Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Highlights

Kenangan Puasa Zaman Kanak-Kanak – ‘Rajin’ Mandi Dan Buka Peti Ais, Mesti Ramai Pernah Buat Kan? Hehehe...

Huda Hussain 24/04/2020 | 14:45 MYT
Setiap kali tibanya Ramadan, pasti ramai dalam kalangan kita yang terimbas semula kenangan berpuasa sewaktu kecil dahulu. Lebih-lebih lagi yang sudah punya anak kecil. Inilah masa terbaik untuk melatih dan mengajar anak berpuasa. Tambahan pula musim PKP ini, pasti tidak banyak cabaran dan halangan besar sementelahan sememangnya duduk di rumah sepanjang waktu. Cuma mungkin kesukaran untuk mengejutkan si kecil bersahur. Jom imbas kenangan yang pasti kebanyakan daripada kita pernah lakukan waktu kecil dahulu.
Kredit Foto: Google
  1. ‘Rajin’ Mandi
Menjadi cabaran besar jika bersekolah dan perlu berpuasa dalam cuaca yang panas. Alahai, Tuhan saja yang tahu dugaannya. Tengok air paip pun dah nampak macam milo ais yang mengalir. Jadi, helah bijak nak merasa air membasahi badan adalah dengan kerap mandi. Boleh jadi tiga ke empat kali mandi sehari. Tatkala mandi dan air sejuk menyirami tubuh, segar dan damainya rasa. Sejuk aje, hahaha. Lagi best bila tertelan sedikit air waktu mandi, keluar aje bilik air terus segar. Hilang segala penat, lesu dan tak bermaya.
  1. Basuh Muka
Sekejap-sekejap pergi ke bilik air basuh muka. Alasan diberi, mengantuklah, penatlah, letihlah dan macam-macam akal lagi. Konon membasuh muka untuk melegakan tubuh yang lesu. Almaklumlah, nak mandi baru kejap tadi dah mandi. Jadi, basahkan sapu tangan dan tuam pada muka. Itupun dah memadai.
Kredit Foto: Google
  1. Buka Peti Ais
Ini juga jadi habit wajib semua kanak-kanak. Selain bertanyakan kepada ibu ayah bila waktu berbuka, peti ais sajalah tempat meluahkan rasa gelisah. Dapat rasa suhu yang sejuk di dalam peti ais pun cukup nikmat. Dan kalau ternampak teh o ais didalam koleh atau botol, dapat pegang aje pun alahai besar rahmat dah rasa. Kalau minum seteguk dua lagilah tambah bahagia.
  1. Minum Air Paip
Sama ada di sekolah atau dirumah, mesti ramai yang pernah buat perangai macam ini. Malah ada yang siap niat, ‘Ya Allah, aku dahaga sangat. Aku minum sikit aje, nanti puasa balik’…hahaha. Ada yang boleh relate ke tu?
Kredit Foto: Google
  1. Berkumur
Bukan tak tahu berkumur yang berlebihan boleh membatalkan puasa. Tapi ini sajalah peluang untuk ‘merasa’ sedikit air masuk ke dalam mulut. Terutamanya setiap kali mengambil wudhu. Bayangkan, waktu siang dengan terik panasnya. Berkumur aje pun dah kira okey. Kalau tertelan kira bonuslah! (Hahaha)
  1. Rendam Kepala Dalam Kolah
Kalau tak boleh mandi, dapat basahkan rambut dan lebih ‘afdal’ rendamkan saja kepala dalam kolah. Nikmat sejuknya tak terkata. Umpamanya dapat melepaskan tekak yang terlalu dahaga. Siapa pernah buat macam ini? Baik mengaku! (Hahaha)
Dan banyak lagi momen suka dan tawa ketika berpuasa pada zaman kanak-kanak. Ada juga sesetengah ibu dan ayah tidak membenarkan anak yang tidak berpuasa duduk berbuka bersama. Tampak seperti ‘kejam’ tetapi hakikatnya itulah cara untuk disiplinkan anak. Mengajar, mendidik dan dalam masa sama memberi peringatan betapa pentingnya rukun Islam ini dipenuhi. Malah menjadi kelaziman ibu bapa juga yang menggertak anak mereka tidak akan dapat duit raya kalau tidak berpuasa penuh. Secara tidak langsung ia memberi galakkan dan dorongan serta memotivasikan mereka untuk terus berpuasa. Kerana ganjaran berpuasa bukan sekadar terletak pada nilai duit raya. Tetapi menjadi simbolik ketaatan kepada perintah agama.
#Puasa #Kanak-Kanak #Kenangan
;