Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
gaya hidup

Kerajaan Tak Nak LOCKDOWN, Kita Sendiri Buat 'Self Lockdown'. Ini 5 Langkah Yang KKM Sarankan

Afiza Kamarulzaman 19/05/2021 | 13:29 MYT
Banyak sangat pertikaian sama ada mahu atau tidak total lockdown diadakan semula seperti yang dilakukan tahun lalu menerusi PKP 1.0. Melihatkan penambahan angka kes positifi dari hari ke hari memang patut untuk kita bimbang walau kerajaan masih cuba untuk bertenang.
Apa pun kita faham, banyak isu dan perkara perlu diperhalusi jika mahu total lockdown ini diadakan terutamanya daripada segi ekonomi. Namun, rata-rata rakyat Malaysia sudah letih dan jelak untuk terus mengikut pelan tindakan PKP seperti yang dilakukan hari ini. Ia dilihat seperti tidak memberi kesan positif.
Maka, dengan kita sebagai rakyat Malaysia yang cerdik dan bertanggungjawab, marilah kita mengambil inisiatif sendiri dengan melakukan self lockdown seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Usah lagi kita terpedaya dengan kebebasan yang diberikan jika kita sendiri tahu di luar sana virus sedang menggila.
Ayuh lakukan demi diri kita, keluarga, dan orang di sekelilig kita. Negara kita tanggungjawab kita dan bukan lagi harapan kepada sesiapa hatta pihak berkuasa.
Kredit Foto: Google
5 Saranan Self Lockdown:
  1. Ke pasar atau grocery untuk beli barang keperluan seminggu sekali
  1. Isi minyak kenderaan tangki penuh
  1. Solat berjemaah lima waktu bersama ahli keluarga
  1. Optimakan pembelian secara dalam talian
  1. Zero tetamu.
#KKM #Lockdown #self lockdown
;