Kecantikan

Kekalkan Kesempurnaan dan Seri Wajah Walau Duduk di Rumah – Inilah Cara Terbaik Merawatnya!

Afiza Kamarulzaman
03/08/2021
10:32 MYT
Ada yang kata dalam keadaan pandemik sekarang, duduk di rumah saja tak perlu memberi penjagaan kulit yang optimum. Salah tu. Walau hanya duduk di rumah, kecerahan dan keserian wajah harus dipelihara.
Eucerin memperkenalkan produk berteknologi tinggi, terbaharu Eucerin Spotless Brightening Booster Serum yang mempunyai Thiamidol yang dipatenkan dan Pro-Brightening System. Serum ini mampu menghilangkan bintik hitam sehingga 75% dalam masa hanya dua minggu dan mengekang bintik hitam daripada muncul kembali.
Produk terbaharu Eucerin Spotless Brightening Booster Serum merupakan produk terulung dalam rangkaian Eucerin Spotless Brightening dengan tambahan pada bahan utama, tekstur formula serta pembungkusan yang lebih baik dan premium, menjadikan ia produk ideal buat pengguna yang sedang mencari solusi kulit berasaskan dermatologi.
Spotless Brightening Booster Serum mengandungi dua bahan aktif yang inovatif untuk pengalaman penjagaan kulit wajah yang terbaik. Thiamidol yang telah dipatenkan ini merupakan bahan eksklusif, ciptaan para saintis Eucerin selepas melakukan pelbagai ujian terhadap lebih daripada 50,000 bahan kandungan yang lain.
Keberkesanannya telah terbukti secara klinikal mampu menghilangkan bintik hitam sehingga 75% tanpa perlu melakukan rawatan laser dan memberikan kulit mulus berseri seawal 2 minggu. Thiamidol merupakan bahan efektif yang lembut terhadap kulit wajah.
Ia mempunyai kebolehan menyerikan wajah sebanyak 10x ganda dan mampu menghalang pengeluaran melanin pada sumbernya selain mengekang berlakunya hiperpigmentasi, Eucerin turut memperluaskan usaha untuk mewujudkan keberkesanan dalam rangkaian produk dengan memasukkan bahan utama Thiamidol selepas melakukan testimoni sosial rasmi menerusi kempen #1000SpotlessChallenge di Instagram, di mana lebih daripada 500 pengguna telah menyertai cabaran ini.
Para saintis di Eucerin juga menaik taraf serum ini dengan bahan tambahan Sistem Pro-Brightening, untuk memberikan keberkesanan yang lebih baik di mana ia mampu membaiki kulit secara mendalam. Sistem Pro-Brightening ini berkesan untuk meningkatkan tahap perlindungan daripada kerosakan sel kulit dan mengekang kemunculan semula bintik hitam.
Pengguna Eucerin Spotless Brightening, bekas Miss Malaysia Universe, seorang penyokong, model dan pengasas bersama badan bukan kerajaan, Fugee.org, Deborah Priya Henry berkongsi, “Saya percaya, setiap orang memiliki kemampuan untuk mengubah hidup mereka dan orang lain untuk menjadi lebih baik.
Kerja kemanusiaan yang saya lakukan untuk komuniti yang dipinggirkan ini telah membuka mata saya dan mengajar saya bahawa di dalam setiap kehidupan, kita perlulah mempunyai objektif yang lebih besar daripada hanya memikirkan berkenaan diri sendiri sahaja. Selain itu, kerja saya di dalam industri hiburan juga sangat mengujakan.
Saya melakukan penggambaran dan pengacaraan di semua lokasi dan ini telah memberi kesan terhadap kulit saya. Mula muncul bintik hitam pada wajah kerana pendedahan terhadap cahaya mentari yang berlebihan. Walaupun perkara ini tidak mematahkan semangat saya, namun saya mahu mengurangkan kemunculannya tanpa perlu melakukan rawatan yang invasif. Kini, saya bersyukur kerana telah menemui penyelamat terhebat, Eucerin Spotless Brightening Serum yang terbaharu.
Saya amat berpuas hati dengan perubahan yang dapat dilihat seawal dua minggu daripada penggunaannya.. Terima kasih Eucerin Spotless Brightening, kini saya sudah tidak perlu risaukan masalah bintik hitam dan kemunculan ia kembali, lebih-lebihi lagi apabila saya bekerja.”
Eucerin turut mengambil kira permintaan penggunanya di mana botol Booster Serum kini dinaik taraf dan hadir dalam pembungkusan ruang mono bagi memudahkan penggunaan selain membaiki kadar kitaran semulanya. Hadir dalam emulsi ringan bertekstur krim, serum ini mampu memberikan emulsi amat-ringan namun tetap berkhasiat untuk kulit, dan juga sesuai untuk semua jenis kulit.
Seluruh rangkaian Eucerin Spotless Brightening adalah seperti yang berikut:
  • Spotless Brightening Cleansing Foam 150g RM59.00
  • Spotless Brightening Day Fluid 50ml RM149.00
  • Spotless Brightening Night Fluid 50ml RM169.00
  • Spotless Brightening Booster Serum 30ml RM209.00
  • Spotless Brightening Spot Corrector 5ml RM110.00
  • Spotless Brightening Body Lotion 250ml RM52.00
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Mahu Kurangkan Bintik Hitam, Parut Jerawat & Cerahkan Kulit? Ini Cara Mudah Anda Boleh Cuba!

gempak
08/12/2021
10:41 MYT
Ramai tahu bintik hitam dan parut jerawat tak mudah dihilangkan tanpa menggunakan produk yang sesuai dengan kulit. Produk penjagaan kulit biasa tanpa formulasi khas yang dapat membantu hilangkan masalah kulit sebegini tidak akan membantu.
Laman Utama

#OhAbeNik: Bersediakah Malaysia Sebenarnya Untuk Hantar Wakil Negara Ke Miss Universe?

gempak
22/05/2021
07:40 MYT
5 cadangan yang patut organisasi kebangsaan Miss Universe Malaysia laksanakan
Laman Utama

"Kenapa Wanita Muslim Malaysia Tak Boleh Join Miss Universe?" - Deborah Henry

gempak
17/05/2021
04:55 MYT
Segmen pakaian dalam boleh pakai full bodysuit...
Laman Utama

Nak Mekap Yang Sempurna Serta Tahan Lama? Ini Yang Patut Anda Cuba!

gempak
01/05/2021
06:40 MYT
Dalam kemeriahan menyambut lebaran, bagi kaum hawa, mekap adalah satu kemestian. Nak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan kulit yang lebih halus dan solekan bertahan lama?
Highlights

Rahsia Solekan Yang CANTIK Sebenarnya Bermula Dari Kulit Yang SIHAT – Jaga Muka Dulu, Baru Belajar MEKAP.

gempak
23/09/2020
11:21 MYT
Menurut laporan beberapa jenama kosmetik tempatan dan luar negara, kebanyakan wanita kita lebih suka berhabis untuk alat mekap berbanding produk penjagaan kulit. Adakah ini menunjukkan mereka lebih ghairah untuk cantik luaran berbanding dalaman?