Kecantikan

Kemeriahan Musim Luruh di SEPHORA – Positifkan Diri, Lapangkan Jiwa & Raikan Kecantikanmu

gempak
Afiza Kamarulzaman
03/09/2021
12:09 MYT
Sponsor Banner
Kemeriahan Musim Luruh di SEPHORA – Positifkan Diri, Lapangkan Jiwa & Raikan Kecantikanmu
Walau dihambat kesuraman melalui pandemik hari ini, jangan biar diri terus lesu. Hidup perlu terus diraikan dengan semangat dan ‘warna’. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Sephora terus bersemangat meraikan kemeriahan koleksi baru di bawah gedungnya sempena musim luruh 2021.
Memahami cabaran yang semakin menyesak kebanyakan wanita hari ini, Sephora mahu ‘memujuk’ dirimu dengan seleksi kosmetik dan penjagaan diri yang pasti buat kamu kembali bersemangat melalui hari-hari mendatang. Inilah kuasa buat minda, kulit dan jiwa.
Sephora melancarkan musim ini melalui tiga tunggak kandungan – positif tubuh, kesejahteraan mental, dan wakilan. Inilah yang ingin Sephora Malaysia persembahkan kepada anda -produk kecantikan untuk generasi baru yang memberi kekuatan kepada minda, kulit, dan jiwa.
Perkasakan Mindamu
Nikmati getaran yang hebat dan tenaga positif. Pandemik ini ternyata memberi aura negatif secara mental dan fizikal, justeru pastikan kamu mampu meresapi diri sendiri dengan melakukan lebih banyak perkara yang digemari, sama ada menghirup udara segar atau menikmati produk kecantikan yang akan memberikan senyuman di wajahmu.
Cuba Ini:
• Dear Dahlia Blooming Edition III Sheer Light Finishing Powder in Everlasting, RM185 • Pixi +ROSE Essence Oil, RM120 • Purposeful Skincare by Allies (PSA) Gifted Acai & Sea Buckthorn Vitamin C Glow Oil, (Harga tidak dinyatakan) • Percy & Reed Give Me Strength Anti-Breakage Strengthening Scalp Concentrate, RM141 • Rare Beauty Soft Pinch Liquid Blush, RM98
Sinari Kulitmu
Tidak ada insan lain seperti dirimu di dunia ini! Kamu adalah kamu yang satu. Mempositifkan tubuh adalah perjalanan cinta diri sepanjang hayat dan sudah tiba masanya kamu mendominasi kuasa itu, hari demi hari. Milikinya dan yakin pada kulitmu sendiri dengan bantuan produk yang ada.
Cuba Ini:
• Glow Recipe Watermelon Glow Hyaluronic Clay Pore-Tight Facial, RM180 • First Aid Beauty Ultra Repair Cream, RM160 • Saturday Skin Carrot + Niacinamide Cream, RM205 • One/Size Browkiki Micro Brow Defining Pencil, RM86 • Wander Beauty Double Date Lip and Cheek, RM110 • Tatcha Indigo Cream, RM435 • Too Faced Better Than Sex Doll Lashes Mascara, RM115
Semarakkan Jiwamu
Break beauty standards! Ekspresikan diri dengan cara yang kami inginkan tanpa mengira etnik dan orientasi seksual, kerana kamu mampu menakhlukinya. Inilah teras yang menjadi pegangan Sephora. Nah, cubalah untuk sesuatu yang baru, mana tahu ia mampu membina dirimu yang lebih segar dan penuh jiwa.
Cuba Ini:
• Huda Beauty GloWish Multi Dew Skin Tint, RM155 • Glamglow Brightmud Dual-Action Exfoliating Treatment, (harga tidak dinyatakan) • Smashbox Be Legendary Lipstick, RM88 • Supergoop! Glowscreen Body SPF 40, RM195
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live