Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kelambu Dingin – 100 Hari Lepas Pantang, Ramona Phobia Untuk Bersama. Kata Pakar; Seks Umpama Makanan...

Afiza Kamarulzaman
08/03/2021 12:14 MYT
Dalam program Borak Kelamin yang dihostkan Elly Mazlein dan Awal Ashaari malam ini akan mengupas isu Kelambu Dingin. Isu kedinginan dalam hubungan seksual suami dan isteri. Menariknya, malam ini, Astro Ria menjemput selebriti cantik, Ramona Zam Zam berkongsi cerita dalam kelambunya.


Bukan mahu membuka aib tapi ia perkongsian sihat untuk pasangan yang mungkin berdepan masalah yang lebih kurang sama. Ia bukan sesuatu yang perlu dimalukan tetapi harus diperbincangkan agar dapat mencari penyelesaian untuk menyelamatkan hubungan rumah tangga.




Ramona Akui Takut Berhubungan Selepas Pantang


Selepas melahirkan anak, Ramona yang bersalin normal mengakui agak trauma apabila bercakap perihal hubungan seksual dengan suami. Seperti kebanyakan isteri lain yang memilih tempoh berpantang 100 hari, Ramona juga berniat untuk melakukan yang sama termasuk menangguhkan hubungan seks selama tempoh itu.


Namun, selepas melalui 100 hari itu, ternyata hubungan intim bersama suami seperti mengalami kesukaran. Bukan tiada keinginan tetapi perasaan takukt atau trauma menguasia diri. “Perasaan untuk seks itu masih ada tapi entah kenapa saya masih ragu-ragu dan berasa seperti tidak selamat untuk melakukannya,” Kongsi Ramona jujur.


Mujurlah suami sangat memahami. Tipulah kalau dalam tempoh lebih tiga bulan itu suami tidak menunggu detik ‘habis pantang’, namun memahami keadaan isteri yang belum bersedia, suami tetap memberi sokongan dan bersabar. Komunikasi itu penting menjadikan mereka dapat menempuhi detik sukar itu dengan baik.


“Saya bersyukur kerana memiliki suami yang memahami dan percaya pada peaceful and healthy relationship dalam rumah tangga kami. Alhamdulillah, tidak lama selepas itu kami dapat menjalani hubungan suami isteri yang normal,” Ujarnya ketawa penuh makna.



Kredit foto: Astro Malaysia




Punca Kedinginan Seks Berlaku

Menurut Pengasas Bijak Emosi dan Kaunselor Keluarga, Ahmad Fadzli Abd Aziz, masalah dingin dalam hubungan seks suami isteri ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti medical problem. Menerusi masalah perubatan ini pula terdiri daripada isu fizikal dan mental. Ada orang yang mungkin berdepan masalah depresi yang menjadikan libidonya menurun.


Sesetengah individu terkait dengan isu ubat-ubatan yang diambil yang menjadi pendorong kepada penurunan keinginan seks.


Ada kes pula dipengaruhi oleh social culture di sekeliling mereka. Faktor tekanan di tempat kerja misalnya, bebanan tugasan, stres menjadi penyebab keinginan seks juga rendah. Begitu halnya dengan gaya hidup seseorang yang membuatkan mereka tidak berminat dengan seks.


“Namun, isu paling besar dalam permasalahan kelambu dingin ini sebenarnya apabila ia melibatkan sikap pasangan sendiri. Ini yang dipanggil personal issue berkenaan layanan atau nafsu yang tidak dipenuhi,” Ulas Ahmad Fazli.


Beliau turut menekankan perihal isu lelaki dan wanita. Di mana, wanita sebenarnya memerlukan love, untuk membolehkan mereka make love. Tidak seperti lelaki yang hanya boleh dipetik suis, kemudian ‘on’. Itu beza rangsangan lelaki dan wanita.


Wanita perlukan cinta, pujuk rayu dan kata-kata indah sebelum boleh menyerahkan segalanya. Maka, lelaki jangan ambil mudah dengan hanya berkata ‘aku mahu’. Sukar untuk wanita mendalami nikmat itu jika tidak diusik jiwanya terlebih dulu.


Secara umunya juga, keperluan seks ini umpama makanan. Kalau kita makan, kita akan rasa lega dan puas. Bayangkan jika kita dalam keadaan lapar, bagaimana? Ini perumpanaan mudah untuk memahamkan pasangan yang hubungan seksual ini penting dalam rumah tangga.


Tegas beliau lagi, “Dalam melakukan hubungan seks, perlulah ada permulaan dan penutup yang baik. Jangan hanya seorang yang puas manakala seorang lagi dibiarkan terkapai-kapai. Ingat ya, seks ini penting untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. Jika ada masalah, perlulah berbincang. Komunikasi juga penting untuk memahamkan kedua-dua pihak jika berdepan sebarang masalah.”


Untuk mengetahui lebih banyak tips dan informasi mengenai isu ini, jangan lupa tonton Atsro Ria malam ini, jam 9 malam, setiap Isnin.


Kredit foto: Astro Malaysia

;