Highlights
Kurela DIMADUKAN – Betul ke Rela? Hati-Hati Dengan PENGORBANAN Sendiri Kalau Hati Tak Sekuat Besi!
Kata ustaz, payung emas untuk isteri yang memberi izin suami berpoligami itu tidak wujud! Dalil yang sangat lemah, tak disokong mana-mana nas dan hadis sahih. Mungkin juga ia satu perumpamaan orang untuk menggambarkan ganjaran bagi isteri yang membahagiakan suami dengan bernikah lagi satu.
Saya tidak mahu ulas lanjut tentang itu kerana tidak arif mengenainya. Namun, yang pasti, berkahwin lebih satu memanglah sunah Rasulullah, namun perhalusi kemampuan dan tujuan baginda dalam mengahwini ramai isteri. Dan lagi, jikalah kerana mengejar pahala sunah itu tujuanya, sebenarnya banyak lagi cara lain untuk menggandakan pahala.
Bukan apa, dibimbangkan daripada nak mencari ganjaran pahala, takut dosa yang dikendung. Lelaki hari ini tidak sehebat Nabi, tidak pula mampu mencontohi semua akhlak yang Nabi amalkan. Jadi, kalau banyak cacat-celanya, bagaimana anda lelaki yang kurang sempurna mahu menggalas tanggungjawab sebagai suami kepada banyak isteri dan anak-anak?
Buat isteri yang rela dimadukan pula, tanyakan pada hati itu betul-betul. Cukupkan ilmu dan iman adakah benar mampu menghadapi ujian dan tegar untuk mungkin melibas hasutan syaitan dan orang sekeliling apabila sudah dimadukan? Ia bukan perkara sehari dua, ia tentang kehidupan dunia akhirat.
Kredit Foto: Google
Sebelum Berkata Ya, Fikirkan Ini:
- Buatlah solat istikharah, mohon petunjuk daripada Allah swt.
- Bincang baik-baik dengan suami; kemampuan zahir dan batin, masa dan komitmen.
- Tanyakan juga pendapat anak-anak. Jangan ambil mudah perasaan anak-anak.
- Adakah keluarga kedua-dua belah pihak sama-sama tahu?
- Kenali siapa bakal madu itu? Tidak salah untuk siasat dengan terperinci perihal diri dan latar belakangnya.
- Tanyakan betul-betul suami bagaimana cara dia mahu mengadili keduanya? Terutama dari segi perbelanjaan, agihan masa dan tempat tinggal.
- Tanyakan hati sendiri – adakah benar-benar kuat untuk menanggung semua itu? Dan bersediakah berdepan dengan sebarang kemungkinan di kemudian hari?
- Bukan doa yang buruk tapi bersedialah untuk diri sendiri dan anak-anak seperti kewangan, tempat tinggal dan lain-lain.
Kredit Foto: Google
Must-Watch Video