gaya hidup
Kenapa Ada ANAK PEREMPUAN Lebih Rapat Dengan Ayahnya, Sampai Mak Dia Pun Dah Tak Peduli – Ini Sebabnya
Sebenarnya, ia satu situasi yang bagus apabila anak perempuan lebih rapat dan mesra dengan ayahnya. Ia akan membantu proses pembesarannya yang lebih positif dan keyakinan diri yang lebih tinggi berbanding anak-anak yang tidak diberi perhatian oleh ayahnya.
Malahan, ada anak-anak menjadi lebih beragam apabila bersama bapanya, ini termasuklah anak-anak yang selalu berjauhan dengan bapanya. Ini antara sebab kenapa anak perempuan rasa begitu dekat dan rapat dengan ayahnya?
- Ayah dilihat bagaikan hero kepada anak perempuan, mereka bersifat pelindung dan pastinya anak berasa selamat apabila berada bersama ayahnya.
- Ibu lebih banyak masa bersama anaknya berbanding ayah yang mungkin sibuk denga kerja. Jadi, apabila ada masa terluang, inilah peluang untuk anak meraih perhatian ayahnya sebaik mungkin, terutamanya anak perempuan yang bersifat lebih manja.
- Ayah lebih pandai menawan hati anak perempuan dengan cara lebih lembut dan memancing atau membeli jiwa anak perempuan. Berbanding ibu yang lebih bersikap ‘direct’.
- Inilah uniknya hubungan kontra antara dua jantina lelaki dan perempuan walaupun yang membabitkan hubungan antara ayah dan anak. Ia memberi kesan mendalam dalam sanubari anak perempuan apabila disayangi si ayah.
- Kebiasaannya ayah lebih ‘sporting’ berbanding ibu. Ayah bersikap terbuka dengan memberi kebebasan kepada anak untuk ‘explore’ apa saja berbanding ibu yang banyak pantang-larangnya.
- Teguran ayah biasanya lebih berhikmah. Ayah kurang membebel tetapi nasihatnya memberi kesan walaupun ringkas dan mudah dihadam oleh anak perempuan.
- Ayah menjadi idola anak-anak dan pastinya lelaki pertama yang dicintai si anak perempuan sebelum dia keluar menemui cinta lelaki lain.
- Sikap tegas atau kepimpinan ayah menjadi inspirasi anak perempuan. Mereka melihat karisma si ayah yang buat mereka rasa bangga apabila dapat ‘menawan’ perhatian dan cinta ayah kepadanya.
- Ayah sentiasa bersedia dengan aktiviti yang ‘adventure’ dan tidak membosankan!
- Ayah jarang berkata tidak pada kemahuan anak perempuan, betul?