Sungguh terinspirasi dengan hubungan erat antara Abby dan Memey. Demi anak-anak, mereka nampaknya dapat hidup aman bahagia bersama kedua-dua keluarga yang besar dan berkongsi segalanya lebih daripada adik-beradik sendiri.


Lebih menggembirakan, hubungan erat itu turut dikongsi dengan suami masing-masing dan anak-anak yang tidak kekok untuk berhubung mesra. Inilah contoh hubungan silaturahim keluarga yang harus diteladani dan dibanggakan.


Mereka sering dilihat menghabiskan masa bersama dengan pergi bercuti, berniaga, kunjung-mengunjung, meraikan hari istimewa dan berkongsi tanggungjawab terhadap anak-anak seperti menghantar anak ke asrama dan sebagainya.



Kredit Foto: IG Abby Abadi



Beli Kereta Pun Sama, Meriah Betul!


Semalam, suami Memey, Norman Hakim berkongsi berita gembira apabila dua ‘gajah’ Mami dan Mama sudah sampai. Gajah yang dimaksudkan ialah kereta Vellfire yang baru dibeli mereka. Lebih menarik lagi, kedua-dua Vellfire itu ditempah dengan warna yang sama – Rose Gold Matte.


Sangat cantik! Rata-rata netizen memuji pemilihan warna itu yang dilihat sangat unik dan sesuai untuk Abby dan Memey. Malah, mereka juga memuji keakraban Abby dan Memey yang sentiasa seia sekata dalam banyak hal.


Ingatkan hanya baju, beg tangan dan casing telefon saja sama, rupa-rupanya kereta pun boleh sama termasuk warna! Penulis doakan semoga hubungan silaturahim yang sarat kasih-sayang ini akan kekal hingga ke syurga. Tahniah atas rezeki kereta baru ya.



Kredit Foto: IG Abby Abadi





Kredit Foto: IG Abby Abadi





Kredit Foto: IG r124autoart.official





Kredit Foto: IG r124autoart.official