KISAH BENAR – Difitnah, Disihir. Peniaga Ini Muntah Darah, Kesihatan Merosot Akhirnya Tutup Kedai.
Afiza Kamarulzaman
11/01/2021 02:11 MYT
11/01/2021 02:11 MYT
Liza membuka toko menjual jamu di sebuah pasar raya. Bermula dari bawah, akhirnya perniagaanya semakin maju. Liza kemudiannya mengembangkan perniagaannya dengan membuka dua lagi cawangan di beberapa pasar raya lain. Dipendekkan cerita, Liza didatangi oleh seorang pekerja di pasar raya itu yang berminat untuk membuka perniagaan juga.
Pekerja yang dipanggil Kak Sal itu sering kali datang ke kedai Liza untuk bertanyakan tips dan cara-cara untuk memulakan perniagaan. Namun, kata Kak Sal dia bukan mahu membuka perniagaan seperti Liza. Cuma dia mahu tahu cara-cara berniaga sahaja. Liza yang tidak mengesyaki apa-apa, ikhlas membantu dan berkongsi ilmu.
Kredit Foto: Google
Tembelang Pecah, Berniaga Barang Yang Sama
Beberapa bulan kemudian, Liza terlihat ada sebuah kiosk baru dibuka di bahagian depan pasaraya yang sama tempat Liza berniaga. Terlihatlah susuk pemiliknya, Kak Sal yang sibuk menguruskan pembukaan kiosk itu. Namun, cara dia menyiapkan kiosknya itu agak ‘kalut’ apabila sepanjang masa kiosknya dilitupi kain. Seperti disorok.
Sampailah pada hari pembukaan, kain dibuka dan terlihatlah kiosk Kak Sal yang menjual jamu-jamu dan produk kesihatan dan kecantikan yang sama dengan yang diusahakan Liza. Walaupun raas tertipu, namun Liza tidak berasa dengki atau marah kerana dia selalu diingatkan oleh mentornya untuk sentiasa bersikap positif hatta dengan pesaing sendiri.
Hubungan mereka masih baik walaupun beberapa bulan kemudian, Liza terasa seperti dipandang sinis oleh pekerja-pekerja Kak Sal. Setiap kali terserempak dengan mereka, pekerja-pekerja kiosk Kak Sal pasti menjeling tajam dan memandang Liza atas bawah. Malas mahu memikirkannya, Liza hanya buat ‘bodoh’.
Difitnah Konon Merosakkan Bisnes Kak Sal
Lama-kelamaan cerita sebenar diketahui juga apabila kawan Liza yang juga bersahabat dengan Kak Sal menyampaikan berita. Katanya, sudah heboh Kak Sal menjaja cerita yang Liza membomohkan perniagaan Kak Sal supaya tidak laku dan orang asyik menuju ke kedai Liza.
Liza akui kiosk Kak Sal agak ‘sendu’ dan kurang mendapat sambutan. “Awak fikir logiklah. Saya sudah berniaga lama di situ sebelum Kak Sal lagi. Tentulah sudah ramai pelanggan tetap saya yang memang sudah biasa mengambil barang dengan saya. Lagi pula, ramai pelanggan mengadu barang Kak Sal agak mahal berbanding yang saya jual,” Ujar Liza.
Betul juga. Kalau anda pelanggan, kedai mana yang akan anda tuju? Tentulah yang sudah anda kenal dan biasa. Apatah lagi, jika harga yang ditawarkan jauh lebih murah. Jadi, kenapa disalahkan orang lain pula jika perniagaan merosot disebabkan kelemahan pemasaran dan pengurusan perniagaan sendiri?
“Tak masuk akal saya nak sihirkan perniagaan dia sedangkan saya yang bantu dia tentang selok-belok perniagaan sebelum ini. Malah, staf-staf saya pun pelik kerana tidak pernah melihat saya melakukan benda-benda kurafat atau mencurigakan. Amalan saya hanya memasang bacaan suci al-Quran saja di kedai,” Tambah Liza lagi.
Terpedaya Kata-Kata Bomoh, Liza Pula Disihirkan
Selepas itu, Liza mula rasa tidak sedap badan. Rasa sakit-sakit di perut dan lemah semacam. Ada kala mendapat mimpi buruk dan gangguan-gangguan aneh di rumah. Apabila berjumpa doktor, doktor hanya memberitahu yang Liza terkena gastrik. Ya, Liza cuba bersangka-baik tanpa mengesyaki apa-apa.
Satu hari itu, Liza mengadakan kenduri masuk rumah baru. Malam itu, Liza muntah darah. Keluar dua ketul darah bergumpal seperti darah haid. Memang rasa penat yang amat sangat selepas itu. Suami juga ada memberitahu ketika mahu menjamah pulut kuning pada malam kenduri, suami ternampak gumpalan rambut di dalam pulut.
Pelik. Pulut itu dimasak oleh ibu Liza sendiri. Kalau pun terselit rambut, mungkinlah sehelai dua. Ini kalau sampai segumpal tertanam di dalam pulut, mustahil ibu Liza tidak perasan ketika menyediakannya?
Disebabkan badan terlalu letih, Liza berjumpa kawannya untuk berurut. Liza sudah biasa dengan kawannya itu namun pada kali ini, kawan Liza menolak untuk mengurut Liza. Kata kawannya itu, “Aku tak boleh urut kau ni. Kau pergilah berubat dulu..” Membuatkan jantung Liza bagai direntap.
Dan, dikhabarkan kepada Liza oleh seorang pakar perubatan Islam bahawa Liza sememangnya sudah 'dibuat’ orang. Orang itu sakit hati apabila bomohnya memberitahu yang perniagaannya merosok kerana disihir oleh pesaing. Dan, tanpa usul-periksa Kak Sal terus menuduh Lizalah orangnya.
Untuk memuaskan hatinya, Kak Sal menyuruh bomoh itu pula ‘menghantar orangnya’ untuk merosakkan kehidupan Liza. Allahu, betapa singkatnya pemikiran manusia ini. Betapa hitamnya hati dia sanggup menjatuhkan orang lain demi kepuasan sendiri dan terpedaya dengan kata-kata bomoh yang konon tahu segalanya.
Akhirnya, Liza Tutup Kedai dan Yakin Dengan Kuasa Allah
Dan kini Liza tidak lagi mengusahakan sebarang perniagaan. Bukan hanya sebab terkena gangguan, keadaan ekonomi pun tidak mengizinkan. Liza hanya menjalankan servis urutan untuk menambah pendapatan keluarga. Apabila ditanya bagaimana sihat kembali? Kata Liza dia hanya mengamalkan bacaan Quran setiap hari dan saban masa mendekatkan diri dengan Allah.
“Tiada kuasa yang dapat menandangi kuasa Allah SWT. Jadi, kenapa kita peru takut dengan ancaman manusia? Mujurlah suami dan anak-anak sentiasa ada bersama sepanjang saya diuji itu. Alhamdulillah, saya beransur-ansur pulih dan semangat saya kembali. Saya yakin ada hikmah yang Allah mahu tunjukkan di sebalik ujian ini,” Tuturnya positif.
Nasihat Liza lagi, kalau mahu berniaga, berniagalah dengan jalan yang betul. Bersihkan hati untuk sentiasa bersangka baik dengan rezeki yang Allah sudah tentukan. Tidak perlu pendinding, pelaris dan sebagainya. Hanya yakin dengan ketentuan Allah dan jagalah hati pelanggan selalu.
Apabila ditanya serik tak untuk berniaga lagi? “Langsung tidak serik cuma keadaan sekarang belum membolehkan saya untuk berniaga lagi. Saya selesa melakukan servis urutan buat masa ini. Sifat dengki manusia bukan ketika berniaga saja. Jangan tak tahu, buat servis mengurut ni pun, ada juga orang mula berkias-kias. Tak apalah, rezeki semua daripada Allah...” Ujarnya mengakhiri perbualan.