Usai acara pelancaran jenama tudung Hanami, InTrend berkesempatan menemu bual selebriti dan ibu muda Anzalna Nasir mengenai kerja amal yang dilakukannya bersama keluarga baru-baru ini. Berasa puas dapat membantu, tetapi dalam masa sama ada sesuatu yang menjentik naluri keibuannya. Ibu kepada Mohamad Eidrees ini meluahkan rasa apa yang menggerakkan hatinya dan apa yang menyentuh hatinya ketika membantu sebuah keluarga yang kurang berkemampuan ini. Bersama InTrend, Anzalna kongsikan segalanya.


Kredit Foto: InTrend Malaysia


Bagaimana terdetik hati nak lakukan kerja amal? Adakah Anzalna bekerjasama dengan NGO, secara persendirian atau bagaimana, kongsikan?
Anzalna lakukannya bersama keluarga. Yalah, kakak Anzalna pun ada anak yang masih kecil. Dan Anzalna sendiri pun baru ada bayi. Daripada situ Anzalna mula sedar, apabila membesarkan Eidrees sebenarnya banyak keperluan yang perlu dibeli. Kejap-kejap kena beli pampers, susu itu dan ini. Kemudian, Anzalna terfikir macam mana agaknya keadaan keluarga di luar sana yang terpaksa berhadapan dengan situasi ini. Maklum sajalah, barang keperluan bayi sekarang semuanya mahal-mahal. Selepas ada Eidrees barulah Anzalna sedar yang sebenarnya susah nak besarkan anak.

Kadang kita merungut dengan harga yang semakin menaik dan kos sara hidup yang tinggi. Bayangkan gaji tinggi pun terasa bebanan hidup inikan pula gaji rendah. Membesarkan anak tidak mudah seperti disangka sebab banyak keperluan yang perlu disediakan terutama sekali waktu bayi. Sejak ada Eidrees buat Anzalna sedar macam mana la keluarga yang hidup dalam kesempitan, tiada wang yang cukup untuk membeli keperluan anak-anak. InsyaAllah Anzalna akan berjumpa dengan mereka. Thanks to my followers yang tolong Anzalna untuk cari keluarga yang memerlukan barang bayi/ keperluan ibu dan anak. Thank you @happikiddo_ tolong I juga. Diapers je tak cari lagi. Brand apa patut I beli? Siapa ada kenal lagi family yang memerlukan keperluan bayi please dm Anzalna. @mohamadeidrees pun akan buat #GIVEAWAY barang dia di page @mohamadeidrees . Ada baju, ada mainan, ada diapers dan macam-macam lagi..

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on



Dan Anzalna cakap pada suami macam mana nak tolong keluarga yang kurang berkemampuan terutamanya yang ada bayi. Daripada situ Anzalna uar-uarkan di Instagram dan bertanya kepada followers keluarga yang punya masalah ini. Maaf cakap, ada juga yang cuba ambil kesempatan tetapi selepas Anzalna dan suami saring betul-betul barulah kami jumpa dengan satu keluarga ini. Anzalna tanya sendiri pada ibu ini apa yang dia perlukan untuk anak-anaknya. Sebabnya Anzalna tak mahulah sekadar beri barang yang mungkin dia tak guna dan sebagainya. Jadi dari situlah bermula kerja amal yang Anzalna lakukan dengan keluarga sendiri. Insya-Allah selepas ini Anzalna akan melawat dan bantu keluarga lain pula dan sejujurnya Anzalna puas apabila dapat lihat dan tolong sendiri keluarga yang punya anak kecil dan kurang mampu. Walaupun bukanlah kaya-raya sekurang-kurangnya Anzalna dapat tolong ringankan beban mereka.


Apa yang membuka mata Anzalna semasa menolong keluarga ini?
Waktu melihat Eidrees didepan mata, membesarkan dia, beri segala-galanya kepada dia, Anzalna rasa puas sebab walaupun tak kaya-raya tapi Anzalna dan suami boleh beri keselesaan pada Eidrees. Tak mewah tapi cukup makan, pakai dan selesa semuanya. Dan dalam masa sama, Anzalna terfikir kalau Anzalna boleh beri keselesaan pada Eidrees, Anzalna juga mahu bayi lain juga hidup selesa walaupun keluarga mereka kurang berkemampuan. Misalnya kalau boleh apa yang Eidrees ada, Anzalna mahu bayi lain juga turut merasa yang sama.


Love travelling with Eidreighs @mohamadeidrees ! Tips? Nasib i baik je sebenarnya Eidreighs tak banyak meragam. Phewww... ? Paling senang sebab dia breastfeed so bila dia nak meragam je bagi terus tidur. Nasib baik tak ganggu jiran sebelah! Cik Kiah tengok drama apa tu? hahahhhahhahah

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on



Ketika kali pertama berjumpa dengan keluarga yang dibantu, apa perasaan Anzalna?
Melihat bayi itu dengan adik-beradik dan ayahnya (menahan sebak dan hampir menitiskan air mata) mulanya membuatkan Anzalna tertanya-tanya betulkah apa yang Anzalna buat ni. Sebabnya Anzalna tak ternah terfikir nak lakukan kerja amal seperti ini. Dan sebenarnya kita tak perlu tunggu sampai kita kaya-raya untuk tolong orang lain. Malah apabila dapat bantu seperti ini membuatkan Anzalna rasa puas. Dan apabila melihat sendiri keadaan keluarga ini, masya-Allah Anzalna rasa bersyukur sangat-sangat.

Setiap rezeki yang kita dapat, ada hak orang lain yang perlu dikongsi. Seronok dan rasa puas bila dapat menolong atau memberi keselesaan pada bayi yang baru lahir atau anak-anak kecil. Mak dia cakap tiada persediaan langsung dibuat untuk si kecil ni. @the_angguns @mohamadeidrees pun ada bagi barang-barang diorang juga. Bukan niat untuk menunjuk tapi sekadar berkongsi semoga bermanfaat untuk semua dan mungkin ramai lagi yang ingin menghulurkan bantuan. InsyaAllah akan teruskan usaha ini. Sebelum upload video ni dah minta kebenaran dari keluarga ni. Watch full video on my youtube channel. ❤️ Thanks mum, dad @hanif_zaki @diananasir86 @afifahnasir93 @mianasir91 @nazirahnasir97 @happikiddo_ @Amy_alongz for being part of this charity.

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on



Sejujurnya, apa yang Anzalna dan keluarga buat ini bukan sebab nak tunjuk pandai. Tapi nak berkongsi rezeki, nak bantu apa yang termampu. Malah bila Anzalna post di Instagram ramai sebenarnya yang mahu bantu bersama-sama. Dan ia cukup menggembirakan saya. Yalah, kalau nak harapkan Anzalna seorang saja nak bantu mungkin tak terdaya sebab Anzalna juga ada keluarga sendiri. Dan apa yang Anzalna rasa, sebenarnya apa-apa yang terjadi jangan sekadar melihat sesuatu perkara itu berlaku dalam keluarga kita saja. Buka mata, tengok kiri kanan. Betapa ramai lagi di luar sana yang susah, kurang berkemampuan, hidup sekadar cukup-cukup saja dan lain-lain. Bersyukur dengan apa yang kita ada dan usahakan untuk membantu mengikut kemampuan kita. Insya-Allah, pasti bertambah rezeki kita. Kita tolong mudahkan urusan orang, pasti tak sikit atau banyak; Allah akan bantu permudahkan urusan kita.