Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kenapa Makin Lama Makin Kurang Bertegur Sapa Dengan Pasangan? Bukan Dah Tak Sayang, Tapi…

Huda Hussain
20/07/2021 15:04 MYT
Kahwin dah 10 tahun tapi tetap rasa hambar dan tawar. Kalau bersembang dengan pasangan pun, isu anak-anak, ahli keuarga dan perkembangan semasa yang selalu jadi topik bualan. Sedangkan baik suami atau isteri tak pernah ambil inisiatif untuk update emosi masing-masing. Bagi mereka ia mungkin perkara remeh kerana banyak lagi perihal penting yang perlu difokuskan.

Dan jika itulah firasat anda dan pasangan dalam rumahtangga, maka bersedialah untuk berhadapan dengan gelombang yang akhirnya akan meretakkan hubungan suami isteri. “Kenapa hubungan saya dengan pasangan makin hari makin sepi?’ Penulis yakin pasti ramai yang terfikir akan soal ini. Kerana sebenarnya itulah fitrah emosi yang seringkali tidak konsisten.

Kredit Foto: Google

Cinta sebenarnya makin sepi bukanlah sebab emosi yang tak ketentuan, tapi kerana usaha nak kekalkannya yang semakin lemah. Bersikap acuh tak acuh, fokuskan soal anak-anak hingga abaikan ikhtiar untuk bercinta dan jatuh cinta semula dengan pasangan. Jadi apa yang menyebabkan semua ini berlaku?

Komunikasi
Ia memainkan peranan penting dalam mencorak dan menentukan keharmonian sesebuah rumahtangga. Berikut adalah jenis komunikasi yang perlu ada dan jadi amalan suami isteri.
  1. Luahan Kasih Sayang
Bagi suami mungkin ia sesuatu yang remeh. Teteapi sebenarnya faktor inilah yang memainkan peranan paling penting. Luahan atau ucapan saya cintakan awak, saya sayangkan awak bukan hanya perlu diungkapkan ketika melakukan hubungan intim semata-mata. Tetapi bila-bila masa. Ia akan membuatkan isteri rasa dihargai, bahagia dan oh pastinya berbunga-bunga! Dan bila isteri bahagia takkanlah pula suami akan bersedih kan?
Kredit Foto: Google
  1. Ambil Berat
Kalau tengok muka pasangan masam mencuka selepas balik kerja, beri masa. Hulurkan air dan bila masa sesuai tanyakan kepada pasangan “Awak okey tak?” “Macam mana kerja harini”. Hanya dengan beberapa patah perkataan itu menggambarkan anda benar-benar ambil berat tentang pasangan. Ambil tahu dan peduli emosinya, peka dengan perubahannya. Barulah pasangan berasa diri dihargai. Taklah dibiarkan sepi. Bertanya khabar pasangan umpamanya dapat memberi kelegaan dan ketenangan. Cubalah.
  1. Puji, Tegur dan Maaf
Sebelum merungut atau complain itu ini, ambil effort puji pasangan terlebih dahulu. Contohnya, puji usaha dan kesungguhan isteri dengan berkata, “Terima kasih masakkan untuk abang. Sedap awak masak”. Segala penat lelahnya yang bersilat didapur itu akan berterbangan andai suami berikan pujian.

Kredit Foto: Google

Kalau ada sesuatu yang perlu ditegur, cari dan pilihlah waktu, tempat dan cara paling berhikmah juga sesuai. Tegur jangan sampai merendahkan nilai atau membuatkan pasangan berasa dia seolah-olah tak berguna. Tegur jangan sampai menghina.

Dan perkara paling mahal nilainya bagi seorang suami adalah meminta maaf. Rendahkan ego, ungkapkan maaf dengan penuh ikhlas. Buang jauh-jauh ego dalam diri dengan mendiamkan diri. Tak mati pun kalau minta maaf dengan isteri bro!

Kredit Foto: Google
  1. Penghargaan
Jangan berkira untuk tunjukkan penghargaan dan terima kasih kepada pasangan. Tak susah manapun. Ringankan mulut dan ucap “Terima kasih sebab menjadi pasangan terbaik untuk saya”. “Untung saya dapat pasangan macam abang”.

Tujuan utama adalah untuk menunjukkan betapa anda benar-benar menghargai keberadaan pasangan. Buat pasangan rasa diri mereka dihargai walaupun untuk perkara-perkara kecil. Hal ini penting ya.
#Suami Isteri #Perhubungan #Komunikasi
;