gaya hidup
“Kita Mak Ni Tak Boleh Perintah-Perintah. Jangan Pasal Kita Ikut Nafsu, Anak Pula Jatuh Derhaka.” – Mak Mentua
Ada sesetengah ibu tidak kisah sama ada anaknya menelefon bertanya khabar atau tidak. Bagi mereka kalau si anak teringatkan ibunya ataupun rindu mahu mendengar suara, capai saja telefon bimbit dan berbuallah. Namun ada juga dalam kalangan kita punya ibu yang sentiasa mengambil berat perihal anak walaupun sudah berumahtangga. Sekejap-sekejap ditelefonnya kita. Mungkin baginya tidak puas andai takt ahu apa yang si anak lakukan saban hari. Dan kisah seorang ibu ini seperti yang dikongsikan salah seorang menantunya membuka mata dan minda untuk melihat dari sisi lain apa yang dilakukan seorang ibu terhadap anaknya.
Kredit Foto: Google
Ada satu pekara aneh yang berlaku pada mak mertua Kak Kay masa first time raya umah dia dulu. Anak dia 10 orang. Sembilan lelaki , satu perempuan. Hari raya pertama cuma kami je ada beraya dengan dia. Pelik kan? Mak rilek je, bangun pagi, masak kuah kacang, bersiap ready nak solat raya. Kak Kay pulak yang gelabah. Kalau mak Kak Kay ni, memang dah huru hara call semua orang suruh balik pakej kirim lemang rendang bagai. Tapi mak mertua Kak Kay ni lain. Sangat lain.
“Mak, nak orang call sesape ke pepagi ni?” “Hish tak payahlah. Moh kita siap ke masjid” Ah sudah, mak mertua aku ni terasa sangat ke sampai cakap gini? “Mak terasa ke? Boleh je call diorang ni” mula dah Kak Kay tak sedap hati. “Arwah ayah dulu ajar mak kalau sayang anak jangan beratkan dia. Dia dah banyak tanggungjawab, kita mak ni tak boleh perintah-perintah. Jangan pasal kita ikut nafsu, anak pula jatuh derhaka. Mak kena selalu mudahkan anak. Awak jadi mak pun kena gini. Kalau dia balik alhamdulilah, tak balik pun takpe, jangan kita beratkan mereka. Allah dah kata anak-anak ni hiburan dunia, kita yang pilih nak lalai dengan dia atau nak jadikan pahala. Toksah kalut lah”
Kredit Foto: Google
Pergh deeeeeep weh! Deep habis ustazah kholma bagi sebijik kat ai, hamik kau! First time dapat ilmu gini dari mak mertua sendiri, sentap oi, sumpah sentap. Elok je sampai masjid, ada belaka anak-anak dia. Sampai rumah lagilah ramai semua ada. Mak ni bila rilek tak beratkan anak memang jadi rebutan semua anak. Kalau dia datang ‘kolumpo’, habis semua anak ajak mak 'tido' umah diorang. Jenis mak yang tak pernah komplen, tak pernah meminta minta, tak pernah beratkan anak, selalu memaafkan anak memanglah mak yang direbut sentiasa.
Kredit Foto: Facebook Pakar Diari Hati
Mak mertua Kak Kay ni tak pernah sekali pun bising kalau anak dia tak call, sepanjang 16 tahun kawin ni, memang tak pernahlah Kak Kay dengar mak perintah anak dia itu ini. Bila gini, anak yang gelisah. Kekejap call mak tanya mak ok ke tak, padahal mak rilek je sambil makan kacang tengok Ustaz Don ceramah kat tv hari-hari. Memang aneh kan mak mertua gini. Level hebat dia memang tak boleh bincang! Jemput share biar jadi inspirasi semua wanita power di luar sana.
Kredit: Facebook Pakar Diari Hati