Aina, 35 hidup bahagia bersama suami, Redza, 36 bersama dua orang anak mereka yang comel dan sedang membesar. Aina bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta, manakala suami seorang kakitangan kerajaan. Kehidupan mereka sederhana saja, tidak berlebih tidak juga berkurangan.


Tujuh tahun berumahtangga, Aina rasa begitu bertuah dikurniakan seorang suami yang sangat melengkapi hidupnya. Redza boleh dikatakan sempurna di matanya, malah menjadi kesayangan dalam keluarga mereka.

Dalam kalangan jiran tetangga, rakan dan saudara-mara juga, Redza amat disenangi. Sikapnya yang peramah dan sopan amat disukai orang.



Kredit foto: Google



Aina Aktif Bersosial Media

Biasalah, dunia hari ini, boleh dikatakan semua orang mempunyai akaun di media sosial. Begitulah dengan Aina dan suami yang mempunyai akaun di Facebook dan Instagram.


Walaupun Aina seorang yang aktif dan Redza hanya jadi pemerhati, namun Redza tidak pernah melarang aktiviti Aina itu.


Lagi pula, perihal yang selalu dikongsikan Aina adalah perkara-perkara biasa saja seperti kalau mereka pergi bercuti, beraktiviti bersama dan perkembangan anak-anak. Namun, tidak dinafikan Aina memang kerap memuat naik hal-hal berkaitan suaminya. Niatnya bukan apa saja suka-suka.


“Apalah sangat setakat puji suami sendiri. Kalau suami tolong masak, cuci baju, belikan hadiah, saya suka ucapkan terima kasih dan beri kata-kata penghargaan.


Dan sesekali memang saya rajin beritahu kecemerlangan suami di pejabat atau kalau dia menang apa-apa pertandingan sukan. Bagi saya, itu biasalah isteri bangga dengan kejayaan suami,” Cerita Aina.


Redza juga memiliki wajah yang boleh dikategorikan ‘good looking’. Dengan kulit sawo matang, rambut lurus lebat, hidung mancung dan tinggi lampai, pasti mencuri pandangan juga. Namun, sikap Redza yang baik dan pemalu pasti tidak mungkin memandang perempuan lain. Itu kata awal kitalah.



Kredit foto: Google

Linda, Kawan Aina Mula Risik-Risik

Aina mempunyai seorang kawan dari pejabat lama, Linda seusianya tapi sudah kematian suami setahun lalu. Mereka tidaklah rapat sangat, sesekali adalah berhubung itupun kebanyakannya di Facebook sahaja. Melalui Facebooklah, Linda mengetahui perkembangan kehidupan Aina dan keluarga.


Walaupun Linda selalu ‘like’ dan ‘komen’ yang manis-manis dan usik-usik setiap kali Aina post berkenaan suaminya, namun ia tidaklah mendatang sebarang syak.

Kerana, pada post lain, ada juga Linda memberi reacted. Pernah sekali Linda WhatsApp Aina meluah perasaan tentang kehidupannya yang sunyi dan selalu ditipu lelaki.


Kata Linda, sejak suaminya meninggal, dia kerap diganggu lelaki. Ada yang nampak serius mahu memperisterikannya, tapi akhirnya diketahui punya agenda lain.

Linda juga memberitahu kadang-kadang dia terasa sunyi kerana tidak punya anak. Dia juga pernah beberapa kali memuji betapa beruntungnya Linda dikurniakan suami yang baik.


Apabila Aina bertanya mana dia tahu suaminya baik? Kata Linda, “Aku selalulah tengok kau post tentang Redza. Aku tahulah dia baik. Kalau tak, tak akanlah, kau selalu puji-puji dia, kan?

Mana nak cari lelaki macam tu sekarang? Rajin, baik, setia, penyayang dan ada agama. Muka pun not bad,” Ujar Linda buat hati Aina berbunga.



Kredit foto: Google




Dari DM, Ke WhatsApp, Akhirnya Keluar Dating

Aina juga tahu yang Linda ‘friend’ dengan Redza di Facebook. Namun, siapa add siapa, tidak pula Aina mahu bertanya. Bagi Aina, itu biasalah apabila kita berkawan dengan pasangan kawan di media sosial.


Hari ke hari, Linda sudah tidak lagi menghubunginya. Entah kenapa Linda tiba-tiba senyap, malah tidak lagi muncul di post Aina seperti selalu.


Entah macam mana, satu hari terdetik Aina mahu membuka Facebook milik Redza. Jarinya begitu mahu melihat ruang mesej di Facebook Redza. Sebaik dia scroll, dia ternampak hantaran mesej daripada Linda kepada Redza. Aduh, bergoncang dada Aina apabila melihat butir bicara mereka yang sudah ‘lain macam’.


Rupanya, sudah beberapa bulan Linda dan Redza saling berhubung intim. Tidak cukup dengan itu, Aina cuba pula menyelidik WhatsApp Redza. Dan, ya ternyata memang ada hantaran mesej di WhatsApp kepada suaminya.


Allahu...ujian apa pula ni? Kenapa pula Linda tergamak ‘main wayang’ dengan suami kawannya sendiri?





Linda Memohon Cebisan Kasih-Sayang

Sebelum mahu bersemuka dengan Linda, Aina berdepan dengan suaminya terlebih dahulu, mahu mendengar pengakuan Imamnya yang selama ini dipuji-puja. Yang diangkat, dijulang malah dikatakan hampir sempurna di matanya.


Redza tidak berdolak-dalih, hanya mengakui yang dia memang ada berhubungan dengan Linda.


Tambah suaminya itu, Linda yang memulakan perbualan. Daripada sekadar bertanya pandangan mengenai hal lelaki sampailah perihal hati. Kata Redza dia cuba untuk ‘lari’ tetapi tidak berdaya kerana Linda terlalu bijak bermain kata dan helah.


Dan, Redza juga mengaku pernah beberapa kali keluar makan-makan dan berjalan dengan Linda.


Apabila ditanya adakah mereka bercadang untuk berkahwin, jawab Redza, “Tidak!”. “Jadi?” Tanya Aina apa tujuan perhubungan mereka itu? “Suka-suka”, Balas Redza lalu memohon maaf kepada Aina.


Ternyata, dia masih sayangkan Aina dan anak-anak, cuma dia tidak mampu menolak godaan Linda walaupun dia tahu dia tidak mungkin menikahi Linda.


Dan, Aina mahu penjelasan Linda pula. Linda menolak untuk bersua muka, sebaliknya hanya mahu berbincang di WhatsApp. Melalui tulisan Linda, “Aku minta maaf. Aku tahu aku salah sebab kacau Redza tapi aku tak boleh tahan hati aku.


Aku suka berbual dengan Redza. Betul kata kau, dia memang baik. Selama kami keluar, dia tak pernah ambil kesempatan kat aku.”


Aina menarik nafas panjang. Tidak sangka rupa-rupanya apa yang pernah diluahkan Linda, memang betul-betul ‘makan dalam’ di hatinya. Memang dia menyimpan sesuatu daripada puji-pujiannya kepada Redza selama ini.


“Aina, aku harap kau sudi berkongsi kasih dengan aku. Aku tak minta banyak, aku cuma nak menumpag kasih je. Aku rasa Redza mampu beristeri dua, dia mampu berbagi kasih antara kita.


Aku janji akan ikut apa je syarat kau dan aku tak kan minta duit Redza. Aku ada lebih dari cukup untuk belanja aku...” Tulis Linda lagi buat hati Aina bagai dirobek.



Kredit foto: Google

Biarlah Masa Yang Menentukan

Setelah seminggu perkara itu diketahui dan dibincang, situasi jadi dingin dan masing-masing menyepikan diri untuk seketika. Aina sudah tidak bertegur sapa dengan Redza walaupun Redza cuba untuk menjernihkan keadaan. Hati isteri mana tidak tercalar dengan kecurangan suami.


Jauh di lubuk hati Aina memang sayangkan Redza. Tidak pernah terfikir pun untuk bercerai hidup dengannya. Kalau boleh ikatan itu ingin dibawa sampai ke akhirat. Buat masa ini, Aina mahu melayan lara jiwanya untuk seketika. Biarlah masa yang menentukan. Linda? Entahlah. Aina sudah block dia di semua media sosial.


Kata Redza, dia sudah memutuskan hubungannya dengan Linda dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Aina hanya diam membisu. Dia sendiri keliru dan tidak tahu apakah tindakan atau hukuman yang harus diberikan kepada Redza? Adakah perlu diberi peluang ke dua? Aina serahkan kepada takdir...