Highlights
Lapan Tahun Dirikan Masjid, Ustaz Don Kongsi Tips Perkahwinan Yang Diamalkannya. Semoga Bermanfaat Buat Semua.
Mengambil keberkatan sempena tarikh pernikahan kedua ibu bapa Ustaz Don Daniyal, beberapa hari lalu menerusi muat naik di Instagram dan Facebook rasminya ada berkongsi tips berguna buat pasangan berkahwin. Mengakui bukan berlagak pandai tentang soal rumahtangga, tetapi terpanggil untuk berkongsi tips dan petua yang diamalkannya selama ini. Untuk mengekalkan kerukunan rumahtangga yang telah terjalin hampir 10 tahun lamanya. Ini perkongsian beliau yang penulis petik dari laman Facebook rasmi Ustaz Don Daniyal.
Aku Suami
Saya sentiasa ingat pesan Datuk Ustaz Badlishah Alauddin hafizahullah, “Jangan cakap tajuk keluarga sebab ini bukan padang hang. Bagi la Prof Muhaya ka, Dato Bahiyah ka, Ayahanda Dato Fadhilah Kamsah...”
Saya tulis ini sebagai berkongsi sahaja. Bukan nk tunjuk pandai. ? ok.
Gambaq ni, adalah pada hari Akad Nikah 23/08/2012 bersamaan hari Khamis. Hari Raya. Syawal.
Tips Suami, Perkahwinan 8 Tahun Yang Saya Amalkan
(P/s: maksud lapan tahun ni, dah lalu fasa first 5/6 tahun ujian rumahtangga. Masuk fasa kedua. Kalau org tua-tua kata, lepaih 5 tahun kawin, kalau still pegang tangan berjalan suami isteri, kira terer aaa... Ni kata orang tua-tua... الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالمِين masih lagi jalan pegang tangan. Terima kasih orang tua-tua ataih nasihat... point di sini, bukan senang ya nak buat... haaaa)
Petua yang saya amal dan amik dari orang lama...
Kredit Foto: Facebook Ustaz Don Daniyal
1. TanggungjawabTanggungjawab ada dua perkataan di situ. Satu ‘tanggung’ satu lagi ‘jawab’... Seolah-olah nak kata kat kita, “pandai-pandai tanggung, pandai-pandai jawab”.
Point di sini ialah, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang.
Kita biasa buat salah, bertanggungjawablah.
Kita biasa salah buat keputusan, bertanggungjawablah.
Kita biasa tersilap langkah, bertanggungjawablah.
Kita berani ‘buat’, bertanggungjawablah.
Kita biasa main msg dengan perempuan lain, bertanggungjawablah.
Kita biasa marah anak sampai nangis, bertanggungjawablah.
Kita biasa guna duit ‘overspending’, bertanggungjawablah.
Last but not least, kita pilih isteri kita, bertanggungjawablah.
(P/s: lepaih baca ni saya tau, ramai yang nk sambung tulih... kan, sila tulih diruangan komen no che no...)
Kredit Foto: Google
2. Sembahyang Berjemaah
Ini memang satu miracle laaa... Xtau nak kata mcm mn, tapi yang pasti, buatlah, akan selesai semua masalah. Percayalah!!! Allah kan Maha Mendengar, Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Tambahan pulak, Allah kan Maha Bijaksana... Amalkan lah... jangan tinggai...
Kalau lambat, qadha’.
Kalau lupa, peringat.
Kalau malas, bantu.
Kalau tak reti, ajaq.
Kalau tidoq kalu...bagi masa, agak-agak lagi 1 jam atau setengah jam nak habis waktu, kejut dan minta pi sembahyang.
Jangan la buat chengé tak memasai... relaks la... Nabi Muhammad ﷺ dengan keluarga pun relaks...
Kalau susah, biasalah... Bukan kita kawen dengan anak Nabi Shuib AS.. so, relaks. Ok.
Bawah ni akan mai, bila ada dua yang ataih (atas) ni...
1. Rumah
Kredit Foto: Google
Bagi rumah yang selesa...
Sewa pun tak apa.
Kecil bukaan dia pun tak apa.
Beli pun tak apa. Baguih.
Studio style ka, bunglow ka, teres ka, tak apa.
(Alamak, syempoiii... masa dok tulih post ni, keluaq lagi Creed- One Last Breath)
2. Kewangan
Kredit Foto: Google
Abang, please... jangan jadi mcm saya.. umur 35 baru nak belajar jaga duit dan urus duit.. nanti menyesal tak sudah Abang.. mujur la rasa tanggungjawab ada, pulun jugak la saya Abang... Abang, jangan lewat macam saya Abang... maklumat sekarang dah banyak.
Buka Youtube, dengar.
Buka Pinterest, baca.
Buka Instagram, ambil manfaat.
Buka Facebook, baca.
3. Kenderaan
Kredit Foto: Google
Mesti kena ada. Moto bagus, tak salah. Ada kereta walaupun kecil, selesa sikit. Saya ada Kancil. Warna biru. Tak kesah. Kadang-kadang kita buat moto, kira-kira dah boleh beli satu Kancil. Saya tak kata pun salah buat moto. Buat. Tak ada masalah. Asalkan ingat point nombor 1 dan 2 yang di atas .. OK my Brothers...
I Love You All my Beloved Brother di luaq sana... Brotherhood forever...
Apa pandangan kawan-kawan? Boleh komen dan bagi pandangan.Must-Watch Video