gaya hidup
Kenapa Sebelum Umur 40 Macam-Macam Ujian Kena Tempuh? Sabar… Ada Sebab DIA Duga, Supaya Kita Lebih Bersedia.
Selagi hayat dikandung badan, pasti kita takkan terlepas daripada melalui pelbagai ujian. Ada ujian yang membuatkan kita terduduk hingga sukar rasanya nak bangkit. Boleh jadi ujian daripada pasangan buat mereka yang sudah berkahwin, anak-anak, adik-beradik, kewangan dan banyak lagi. Hingga dikatakan usia 30 tahun hingga 39 tahun adalah waktu kemuncak ujian hidup.
Kredit Foto: Google
Memasuki umur 20 hingga 29 tahun, secara kasarnya waktu ini kebanyakan daripada kita sibuk dengan pelbagai perkara. Waktu inilah sebilangan daripada kita sibuk belajar, sibuk nak cari jodoh, kalau dah berkahwin baru merasa menimang cahaya mata dan sebagainya. Waktu usia ini tidak dinafikan ramai yang ‘enjoy’ atas alasan mahu menikmati kehidupan. Baru nak merasa punya rumah, nak ada kereta sendiri.
Dan apabila memasuki usia 30-an pula, mulalah ujian berat mula menerpa. Satu persatu hinggakan ada kalanya bagai bersilih ganti. Waktu ini, anak semakin membesar dan meningkat dewasa. Lantaran itu macam-macam perangai mereka yang perlu kita hadap. Bagi segelintir daripada kita mungkin bersyukur kerana ya gaji semakin besar dek kerana berdikit-dikit merasai kenaikan pangkat, menjawat dan menduduki jawatan yang kian tinggi. Maka dengan itu mulalah sibuk dengan kerjaya sampaikan tiada masa dengan keluarga. Kesibukan yang ada dilazimi dengan alasan kerja, kerja dan kerja.
Kredit Foto: Google
Namun tak semua seperti itu. Ada yang Allah duga dibuang kerja kerana tak ‘perform’ dalam prestasi kerja. Rentetan itu hidup mula tertekan dek kerana ujian tadi. Mulalah rasa tersepit dan terhimpit, mana lagi fikirkan anak nak sekolah, nak bayar duit ansuran rumah dan lain-lain lagi. Dan kalau boleh disenaraikan satu persatu masalah dan ujian berikut melanda:
- Kereta mula meragam
- Rumah tak semena-mena bocor sana sini
- Yuran sekolah anak makin naik
- Mula banyak orang benci kita
- Hubungan dengan mertua kian renggang
- Isteri mula merungut tak cukup makan
- Suami stress gaji kena potong
- Rumahtangga kian goyah
- Badan mula sakit
- Badan dah tak 'fit', cepat letih
- Bawa kereta cepat mengantuk
- Hutang keliling pinggang
- Ah Long mula kejar
- Hubungan adik-beradik mula renggang
Kredit Foto: Google
Lantaran itu, kita terduduk dan bertanya kenapa sebelum umur 40 macam-macam ujian kena tempuh ya?
Sebenarnya Al-Quran dan hadis tersedia menjawab soalan ni. Ini adalah fasa Tarbiah Allah pada hambaNya supaya kuat rohani untuk menempuh hidup pada usia 40 tahun. Ujian tu sebab ALLAH SAYANG, supaya kita menang untuk menempuh usia 40 tahun.
Lihat surah Al-Ahqaf ayat 15. Ayat ini menjelaskan umur 40 tahun iaitu umur yang matang. Ini kemuncak umur keIslamannya. Ini adalah umur di mana Nabi SAW diangkat menjadi Rasul. Ibn Abbas r.a. meriwayatkan, “Sesiapa yang menjangkau usia 40 tahun, tetapi kebaikannya tidak mengalahkan kejahatannya, maka bersiap sedialah dia untuk ke neraka!”
Jadi memang sungguh Allah sayangkan kita, Dia tak nak kita kalah dengan ujian supaya kita tak diheret ke Neraka, wal’iyazubillah min zalik. Pandanglah ujian itu sebagai Rahmat dan Kasih Sayang Allah pada kita, sebab Dia nak beri kita syurga. Bertenanglah wahai jiwa yang diuji!