Kulit bersih dan berseri sememangnya menjadi dambaan para wanita. Dan tatkala terlihat saja sedikit cela pada wajah, sudah bisa hilangkan keyakinan untuk melangkah. Apatah lagi dengan kehadiran bintik-bintik hitam di kulit, hasil pigmentasi atau kesan jerawat, pastinya merencatkan segala. Ya, walaupun kini kebanyakan daripada kita hanya bekerja dan duduk dirumah tetapi penjagaan kulit wajah tidak kurang pentingnya untuk kekal terpelihara.

Memahami kehendak para wanita era kini, Nanowhite memperkenalkan rangkaian baharu yang dipertingkatkan serta penampilan produk serba baharu. Turut hadir, produk utama terkininya, Nanowhite Spot Correction Advanced Serum. Menerusi pengenalan serum baharu ini, ia berhasrat untuk memberikan hasil yang lebih baik dalam masa singkat.



Nanowhite Spot Correction Advanced Serum telah diuji secara dermatologi dan klinikal untuk menyediakan keputusan terbukti pengurangan bintik-bintik gelap dan memastikan wajah yang lebih berseri dalam masa empat hari. Keberkesanan produk ini disumbangkan oleh Arbutin, yang merupakan ramuan utama serum berkenaan.

Apa Itu Arbutin?
Arbutin adalah ekstrak molekul daripada tumbuhan bearberry yang terbukti untuk mencegah pembentukan melanin, mencerahkan bintik hitam secara efektif, mengurangkan kesan parut jerawat serta memperbaiki penampilan wajah dengan tona kulit yang lebih rata.

Diperkaya Dengan Niacinamide
Bagi memastikan hanya yang terbaik diberikan buat pengguna, Nanowhite Spot Correction Advanced Serum juga mengandungi Niacinamide, sejenis nutrien yang diformulasi khusus untuk memperhalusi pori-pori dan tekstur kulit. Keyakinan anda pasti terserlah apabila kulit lebih licin dan cerah.





Selain itu, teknologi pengkapsulan nano menyampaikan ejen pencerah ke bahagian dalam kulit dan melepaskannya apabila diperlukan. Menerusi gabungan teknologi penjagaan kulit inovatif serba baharu yang melengkapkan ramuan utama, formulasi istimewa ini melengkapkan Nanowhite Spot Correction Advanced Serum, serum sempurna yang mencerahkan bintik-bintik gelap dan parut jerawat bagi tona kulit yang lebih cerah dan sekata, pada masa sama mengekalkan kelembapan kulit serta mengecilkan pori-pori.