Highlights

Kes Positif Covid-19 Semakin Meningkat – Mungkinkah PKP Dikuatkuasa Semula? Semuanya Terpulang Kepada Kita!

gempak
Huda Hussain
20/07/2020
14:07 MYT
Sponsor Banner
Kes Positif Covid-19 Semakin Meningkat – Mungkinkah PKP Dikuatkuasa Semula? Semuanya Terpulang Kepada Kita!
Buat sesiapa yang mengikuti perkembangan kes Covid-19 dalam negara kita pasti peka dengan peningkatan jumlah kes positif dan kes positif aktif yang semakin menunjukkan trend peningkatan. Malah ada kewajarannya apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan kebimbangan dengan apa yang berlaku ketika ini. Daripada satu angka kini sudah menjadi dua angka. Malah selepas hampir sebulan tiada kes kematian direkodkan, dua hari lalu negara kita mencatatkan satu lagi kematian. Selain itu pertambahan kluster baru juga menambahkan lagi kerisauan khususnya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kredit Foto: Google
Sungguh, jika dibandingkan dengan negara yang kepadatan penduduknya tinggi, Malaysia masih berada pada tahap terkawal. Namun itu bukan alasan untuk kita terus selesa dan lalai dalam melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan masing-masing. Apatah lagi hampir ke semua sektor ekonomi telah dibenarkan beroperasi, sekali gus ia memberi peluang untuk kita semua kembali bekerja seperti biasa. Lantaran itu setiap lapisan masyarakat hendaklah memainkan peranan masing-masing dan tidak alpa dalam memastikan pematuhan SOP dipatuhi lebih-lebih lagi apabila berada di tempat awam.
Kredit Foto: Facebook KKM
Memetik kenyataan daripada laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kebanyakan negara luar masih mencatatkan kes COVID-19 yang tinggi. Sehingga semalam, hampir 14.5 juta orang telah dijangkiti virus Covid- 19 di seluruh dunia dengan lebih 600 ribu kematian dicatatkan. Walaupun kes di negara kita tidaklah setinggi negara-negara lain, namun kita tetap perlu berjaga-jaga. YAB PM menyuarakan kebimbangan beliau tentang peningkatan kes dan kewujudan kluster baru di negara kita.
Kredit Foto: Google
Amalan kebiasaan baharu atau new normal mesti kita teruskan. Jangan kerana kes-kes Covid-19 semakin berkurangan, kita tidak lagi memakai pelitup muka di tempat awam. Pakailah. Jangan tak pakai. Begitu juga amalan lain seperti penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri terutamanya tangan. Kerajaan juga sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam. Perincian mengenainya akan diumumkan apabila peraturan yang berkaitan dimuktamadkan oleh kerajaan.
Dalam fasa PKPP ini, setiap individu, keluarga dan komuniti adalah petugas barisan hadapan atau frontliners. Ahli keluarga dan anggota masyarakat mestilah sentiasa nasihat-menasihati dan ingat mengingati antara satu sama lain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live