“Keinginan Untuk Rumah Berkilat, Bersih, Tersusun Macam Muzium Adalah Kehendak Kita”. Memang PADU Perkongsian Wanita Ini.
Huda Hussain
19/12/2020 14:40 MYT
19/12/2020 14:40 MYT
Walau sehebat mana sekalipun seorang wanita yang bergelar ibu, pasti ada limitasinya. Pasti ada masanya kita bosan, malas dan tak mahu buat apa-apa. Cuma mahu reward diri sendiri atau sekadar menikmati me time tanpa memikirkan segala kerja-kerja rumah yang sememangnya takkan berkesudahan. Ya, ada masa dan ketikanya kita pun penat juga. Mana lagi memikirkan tugasan di pejabat dan apabila sampai dirumah, kadang kala terkejar-kejar mahu selesaikan semua perkara. Seperti apa yang penulis terbaca di Facebook, perkongsian mengenai realiti rutin harian seorang wanita berkerjaya. Tentang bagaimana ia menuntut kita sebagai isteri dan ibu untuk ‘pejamkan’ sebelah mata bagi sesetengah perkara dan fokus kepada perihal yang lebih penting. Iaitu kualiti masa untuk diluangkan bersama suami dan anak-anak.
Kisahnya…
Saya isteri yang bekerja. Saya bekerja jauh dari rumah. Sampai rumah dah maghrib. Hari hari begitulah jadual saya. Sampai rumah katakanlah 7.30pm. Dalam jadual saya, pukul 10 adalah waktu anak masuk tidur. Jadi, saya hanya ada masa dua jam setengah untuk buat semua ni:
1. Mandi, solat
2. Ajar anak mengaji
3. Masak, kemas dapur, basuh pinggan
4. Sapu sampah
5. Basuh kain, sidai kain, angkat kain, lipat kain, gosok kain, susun kain
6. Susun pinggan
7. Tengok homework anak
8. Sembang dengan suami, sembang dengan anak
Kalau saya nak pastikan saya mampu buat kesemua perkara tu dalam tempoh dua jam setengah, sorang-sorang, dengan berkualiti, saya tak sepatutnya duduk di planet bumi. Saya sepatutnya sudahpun menjadi bidadari sorga, hahaha. Jadi, sebab saya rasa mustahil saya boleh buat semua tu setiap hari dalam tempoh dua jam setengah, maka saya memilih untuk buat semua itu dengan timeline saya sendiri, dan mengikut cara saya yang saya mampu. Yang penting tetapkan objektif:
1. Anak dan suami dapat perhatian sewajarnya
2. Rumah tidak terlalu bersepah
3. Perut masing-masing kenyang
4. Kami semua dapat habiskan masa yang berkualiti bersama walaupun sekejap
5. Kami semua gembira
Tak Perlu Paksa Diri Buat Semua
Apa apa sahaja yang saya buat atau tak buat, saya pastikan kelima-lima objektif tersebut tercapai. Rasa mampu masak, masak. Tak mampu masak, order. Yang penting tak ada yang mengamuk lapar. Rasa larat kemas rumah, kemas. Larat sapu, sapu, larat vacuum, vacuum. Tak larat, kemas meja aje sudahlah. Kemaskan yang superficial je, kemaskan kawasan yang nampak jelas di mata. Aatas sofa, atas meja, depan tv. Yang lain, esok esok lah buat. Yang penting, rumah tak sehingga ke tahap tongkang pecah.
Basuh kain biasanya memang mudah, tekan tekan je. Tapi nak jemur tu kadang dah tak larat. Kalau kami laki bini masih larat, sidai. Tak larat, suami bawa je pergi laundry, keringkan. Kalau suami pun dah tertidur, tak larat nak bangun pergi laundry, aku biarkan aje. Esok aku tekan balik mesin tu, ha basuh lagi sekali. Benda boleh rileks, buat apa stress.
Baju? Alah… Larat lipat, lipat. Tak larat saya susun je bakul bakul tu dalam bilik baju. Tutup pintu. Settle. Ada masa lapang, hujung minggu, lepak dalam tu sambil pasang lagu, slow slow lipat lah. Bukan jadi serbuk pun baju baju tau kalau lambat lipat. Chill aje udah. Sapu sampah dan vacuum? Larat, buat. Tak larat, kutip sampah yang besar-besar. Lap pakai kain lap kalau ada benda yang tumpah tumpah bawah meja, dah. Nak mop bagai kau tunggu ajelah hujung minggu. Nak berkilat sangat lantai tu setiap masa nak buat apa? Cermin? Iron baju? Kalau larat iron semua hujung minggu, iron. Tak larat iron je sikit sikit. Tak sempat sebelum tidur, esok subuh aku bangun awal 10 minit dari biasa, ha iron. Apedehal.
Fokus Pada Keutamaan Ini!
Yang penting, ini. Bagi saya, ini yang wajib:
1. Spend time dengan anak. Kita dah tinggalkan dia sepanjang hari. Biarkanlah dia nak bergelumang dengan kita selama dua jam setengah tu. Itu je masa yang kita ada dengan dia.
2. Ajar anak mengaji. Seboleh boleh kami suami isteri cuba untuk tak skip rutin yang ini.
3. Spend quality time together. Setengah jam pun jadi. Waktu dinner, wajib duduk semeja. Sembang, gelak, bahan each other. Kalau sempat, kami tengok Netflix sesama. Sekejap pun tak apa. Dapat tengok satu episod naruto pun jadi.
4. Buat breakfast pagi-pagi (cipta menu yang boleh dibuat dan dimakan segera) untuk anak dan suami. Saya suka spend time dengan anak dan suami sebelum masing-masing berpisah ke destinasi masing-masing. Sekejap pun jadi. Sebab nak jumpa semula nuuu maghrib nanti.
Tahu Mana Satu Kehendak Dan Keperluan
Keinginan untuk rumah yang berkilat, bersih, dan tersusun macam muzium tu adalah kehendak kita sahaja. Ia bukan keperluan. Kita takkan mati dan menyesal kalau rumah kita bukan rumah yang paling berkilat di daerah kita. Tapi, memberi masa dan perhatian yang secukupnya kepada anak adalah suatu prioriti yang kita tak boleh tolak ansur dah. Yang itu ya, kita akan menyesal apabila suatu hari nanti, dia rupanya-rupanya dah besar dan tak mahu sembang dan spend time dengan kita dah. Masa tu, kita duduk lah dalam rumah yang berkilat macam muzium tu dengan suasana yang sangat sunyi.
Rumah yang berkilat dan tersusun macam muzium tak boleh beri kita kebahagiaan pun. Ia hanya beri kita kepuasan yang sementara. Sebabnya esok lusa, bersepah balik. Tapi fokuslah dengan objektif yang lebih utama, kemenjadian anak anak dan memori yang dicipta bersama untuk dikenang sampai bila bila.
Tapi betul, saya boleh hidup dengan timeline dan pace macam ni kerana saya dianugerahkan suami yang memahami, rajin membantu, mengambil separuh daripada tugasan rumahtangga bersama dan anak juga sudah boleh membantu banyak benda.
Cipta Persefahaman Suami Isteri
Tapi, percayalah kesefahaman itu bukan dicipta overnight sahaja. Ia sudah pun melalui proses pertengkaran, kemerajukan, perbincangan, latihan, mesyuarat, persidangan, dan ngauman ngauman serta sedu sedan yang mendayu-dayu. Tapi, selagi Allah ada dalam setiap perbalahan tu, insyaallah kita suami isteri akan baik baik sahaja.
Saya teguh dengan modul 'penat sama sama, rehat sama sama'. Jangan mengalah selagi objektif modul tak tercapai! Tak perlu ada sesiapa yang terkorban pun dalam struggle pengurusan rumahtangga. Selagi kita suami isteri masing-masing cuba lapangkan dada untuk cuba memahami dan bersifat ihsan towards each other, Allah akan bantu kita. Doa banyak banyak pada Allah...Ya Allah, kau berilah ilham kepada suamiku agar dia faham isi hati ku ni Ya Allah... doa begitu selalu.
Suami ni, dia bukan macam anak anak, boleh ditengking tengking kalau tak dengar cakap, bukan boleh dipecah perintah kalau nak minta dia buat sesuatu. Tapi, jika kena caranya, insyaallah dia akan buat apa yang kita harapkan dia buat dengan seikhlasnya juga. Yang saya tulis ni, bukan tips. Tapi ini kisah hidup saya yang baru sepuluh tahun berumahtangga. Alhamdulillah, segalanya makin tenang, dan kurang dah tunggang langgang. Bagi yang baru meniti setahun dua tahun tiga tahun empat tahun tu, sabar...sabar..sabar...tenang...banyakkan komunikasi..merajuklah, menangislah, memintalah, bersuaralah...agar akhirnya isi hati kita sampai kepada suami. Orang lelaki ni otak dia slow sikit bab faham isi hati isteri ni. Kita kena luah luah luah luah luah banyak banyak banyak banyak kali sampailah dia register, oh begitu rupanya yang bini aku nak. Hahahaha!
Berlapang Dada Dan Tak Perlu Jadi Hakim Rumahtangga Orang Lain!
Rileks k, jangan stress mak-mak bawak bertenang. Buat apa yang termampu. Kita semua dah usaha dah sebaiknya. Mak mak memang semua akan berusaha pastikan yang terbaik untuk anak dan rumahtangga nya. Buat saudara mara adik beradik ipar duai jiran tetangga dan sahabat handai, jangan sibuk judge rumahtangga orang lain tu tak kemas lah, tak berkilat lah, tak bersih bersinar lah, bini orang tu malaslah, tak rajin masaklah apa lah yee. Itu rumahtangga dia, suami dia, anak anak dia. Dan boleh sahaja objektif dia dan kita tak sama. So SOP pengurusannya pun tak sama. So kita senyap aje sudah. Tak puas hati, kemam aje diam diam. Tak payah sibuk. Selagi tak ada perkara yang menyusahkan kita, biarkan mereka. Kau sakit mata? Pejam. Kau sakit hati? Ha tu kau punya pasal. Selagi dia tak kacau kau, sudah.
Suami, teruskanlah berbuat ihsan kepada isteri. Percayalah, Isteri anda pasti sedang sentiasa mencuba melakukan yang terbaik untuk anda dan anak anak, dengan cara yang dia tahu, dan dengan kudrat yang dia mampu. Kalau ada sesiapa yang hasut fikiran anda agar jangan bantu isteri, biarkan isteri buat sendiri sebab itu tugas isteri, kalau bantu isteri tu tandanya anda takut bini, ha kau pergi hembus auzubillahi minasyaitooonnn nirrrajimmmm kat ubun ubun dia. Kalau nampak tak lut, kau azankan je kat telinga dia bang. Bisikan syaiton sungguh! Isteri happy, anak-anak happy, anda sendiri pun akan happy. Bahagia itu kita yang cipta. Ciptalah.
Kredit Foto: Google