gaya hidup
KISAH BENAR – Berhabis Ratus Ribu Cantikkan Diri, Suami MIANG Juga. Datin X Makan Hati, Berulam Jantung!
Dipendekkan cerita, Datin X yang berusia sekitar 50 tahun ini sudah berkahwin dengan Datuk J sejak 20 tahun yang lalu. Hidup nak kata bahagia sangat, tidaklah juga. Ada masanya dilanda ombak, ada masa baik, okeylah. Suaminya ahli perniagaan terkenal dan Datin sendiri pun ada bisnesnya juga. Masing-masing kayalah.
Bab duit bukan masalah dalam rumah tangga mereka. Anak-anak pun baik-baik semuanya, sudah besar dan berdikari pun masing-masing. Dalam usia yang sebegitu, sepatutnya fasa perkahwinan mereka sudah memasuki era selamat dan menunggu masa menuju negeri abadi sajalah.
Berbeza pula untuk kisah kehidupan mereka. sikap Datuk J yang tak pernah rasa ‘tua’ dan ‘buas’ membuatkan Datin X sentiasa tak senang duduk. Ada saja hal yang dibuat Datuk J yang akhirnya berakhir dengan permohonan maaf. Dimaafkan, kemudian berulang lagi. Bukan sekali dua, berkali-kali sehingga buat Datin X makan hati setiap hari.
Kredit Foto: Google
Buat Surgeri Demi Puaskan Nafsu Datuk
Datin X bukannya tak lawa. Pada usia yang sebegitu, Datin boleh dikategorikan masih ‘hot’ dan bergetah. Badan masih solid, muka comel lagi, malah pandai bergaya. Setakat artis baru sekarang ni, ditepis begitu saja kerana memang Datin X rajin melaram tak kira masa dan tempat. Kalau ke mana-mana acara, sentiasa mencuri tumpuan kerana dia pun dulu bekas model.
Tapi itulah namanya lelaki bernafsu b*******. Walau semolek mana pun isteri sudah ada di depan mata, yang tiada juga yang dimahukannya. Cakaplah berapa ramai anak dara dan janda yang pernah dikatikan dengannya. Tak kira orang luar atau pekerja sendiri, sampai Datin X dah tak boleh ingat semua namanya.
Mahu diminta cerai, Datin X malu. Lagi pula sudah tua-tua begini, kalau boleh dia mahu terus bersama suaminya itu walau tahu cinta mereka sudah lama padam. Demi memastikan selera Datuk J masih ada untuknya, Datin X sanggup buat pembedahan besarkan payudara, sedut lemak, cucuk punggung, putihkan kulit, mancungkan hidung, tegangkan kedut dan panjangkan dagu.
Semua itu dilakukannya demi memastikan Datuk J tidak pinggirkannya. Apa jenis jamu dan suplemen ditelannya bagi memastikan stamina kekal pada tahap yang memberangsangkan. Malah, Datin selalu menemui bidan personalnya untuk membuat urutan intim yang dilakukan saban bulan. Katanya perapat untuk kekal macam anak dara.
Kredit Foto: Google
Pengorbanan Tak Pernah Dihargai
Ramai simpati melihat Datin X yang dilihat sangat berusaha untuk nampak muda demi mengikat hati suaminya itu. Namun, ternyata sia-sia sahaja kerana Datuk J masih tak berubah. Sikap buaya darat dan womenizer beliau tidak mampu dijinakkan walau secantik mana isteri sudah di genggaman.
Beratus ribu sudah dilaburkan Datin X semata-mata mahu tampil seksi di mata suami tapi masih tidak dihargai. Kadang-kadang dia buat nampak tak nampak saja. Cuba kalau ada perempuan lain lintas depan mata dengan buah dada terbelahak dan peha putih melepak, macam nak keluar biji mata Datuk J menatap.
Dalam usian yang semakin senja, nampaknya Datuk J tidak menunjukkan gaya untuk berubah pun. Datin X makan hati. Tekanan dan depresi yang dihadapinya membuatkannya kadang-kadang tak lalu makan dan tak mampu lena memikirkan nasib diri dapat suami kaya tapi berdahi licin.
Kadang-kadang Datin X terpaksa telan pil tidur semata-mata mahu menenangkan diri. Hanya kawan-kawan tempat dia mengadu dan menghiburkan hati. Kalau sampai mati ditakdirkan ini saja kebahagian yang mampu dinikmati, Datin X ‘give up’. “Buatlah apa nak buat, Datuk. Janji you tak buang title I. Aib dan dosa, you tanggunglah...” Datin kecewa...