Personaliti

“Keluarga Tak Restui Tapi Saya Janji Untuk Tetap Pertahankan Silaturahim Kami. Saya Rindu Mereka...” – Marsha

gempak
Afiza Kamarulzaman
19/08/2021
03:48 MYT
Sponsor Banner
“Keluarga Tak Restui Tapi Saya Janji Untuk Tetap Pertahankan Silaturahim Kami. Saya Rindu Mereka...” – Marsha
Apabila bercakap soal keluarga, Marsha akui tidak mampu menahan sebak, hatinya bagai direntap. Kerinduan kepada keluarga di Sabah bertambah menghimpit kala pandemik ini apabila sudah dua tahun tidak dapat berjumpa mereka.
Seperti yang kita tahu, Marsha telah pun berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berasal dari Pulau Pinang, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada Disember 2015. Perkahwinan itu juga membawa Marsha kepada agama barunya, Islam.
Marsha berkongsi kisah getirnya saat memeluk agama Islam apabila keluarganya tidak merestui penghijrahannya itu.
“Itulah fasa anxiety dan depresi paling teruk pernah saya alami apabila berdepan dengan bantahan keluarga apabila saya mahu masuk Islam. Benarlah, bukan seang berada pada situasi yang kita tidak biasa,” luah Marsha diiringi emosi sebak.
Namun, menurut Marsha perlahan-lahan dia cuba memenangi hati keluarganya itu. Memang itulah janji Marsha sebaik menikahi suaminya yang beragama Islam, yang dia mahu berjuang untuk mengeratkan semula hubungan dengan keluarganya itu.
“Sehingga kini saya masih cuba mengambil hati mereka dan memujuk agar dilembutkan hati mereka. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit saya nampak mereka sudah boleh menerima kami. Ia mungkin makan masa tapi saya tak akan mengalah.
Pernah sekali saya pulang ke rumah Mak waktu bulan puasa. Mula-mulanya saya curi-curi masak Maggie di belakang, rupa-rupanya Mak dah masakkan makanan khas untuk saya. Lihatlah, jauh di sudut hatinya masih sayang...”
Sedihnya, perjuangan untuk kekal mengeratkan hubungan dengan keluarga di Sabah terhenti seketika kerana pandemik dan larangan merentas negeri. Sudah hampir dua tahun, Marsha tidak berkesempatan untuk pulang ke pangkuan keluarga. Rindunya hanya Tuhan yang tahu.
Terdahulu, Marsha sempat mengimbas kembali saat bertemu dengan suaminya. Mereka pernah berjumpa di satu majlis anjuran ibu bapa suaminya. Waktu itu, Marsha diundang sebagai penyanyi. Suami sempat menyapanya, “Hai adik.”
Tapi, selepas itu mereka lost contact. Hanya selepas lebih kurang lapan tahun kemudian, ditakdirkan mereka bertemu semula di sebuah petrol pam. Ketika itu suami menegurnya dan mereka bertukar nombor telefon. Dan, hubungan menjadi erat kerana kebetulan kedua-dua mereka baru sahaja putus cinta.
Apa pun, didoakan hubungan Marsha dan keluarga akan kembali jernih seperti dulu-dulu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live