Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kes Positif Turun Naik, PKRC Lengang Tapi BID (Brought in dead) Masih Tinggi? INI Puncanya.

Huda Hussain
02/09/2021 10:17 MYT
Sekejap naik, sekejap turun. Baru lega dah berbelas ribu, naik balik puluh ribu. Sampaikan ada masanya tertanya juga, ramai dah divaksin dan lengkap dua dos tapi kes positif masih lagi tak tunjukkan penurunan ketara.

Memahami trend itu, Pakar Anestesiologi dan Rawatan Rapi, HKL, Dr Hana Hadzrami berkongsi muat naik di Facebook nya. Menjadi keperluan bagi semua untuk benar-benar memahami situasi yang berlaku ketika ini.

Ramai tertanya-tanya kenapa banyak kes BID (Brought in dead) walaupun PKRC lengang. Nak kata sebab kuarantin rumah, ia bukan perkara baru. Kita dah mula kuarantin rumah semenjak Februari lagi. Beza cuma dulu bergelang, sekarang dah tak bergelang.

Kredit Foto: Google


Nak kata yang kuarantin rumah tu orang tua atau berpenyakit pun tak betul juga. Hanya mereka yang muda, sihat tanpa komorbid saja dibenarkan kuarantin di rumah. Orang tua, ibu mengandung, orang berpenyakit semua kita arahkan kuarantin di hospital atau PKRC walaupun hanya menghidap Covid kategori ringan.

Saya doktor ICU, tak jaga CAC. Cuma berkongsi kisah dengan doktor CAC atau klinik. Boleh makan hati berulam jantung dibuatnya. Ada yang diarah kuarantin hospital (sebab berpenyakit) tapi tak mahu. Bermacam alasan diberi, antaranya tak selesa. Tiada privacy. Tiada orang nak teman suami. Tiada orang nak jaga anak, ayam, itik, pokok bunga.

Kredit Foto: Google


Ada yang nak self medicate; dah standby segala mak nenek ubat, monitor dan oksigen di rumah. Anti parasit, antiviral, antibiotik, anti radang semua ada. Ventilator je takde.
Ada yang denial kata dia bukan menghidap Covid tetapi selsema biasa. Mana ada Covid, itu semua konspirasi. “I trust my immune system”. Kemain.

Maka sanggup mereka bersemput-semput di rumah. Selagi belum nyawa ikan, selagi tu tak mahu ke hospital. Takut sangat kalau kena masuk ICU ‘ditidurkan’; sanggup bertahan sehingga meninggal dalam tidur di rumah.
Namun ada juga kes pesakit dah patuh arahan CAC suruh ke hospital, namun di reject apabila sampai disana. Apabila datang semula dah terlalu hypoxic. Mujur bukan hospital saya. Kes begini terpencil, tetapi tolong buat report kalau ada.

Kredit Foto: Google


Ada juga warga asing yang tiada passport takut nak ke hospital risau ditangkap atau dikenakan bayaran wad. Rela menahan sakit di rumah kongsi.

Sebenarnya lebih lama anda tangguhkan rawatan, lebih teruk penyakit anda. Lebih lama anda delay tak mahu ditidurkan (apabila disaran oleh doktor ICU); lebih tipis peluang anda nak survive.
Rawatan di rumah takkan membantu jika dah wujud tanda amaran. Tak kiralah anda dah sedut oksigen sebanyak mana pun di rumah. Atau dah telan pil cacing dan cengkih berbungkus-bungkus. Pesakit perlu ke hospital untuk dapatkan rawatan segera. Demi mengelakkan risiko kematian mengejut atau kematian akibat kegagalan organ.

Kredit Foto: Facebook Dr Hana Hadzrami


Inilah antara punca BID katanya. Saya cuma tolong sampaikan supaya kita semua lebih cakna. Jika ada cadangan penambahbaikan, boleh ajukan ke laman web KKM (bukan tulis kat sini, saya tak terbabit).
Akhir sekali, tolong ikut nasihat CAC jika diarahkan kuarantin PKRC/ hospital. Semoga kita semua dilindungi.
#COVID-19 #Brought In Dead
;