Lakonan dan nyanyian mereka benar-benar menambat hati. Malah meninggalkan kesan kepada peminat dan pengikut tegar masing-masing. Namun disebalik populariti, digilai peminat dan menjadi buruan paparazzi, ada pula sisi lain yang tidak diketahui.


Dan saat dikejutkan dengan berita pengakhiran hidup mereka, ramai yang tidak menyangka mengapa kematian yang jadi pilihan akhir menoktahkan segala penderitaan.


Berikut antara selebriti Hollywood yang meninggal dunia dek kerana tertekan, kemurungan melampau dan mempunyai masalah kesihatan mental.




Kredit foto: Google

1. Robin Williams

Selebriti yang sering mendukung watak lucu di layar perak ini mengejutkan semua apabila memutuskan mengakhiri hidupnya dengan sangat menyedihkan iaitu bunuh diri. Ditemui mati pada 11 Ogos 2014, Robin Williams dikhabarkan berhadapan dengan masalah psikologi setelah didiagnosis mengidap Parkinson.


Mendiang dilaporkan sukar menerima keadaan kesihatannya itu sekali gus merasa sangat tertekan dengan penyakit yang dialami.








Kredit foto: Google

2. AMY WINEHOUSE

Popular dengan lagu Rehab, Back to Black (sekadar menamakan beberapa buah lagu) kemunculannya dalam persada nyanyian membuka mata semua. Pernah memenangi anugerah Grammy, Amy Winehouse adalah antara penyanyi asal Inggeris yang mempunyai vokal unik.


Namun, disebalik kejayaannya, dia pernah menjalani kehidupan getir dan pernah cuba membunuh diri ketika berusia 10 tahun. Menginjak dewasa dan usai dikenali ramai, Amy Winehouse mengalami gangguan mental selain berperang dengan masalah ketagihan alkohol yang serius dan bulimia.

Dia dijumpai mati di rumahnya di London, pada 23 Julai 2011, pada usia 27 tahun.






Kredit foto: Google


3. Heath Ledger

Siapa yang tidak kenal dengan watak The Joker dalam filem Batman: The Dark Night yang dipegangnya suatu ketika dahulu? Disebalik berbekasnya watak itu kepada penonton filem dan peminatnya, Heath Ledger juga tidak ketinggalan berhadapan dengan masalah depresi kronik.


Jasadnya ditemui dalam keadaan tidak bernyawa akibat daripada pengambilan kombinasi ubat-ubatan seperti painkiller, antidepresi dan ubat tidur yang berlebihan.







Kredit foto: Google


4. Chester Bennington

Berita kematian vokalis kumpulan rock Linkin Park, Chester Bennington mengejutkan peminatnya di seluruh dunia. Mendiang dilaporkan berhadapan dengan zaman kecilnya yang kelam, menyebabkan dirinya terjerumus dalam masalah ketagihan dadah dan alkohol.


Tekanan dan permasalahan hidup yang kerap di alami ketika bergelar public figure secara tidak langsung membuatkan Chester Bennington sering mengalami depresi serius. Lantas akhirnya dia menamatkan segala penderitaan dengan menggantung diri.