gaya hidup
Kebanyakan Orang Yang Nak Kurus Ni, Bukan Sebab Dia Nak MELAWA Je Tapi Nak Senang Bergerak, Solat...
Apabila melihat seseorang itu berusaha untuk menurunkan berat badannya, janganlah diperlekehkan atau bersangka buruk. Ya, memang tidak dinafikan, ada segelintir yang mahu kurus kerana mahu terlihat lebih mempesona dan menawan. Kecantikan menjadi misi utamanya. Namun, tidak kurang juga yang punya objektif lebih besar.
Jom, kita tengok antara 10 sebab yang menguatkan hati seseorang yang berlebihan berat badan untuk kurus selain hanya untuk melawa dan melaram.
Kredit Foto: Google
10 Faktor Orang Nak Turunkan Berat Badan:
- Mahu mudahkan pergerakan seperti berjalan, melakukan kerja rumah, menguruskan tugasan dan sebagainya. Tidak dinafikan, berat badan berlebihan menjadikan pergerakan seseorang itu lebih perlahan dan cepat mengah.
- Untuk senangkan urusan ibadah terutamanya bersolat. Seperti yang kita sedia maklum, bersolat memerlukan banyak pergerakan fizikal seperti rukuk, sujud dan sebagainya. Ada orang yang berlebihan berat badan mengalami kesukaran untuk melakukannya dengan sempurna sehingga lebih selesa untuk solat secara duduk sahaja.
- Demi kesihatan secara total! Atas nasihat doktor dan pakar pemakanan yang mereka temui, pasti menasihatkan mereka untuk menurunkan berat badan jika mahu elak kemunculan penyakit berbahaya dan jika tidak mahu sering mengujungi hospital kelak.
- Banyak baju yang sudah tak muat. Sayangnya, kalau harus diganti baru. Pastilah membazir setiap kali tidak muat harus membeli saja.
- Tidak mahu menyusahkan orang. Ini juga antara sebab yang selalu diberikan orang untuk turunkan berat badan kerana ada kala pergerakan yang terhad itu terpaksa memerlukan bantuan orang untuk ‘support’ keterbatasan itu.
- Mahu tampil lebih yakin di depan orang ramai dan membalikkan kritikan dan kejian orang selama ini.
- Demi yang tersayang. Apabila badan sudah ringan dan boleh kembali aktif, maka urusan untuk suami dan anak-anak misalnya akan menjadi lebih mudah. Dan, ini juga untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara apabila tunggak utama dalam keadaan sihat sejahtera.
- Malu apabila umur selalu diteka lebih daripada sebenar. Ada pula yang memanggil ‘mak cik’ walaupun masih bujang dan baru berusia 20an!
- Mahu mencuba pelbagai hobi atau aktiviti lasak yang selama ini hanya mampu dilihat dari jauh. Oh, tak sabar!
- Sunah untuk menjaga kesihatan dan sayangkan tubuh badan sendiri! Agama menyukainya. Tentu dapat pahala jika niat pun dibetulkan. Semoga berjaya!