yang dimiliki.
Semua orang pasti sayang. Maka, jadikan sebahagian daripada gaya hidup anda untuk mengingati hari penting sahabat, setidak-tidaknya hari ulang tahun kelahirannya. Untuk sehari dalam setahun itu, luangkan masa untuknya. Ajaknya keluar untuk belanja hatta sepotong kek cuma.
Persahabatan itu tidak ternilai dengan wang ringgit, masa mahupun hadiah. Ia lebih kepada usaha dan ingatan yang sentiasa dititipkan walau sejauh atau sebesar mana halangan untuk memenuhinya. Jika ada kemahuan, pasti akan direalisasikan. Melainkan, memang kamu tak pernah tahu nilai persahabatan itu sendiri. Maka, teruslah menyantuni teman itu sambil-lewa semata.
#Sahabat #Kawan #Teman
;