gaya hidup
Kita Sangka Anak SELAMAT Dirumah, TAPI... Ini Sebab Kenapa Ibu Bapa Kena Pantau Apa Yang Anak Tengok Di Internet.
Anak-anak khususnya di peringkat sekolah rendah sememangnya mudah teruja dan punya sikap ingin tahu yang tinggi untuk meneroka pelbagai perkara. Bermacam benda mahu dicuba hinggakan ada yang beralasan kalau tak dibuat akan ketinggalan.
Apa yang tular, menjadi sebutan di media sosial umpamanya acap kali menjadi ikutan generasi era kini. Hinggakan ada yang sanggup menggadaikan maruah semata-mata mahu dilihat dan dilabelkan chill, ‘sempoi’ relaks dan pelbagai lagi istilah anak-anak kita.
Contoh mudah yang perlu diberi penekanan ibu bapa adalah penggunaan gajet sementelahan sesi Pengajaran dan Pembelajaran Dirumah (PDPR) masih lagi dijalankan. Ya, penulis akui cabaran untuk memantau apa yang ditonton anak usai sesi Google Classroom dan Google Meet tamat agak sukar untuk ditangani.
Kredit Foto: Facebook Public Health Malaysia
Ada pro dan kontranya penggunaan gajet dan segala jenis peranti dalam perihal ini. Berdasarkan perkongsian Facebook Public Health Malaysia, pemangsa kini telah menukar modus operasi mereka untuk mencari mangsa mereka dengan mudah menerusi aplikasi sosial.
Tips untuk keselamatan
- Tetapkan peraturan bagaimana dan bilakah anak anak boleh berkomunikasi secara online
- Wujudkan masa berkualiti dengan anak anak untuk online bersama
- Bercakap dengan anak mengenai keselamatan dan isu semasa
- Mendengar apa kebimbangan dan pertanyaan mereka
- Beritahu mereka contoh perbualan tidak selamat dan ancaman yang ada
- Ajar anak untuk kenal pasti pemangsa
- Pastikan anak mempercayai anda dan mengiktiraf anda sebagai pelindung bukan penghukum
Kredit Foto: Facebook Public Health Malaysia
Selepas ada keserasian dan ada layanan dari sebelah pihak, sang pemangsa akan mula mengorak langkah untuk bertanya persoalan nakal seperti sedang pakai baju apa, sedang buat apa dan lain lain lagi. Allahu, itu yang paling kita takuti bukan?
Pemangsa mungkin menggunakan ayat-ayat singkatan ini sebagai cara untuk berkomunikasi, ibu bapa perlu tahu dan sentiasa berjaga jaga. Siapa lagi yang lebih layak untuk melindungi anak anak jika bukan ibu bapa sendiri? Kita sahaja yang menjadi benteng keselamatan anak-anak dan bukannya orang lain.
Must-Watch Video