Highlights

Kita Akan Penat Jika Hidup Untuk PUASKAN Hati Orang, Maka Buatlah Sesuatu Demi Reda Tuhan dan Dirimu.

gempak
Afiza Kamarulzaman
19/07/2020
12:47 MYT
Sponsor Banner
Kita Akan Penat Jika Hidup Untuk PUASKAN Hati Orang, Maka Buatlah Sesuatu Demi Reda Tuhan dan Dirimu.
Selagi namanya manusia, kita tidak pernah dan tidak akan sempurna dan mampu menyempurnakan. Kita insan lemah yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan terutamanya kesilapan sesama manusia. Baik dengan pasangan, anak-anak, adik-beradik, teman-teman dan sesiapa sahaja di sekeliling kita.
Walaupun membuat sesuatu yang buat orang sayang itu bagus, namun seandainya orang itu tidak mampu menghargai apa yang telah kita lakukan, sebaiknya kita reda untuk melupakannya. Kadang-kadang kita didatangkan ujian saat diri tidak dihargai walau sudah puas menabur budi. Maka, janganlah marah, cukup dengan berundur diri.
Kredit Foto: Google
Lain Orang, Lain Penerimaannya
Kalau si A sukakan kita, belum tentu si B akan bersikap yang sama. Justeru, siapalah kita untuk memaksa seseorang itu menyukai diri kita. Selalu juga terjadi apabila kita berbuat baik pun orang tidak suka, apatah jika berbuat jahat. Tanyakan kepada diri, “Adakah aku hidup ini hanya untuk puaskan hati orang? Sedangkan hati aku sendiri sering terluka?”
Mencari cinta dan sayang manusia tidak salah. Namun, jangan diharapkan cinta itu berubah kepada ganjaran dan peluang mengambil kesempatan. Kerana, apabila satu hari kita mendapat tahu yang dia tidak pernah menghargainya, kita akan mula sakit hati yang akhirnya buat kita tidak ikhlas. Maka, hilanglah pahala.
Kredit Foto: Google
Bagaimana Hidup Tanpa Perlu Fikirkan Penghargaan Orang?
  • Tetapkan niat yang satu dan jitu untuk sesuatu kebaikan yang kita buat kepada seseorang itu. Jika untuk meringankan bebannya, cukup sampai di situ niat itu, jangan dipanjangkan dengan pengharapan lain
  • Terima kelebihan dan kekurangan orang di sekeliling kita dengan positif dan bersangka baik
  • Jangan paksa diri untuk melakukan sesuatu yang kita tidak mampu demi memuaskan hati orang lain
  • Jangan buat sesuatu itu tanpa kerelaan kerana ia akan mengundang ketidak ikhlasan di kemudian hari
  • Buat baik tanpa perlu mengorbankan sesuatu yang akan buat kamu sangat kecewa kelak
  • Berlaku jujur terhadap perbuatan kita kepada seseorang itu
  • Jangan mudah terpedaya dengan pujian dan sanjungan orang. Anggaplah ia hanya bicara kosong sesama manusia
  • Elakkan sikap berpura-pura. Berdirilah pada prinsip hidup sendiri dengan sentiasa menegakkan kebenaran
  • Banyakkan istigfar, zikir dan sedekah. Doalah kepada Allah agar diberi hati yang tenang, ikhlas dan luhur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024