Kurang Seminggu Nak Masuk Tahun Baru. Tak Harap Lebih. Mahu Hidup Tenang, Seadanya Dan Lebih Positif.
Huda Hussain
23/12/2020 13:45 MYT
23/12/2020 13:45 MYT
Derasnya pecutan masa yang berlalu hinggakan kadang kala tak terasa kita sudah berada di bulan terakhir 2020. Pejam celik, pejam celik kurang tujuh hari lagi kita bakal menyelak helaian kalendar tahun masihi yang menginjak angka 2021. Jika tahun-tahun sebelumnya mungkin ramai yang bersemangat menanti kehadiran tahun baru, tetapi mungkin apa yang dirasai kini tidak seperti dahulu. Keterujaannya mungkin berlainan bahkan mungkin ada dalam kalangan kita yang lebih selesa redah saja liku-liku akan datang. Bersedia atau tidak, itu soal kedua.
Jika sebelum ini apa yang kita bayangkan seperti stigma kereta terbang, serba serbi canggih dan berteknologi tinggi rupa-rupaya jauh panggang dari api. Realitinya kereta kita kekal pegun tak ke mana terutamanya ketika fasa awal PKP dahulu. Ya, tidak dinafikan angka 2020 adalah tahun yang cukup mencabar dan menguji dari segenap penjuru. Pastinya pandemik Covid-19 terus menjadi asbab yang menuntut kita menyesuaikan diri dengan norma baharu.
Hilang pekerjaan yang menjadi mata pencarian untuk menyara keluarga terus memberi tekanan kepada mereka yang terjejas. Sektor pekerjaan dan pelbagai industri yang dahulunya gah dan menawarkan gaji lumayan kini kian terkubur. Lantas memaksa diri untuk beranikan mencuba perkara baru serta mengadaptasi dengan apa yang ada dihadapan mata. Maka ramailah yang berniaga kecil-kecilan terutamanya perniagaan berasaskan makanan. Dan kita sebagai rakan mahupun saudara-mara, sebolehnya beri galakkan dan sokongan serta semangat buat mereka. Kerana mungkin hari ini hari mereka, untung nasib kita esok lusa tidak pasti lagi bagaimana percaturannya.
Lalu apa yang masih tersisa dan diharapkan untuk mendepani tahun 2021 ini? Bagi penulis, tidak banyak yang dijangkakan kecuali perlu bersiap siaga menempuh pelbagai cabaran. Mungkin juga tahun 2021 jauh lebih sukar dan mencabar berbanding 2020 kan? Sedangkan tahun ini kita punya banyak waktu ‘cuti’ dan digalakkan supaya kekal berada dirumah jika tak punya apa-apa urusan di luar dek penangan musuh nombor satu dunia, Covid-19. Apa yang ada dalam genggaman kini, cubalah pertahankan selagi ia ditakdirkan milik kita. Baik pekerjaan, rumah walaupun hanya menyewa, kereta dan aset yang lain; usahakan untuk tidak ditukar ganti yang baharu. Hiduplah serba sederhana dan seadanya. Malah jauh lebih penting, ikutlah kemampuan dan kedudukan kewangan anda sendiri tanpa perlu terikut-ikut dengan gaya hidup orang lain.
Positif, Tenang Dan Berlapang Dada
Usahlah kusutkan fikiran atau sibuk memikirkan perihal orang lain. Setiap daripada kita Allah takdirkan dengan pelbagai ujian, dugaan juga masalah tertentu. Jadilah seorang yang matang dalam menangani dan menghadapi pelbagai masalah. Jika ada berada di pihak ketiga, jadilah seorang pendengar yang baik. Bukan batu api yang terus-terusan membangkitkan kemarahan atau menimbulkan dendam. Pilihan berada ditangan dan fikiran kita. Kita sendiri yang memilih sama ada mahu terjerat dalam sesuatu masalah yang sengaja dicari atau sebaliknya.
Jika ada yang tak mahu lagi berkawan atau berdamping dengan kita, usahlah risau. Ada rakan yang mula ‘tikam belakang’ atau gunting dalam lipatan? Tak perlu bermuram durja. Mungkin ia satu petanda Dia mahu beri petunjuk kita mendekatnya diri kepada-Nya dan perbaiki segala kekurangan yang ada. Untuk menjadi seorang yang positif, persekitaran dan dengan siapa kita berdampingan juga beri pengaruh besar. Justeru, berlapang dada dalam menerima setiap takdirnya. Mungkin ini tahun yang tepat untuk kita mulai berubah kepada seorang yang jauh lebih baik berbanding tahun lalu. Lakukanlah perubahan berdikit-dikit dan penuhi dada juga pemikiran anda dengan ilmu. Pasti akan terbentang luas jalan dihadapan anda jika anda tekad untuk berubah demi memperbaiki kualiti hidup, mengubah cara berfikir kepada yang lebih positif dan melakukan kebaikan. Apa yang anda persiapkan hari ini, itulah diri anda esok hari.
Jika sebelum ini apa yang kita bayangkan seperti stigma kereta terbang, serba serbi canggih dan berteknologi tinggi rupa-rupaya jauh panggang dari api. Realitinya kereta kita kekal pegun tak ke mana terutamanya ketika fasa awal PKP dahulu. Ya, tidak dinafikan angka 2020 adalah tahun yang cukup mencabar dan menguji dari segenap penjuru. Pastinya pandemik Covid-19 terus menjadi asbab yang menuntut kita menyesuaikan diri dengan norma baharu.
Kredit Foto: Google
Hilang pekerjaan yang menjadi mata pencarian untuk menyara keluarga terus memberi tekanan kepada mereka yang terjejas. Sektor pekerjaan dan pelbagai industri yang dahulunya gah dan menawarkan gaji lumayan kini kian terkubur. Lantas memaksa diri untuk beranikan mencuba perkara baru serta mengadaptasi dengan apa yang ada dihadapan mata. Maka ramailah yang berniaga kecil-kecilan terutamanya perniagaan berasaskan makanan. Dan kita sebagai rakan mahupun saudara-mara, sebolehnya beri galakkan dan sokongan serta semangat buat mereka. Kerana mungkin hari ini hari mereka, untung nasib kita esok lusa tidak pasti lagi bagaimana percaturannya.
Kredit Foto: Google
Lebih Bersedia Dengan Sebarang KemungkinanLalu apa yang masih tersisa dan diharapkan untuk mendepani tahun 2021 ini? Bagi penulis, tidak banyak yang dijangkakan kecuali perlu bersiap siaga menempuh pelbagai cabaran. Mungkin juga tahun 2021 jauh lebih sukar dan mencabar berbanding 2020 kan? Sedangkan tahun ini kita punya banyak waktu ‘cuti’ dan digalakkan supaya kekal berada dirumah jika tak punya apa-apa urusan di luar dek penangan musuh nombor satu dunia, Covid-19. Apa yang ada dalam genggaman kini, cubalah pertahankan selagi ia ditakdirkan milik kita. Baik pekerjaan, rumah walaupun hanya menyewa, kereta dan aset yang lain; usahakan untuk tidak ditukar ganti yang baharu. Hiduplah serba sederhana dan seadanya. Malah jauh lebih penting, ikutlah kemampuan dan kedudukan kewangan anda sendiri tanpa perlu terikut-ikut dengan gaya hidup orang lain.