Read

LARA Buka Pintu Rezeki Luar Biasa Buat SCHA & AWAL — Ini Janji Allah, Ibu Bapa Kena Baca

gempak
Public Anonymous User
13/02/2018
07:12 MYT
Sponsor Banner
LARA Buka Pintu Rezeki Luar Biasa Buat SCHA & AWAL — Ini Janji Allah, Ibu Bapa Kena Baca
Oleh: Afiza Kamarulzaman

KENAPA Scha Alyahya untuk Januari 2018? Sebenarnya, kami ada merancang dia sebagai antara wajah sampul untuk tahun ini tetapi bukan untuk bulan ini. Jadi, sekali lagi persoalannya, kenapa Januari?
Ini kisah di sebalik tabirnya; setelah semua persiapan penggambaran diatur, kami menunggu kehadiran ‘seseorang’ yang dijanjikan sebagai sampul depan InTrend Januari.
Dari jam 10 pagi hinggalah jam 11, selebriti yang ‘sepatutnya’ menjadi wajah Januari tidak kunjung tiba. Tup-tup, kiriman WhatsApp diterima Editor Fesyen InTrend, Vee memaklumkan ‘dia’ tidak dapat hadir atas faktor yang tidak dapat dielakkan! Disebabkan semua telah tersedia pagi itu.
Studio dan jurufoto sudah kami sewa. Sederet pakaian daripada Diane Von Furstenberg diterbangkan khas dari Hong Kong juga Bottega Veneta dari Singapura, maka kami tidak mahu mengalah. Tidak mahu pulang kecewa semata-mata ‘si dia’ tidak dapat hadirkan diri seperti yang dijanji.

Kami berbincang meja bulat seketika. Jurusolek pagi itu, Khir Khalid mengusulkan satu demi satu nama sebagai pengganti. Scha Alyahya, antara yang kami rasa paling sesuai untuk membantu kami di ‘saat kecemasan’ ini.
Namun, soal kami pula, “Mahukah dia dipanggil di saat- saat akhir? Apa katanya nanti?” Namun, kata Khir Khalid, cuba dulu, Scha antara selebriti ‘mudah bincang’ dan tidak banyak lorat. Baiklah. Kami serahkan kepada Khir Khalid untuk mengusulkan ‘lamaran segera’ itu.
Berdebar juga kami menunggu kata putusnya. Mendengarkan perbualannya bersama Khir Khalid dan seterusnya disambut oleh Vee yang diselangi ketawa buat kami yang mendengar rasa lega. Dan, “okey”, jawapan Scha buat seisi studio bersorak bahagia.
Namun, katanya, beri dia masa untuk bersiap kerana dia masih berada di gimnasium. Dan, kemudian harus menghantar Lara ke sekolah. Aduhai, nyatakanlah apa sahaja syaratnya Scha, kami akan turuti.

Dan, seperti janjinya. Tepat jam satu tengah hari, loceng pintu studio dipetik. Ya, itu dia Scha Alyahya datang bagaikan membawa cahaya bersinaran di studio kami! Yeah! Tidak perlu menunggu lama, Scha terus duduk mengadap meja yang sudah dihampari koleksi alat solek Khir Khalid. Dan, Khir juga tidak berlengah, terus mencapai apa yang perlu.
Saat itu, semua krew baru boleh menarik nafas lega, bersandar tenang. Ketika semua mohon maaf dan melepaskan sedikit rasa ‘kecewa’ terhadap ‘si dia’ yang membatalkan kehadiran di saat-saat akhir, celah Scha; “Eh, janganlah marah ‘dia’. Tak baik tau. Think positive. Disebabkan ‘dia’ tidak datanglah, rezeki I dapat jadi cover bulan ini...” Serentak kami ketawa. Inilah dinamakan ‘rezeki terpijak’.
Hai Scha, seronoknya bercuti di London (ketika temu bual dilakukan), kenapa tidak dibawa Lara bersama?
Alhamdulillah, percutian hujung tahun. Kami di Eropah untuk 12 hari, bermula di London. Kami kira percutian kali ini ala-ala bulan madu. Sudah menjadi rutin kami sejak berkahwin untuk selalu bercuti sekeluarga, Schawalara.
Cuma, kali ini Awal cadangkan untuk bulan madu kami berdua. Sesekali, untuk recharge hubungan berdua, perlu juga. Dan, sebagai gantinya nanti, selepas balik dari Eropah, kami akan bawa Lara ke Jepun pula. Adillah kan, hahaha...
Alang-alang berbulan madu, ada perancangan untuk ‘adik’ Lara? Mungkin soalan ini agak klise, namun biasalah orang kita, kalau sudah anak pertamanya semakin membesar, pastinya ramai yang bertanyakan, bila pula yang kedua?
Jujurnya ya, kami memang sedang mencuba untuk anak kedua. Betul, itulah soalan yang selalu juga orang tanyakan kepada kami. Siapa tidak mahu untuk punya anak yang seterusnya setelah yang pertama semakin membesar?
Untuk jantinanya, kami tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan. Asalkan lahirnya sihat, ia sudah memadai bagi kami. Doakanlah ya ada rezekinya Lara punya adik kandung.
Apa perkembangan terkini Scha dalam industri? Agak sunyi tahun lepas?
Scha akan kembali ke set drama tahun 2018, insya-Allah. Selain akan sibuk dengan lakonan, Scha dan Awal juga mahu lebih fokus dengan perniagaan kami di Jakel Mall kerana tahun lalu adalah tahun try and error dalam perniagaan. Masih bertatih, maka banyak yang kami harus pelajari.
Kami tekad, tahun 2018 adalah tahun untuk kami lebih serius dan gigih. Selain itu, Scha juga sibuk menggalas tugas sebagai jurucakap Add Hope Malaysia (Corporate Social Responsibililty) bersama KFC.
Ini adalah tahun ketiga Scha bersama mereka. Dan, insya-Allah Scha juga akan menjalinkan kerjasama dengan beberapa produk yang akan diumumkan kelak. Alhamdulillah, it’s a good start of 2018!

Rezeki hujung tahun, Scha dilantik sebagai duta Maxis, pasti lumayan? Ceritakan bagaimana Maxis melamar Scha?
Alhamdulillah, rezeki saya. Ia sesuatu yang sangat mengujakan apabila kita dilantik sebagai jurucakap kepada satu jenama yang kita memang percayai! Scha mempercayai servis Maxis kerana Scha juga pengguna Maxis untuk beberapa tahun lamanya!
Lamaran mereka pretty straight forward and simple. Melalui ejen yang dilantik, segala urusan berlangsung dalam sebulan sahaja, sebelum segala- galanya dimuktamadkan.

Dan khabarnya iklan Maxis yang dibintangi Scha itu paling mahal kos pembikinannya. Boleh Scha kongsikan pengalaman sepanjang penggambaran iklan tersebut?
Ermmm, Scha terdengar perkara yang sama juga. Since I am the first ever ambassador for Maxis and next (telefon), mungkin kerana itu mereka bersungguh-sungguh untuk menghasilkan kempenTV yang hebat untuk mempromosikan produk mereka.
Scha sangat bersyukur menjadi sebahagian daripada famili itu. Penggambaran berlangsung selama dua hari. Ia satu pengalaman yang tidak mungkin dapat Scha lupakan. Storyline, pengarah dan semua krew yang terlibat sangat profesional.
Mereka memberikan sepenuh kepakaran yang mereka ada. Terasa diri amat kerdil apabila bekerja dengan mereka yang hebat dalam pengiklanan ini. All turned out well daripada set penggambaran sehinggalah ke rakaman suara.
Setiap perincian kerja digalas sebaik mungkin. Tiada cacat celanya. Segalanya dilakukan dengan begitu sempurna.

Scha dilihat sebagai antara selebriti yang kerap dilantik sebagai duta produk, apa agaknya keistimewaan atau strategi Scha?
Apa yang boleh Scha katakan, ini semua rezeki yang sudah ditentukan. Lain orang, lain rezeki yang telah ditetapkan. Sebagai selebriti, sudah menjadi tanggungjawab Scha untuk sentiasa positif and try to potray a good example kepada peminat dan sesiapa jua.
Ya, menjaga nama yang baik dan reputasi yang bersih juga penting untuk kita diangkat sebagai jurucakap kerana kita mewakili jenama korporat mereka. Mungkin juga, kredibiliti Scha sebagai seorang ibu, isteri, pelakon dan pengacara memberikan Scha satu lagi bonus kenapa Scha dianggap sebagai favorite.
Setuju tidak jika ramai yang mengatakan rezeki Scha dan Awal melimpah-ruah selepas kelahiran Lara?
Tentu sekali Scha setuju! Inilah yang dinamakan ‘rezeki anak’. Rezeki keluarga. Alhamdulillah, Scha tidak menolak kata kata itu. Apa pun, usaha dan perancangan juga penting untuk merealisasikan sesuatu pekerjaan yang diberikan. Jangan ambil mudah pada setiap rezeki yang datang.

Apakah Scha dan Awal sememangnya sudah merancang dari awal untuk ‘membentuk’ Lara menjadi ‘aset kecil’ kalian?
Jujurnya, tidak pernah terlintas di hati kami untuk merancang semua ini. Segala- gala yang terjadi, datangnya secara natural. Bagi saya, perkara baik selalunya berlaku tanpa dirancang.
Kita harus percaya pada qada dan qadar. Apabila Tuhan mahu jadikan sesuatu itu, ia pasti terjadi di luar kotak fikiran kita sendiri.
Bagaimana Scha dan Awal mendidik Lara untuk menjadi camera-friendly dan tidak mudah buat perangai ketika ‘bekerja’?
Shooting dengan kanak-kanak memang mencabar. Bukan shooting sahaja, rasanya semua perkara yang melibatkan anak-anak, pasti menduga. Cuma, apabila melibatkan shooting, kita perlu ada team work yang baik.
Harus bijak untuk tackle kanak-kanak ini. Cara kerja kena lebih fun dan jangan dipaksa-paksa jika mereka tidak mahu. Ia memerlukan praktis yang lama buat Lara untuk biasakan dia dengan persekitaran shooting, bersama krew yang ramai dan expectations yang kadang- kadang tidak termampu untuk dicapai.
Namun, syukur kebanyakan shooting yang pernah dibintanginya berlangsung dengan baik dan semua mudah memahami situasi kami terutamanya klien, mereka sangat profesional apabila melibatkan kanak-kanak.

Apakah cabaran paling besar kepada Scha apabila Lara menjadi bintang kecil paling ‘viral’?
Cabarannya tentulah expectation daripada masyarakat. Apabila kamu melakukan sesuatu bukan mengikut cara mereka, kamu dianggap tidak melakukannya dengan cara yang betul! Bagi Scha, semua kanak-kanak adalah berbeza.
Jangan terlalu fikir apa yang orang mahu dan expect. Orang akan sentiasa membandingkan, namun jangan diambil serius tentang itu. Seperkara yang selalu Scha tekankan; jangan SYOK DAN SERONOK dengan perhatian ini, baik perhatian yang positif mahupun negatif.
She is still a kid. Akan tiba satu masa nanti, dia akan memutuskan apa yang terbaik untuk dirinya sendiri dan kami sebagai ibu bapanya harus hormati keputusannya itu.
Maaf bertanya, apa perasaan Scha apabila satu waktu dulu, Lara dikatakan punya masalah ketidaksempurnaan? Hati ibu mana tidak terguris, bukan?
Bagi saya, setiap bayi atau kanak-kanak itu berbeza. Kita tidak mampu untuk ‘handle’ orang luar tetapi kita boleh ‘handle’ how we want to look at it. Perkara ini sememangnya menjadikan saya sangat kuat dan positif. Ia mengajar saya untuk menjadi lebih dewasa.
Slowly and steadily. Lama-kelamaan orang yang selalu bising tentang perkembangan Lara akan senyap sendiri. Pendapat Scha mudah sahaja, perkara seperti ini harus kita filter sendiri.
Yang mana elok kita dengar, yang sebaliknya, buang jauh-jauh. Hanya kami sebagai ibu bapanya tahu perkembangan anak kami kerana kami yang memantaunya secara dekat.
Kami mempunyai doktor yang sangat bagus untuk memantau Lara. Manusia memang begitu, sentiasa cuba membuatkan kita jatuh. Terpulang kepada kita untuk mendepaninya. Scha bukan jenis yang cepat terkesan sehingga meratap memikirkannya. Semua baik-baik adanya.
Berbalik pada kerjaya Scha, kenapa Scha dilihat agak kurang muncul di layar drama sekarang ini? Memilih atau tiada skrip yang betul-betul berjaya mencuri hati Scha?
Scha sudah berada di satu fasa yang memerlukan Scha untuk ‘memilih’. Status sebagai ibu membuatkan Scha perlu lebih hati-hati dan teliti. Kalau betul-betul ada tawaran yang menarik, Scha akan pertimbangkan.
Selalunya, Scha akan target sekurang-kurangnya dua projek drama dan satu hosting programme dalam setahun, ia memadai. That is my practice. Cuma, kali ini Awal cadangkan untuk bulan madu kami berdua.
Sesekali, untuk recharge hubungan berdua, perlu juga. Dan, sebagai gantinya nanti, selepas balik dari Eropah, kami akan bawa Lara ke Jepun pula. Adillah kan, hahaha...

Alang-alang berbulan madu, ada perancangan untuk ‘adik’ Lara? Mungkin soalan ini agak klise, namun biasalah orang kita, kalau sudah anak pertamanya semakin membesar, pastinya ramai yang bertanyakan, bila pula yang kedua?
Jujurnya ya, kami memang sedang mencuba untuk anak kedua. Betul, itulah soalan yang selalu juga orang tanyakan kepada kami. Siapa tidak mahu untuk punya anak yang seterusnya setelah yang pertama semakin membesar?
Untuk jantinanya, kami tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan. Asalkan lahirnya sihat, ia sudah memadai bagi kami. Doakanlah ya ada rezekinya Lara punya adik kandung.
Skrip bagaimana yang Scha impikan?
Scha suka apa sahaja yang membuatkan orang senang menontonnya. Apa sahaja yang funny and fun. Namun, Scha juga suka kalau ada satu naskhah yang memberi inspirasi dan mesej.

Kalau ada satu mesej Scha kepada industri, apakah mesej itu?
Teruslah memberikan inspirasi dengan hasil kerja yang baik dan jangan berhenti memperjuangkan apa yang bermakna dan memberi erti kepada industri. Binalah identiti kerana kita perlu ada identiti sendiri untuk terus berada di sini dan dilihat istimewa.
Kongsikan perasaan Scha ketika memenangi Anugerah Selebriti Fesyen Ikonik di Gala InTrend baru-baru ini?
Ia sesuatu yang di luar jangkaan! Betul. Kerana InTrend meletakkan Scha sebaris dengan calon-calon besar lainnya. Namun, inilah yang dikatakan tadi, rezeki. Semuanya atas sokongan peminat juga. Terima kasih sangat kepada yang mengundi. Dan InTrend, kerana mencalonkan Scha.
Apakah anugerah yang Scha impikan sebenarnya dalam industri ini?
Scha tidak mengangankan apa-apa sebenarnya. Jujurnya, selagi orang sudi terima Scha dan Scha mampu memberi inspirasi kepada orang, ia sudah memadai...
Jika diberi peluang untuk mengarahkan drama/filem sendiri, apakah cerita yang ingin Scha karyakan?
Sesuatu yang dapat memberi inspirasi kepada yang lain; women empowerment. Apa sahaja karya yang mempunyai mesej untuk memperjuangkan wanita atau memberi semangat kepada mereka. Ia sangat merangsang Scha!
Baru-baru ini, Awal mengumumkan pengundurannya dari rancangan Melodi, boleh Scha kongsikan momen itu sebagai isteri?
Enam tahun sebagai host rancangan sebesar itu, Scha rasa ia sudah cukup untuk dia mewarnai Melodi. Sebenarnya, Awal ada beberapa kali menyuarakan hasrat untuk berundur. Mungkin dia mahu mencuba perkara baru.
Scha melihat Awal sebagai pengacara yang sangat profesional dan tidak suka memperlekehkan orang lain, itu kualiti yang dia miliki. Selalu ada substance apabila bercakap dan saya percaya dia boleh pergi lebih jauh dalam bidang pengacaraan selepas ini. He is good at what he does, really... dan saya bangga dengannya.
Ada yang menobatkan kalian sebagai pasangan paling sepadan dan sweet, boleh kongsikan tips bagaimana untuk mengekalkan hubungan cinta sebagai pasangan selebriti?
Seperkara penting tentang kami adalah semua datang naturally. Keserasian kami bukan dibuat-buat. Tidak pernah terfikir untuk merancang sesuatu perkara untuk orang melihat kami begitu atau begini.
Bagi saya, biar kita original dan organik. Tidak perlu untuk menjadi palsu. Bukan sehari dua untuk kami kecapi sesuatu itu. Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk membina sebuah nama atau persona bagi seseorang selebriti. So be true and stay original. Hidup ini tidak perlu diremehkan.
Ada yang kata, antara Scha dan Awal, sebenarnya Awal yang lebih rapat dan membentuk Lara, benarkah?
I get that a lot... LOL. Kalau ada yang perasan, Scha jenis yang tidak documentate, jarang merekod atau kongsi banyak perkara atau momen, terutamanya momen bersama Lara.
Scha seorang yang menyimpan memori dalam minda. Awal pula jenis yang suka untuk rakam dan kongsi bersama peminatnya. Kami agak berbeza tentang itu.
Mungkin kerana itu, Scha dilihat agak kurang masa bersama Lara, sedangkan ia rutin tetap saban hari untuk seorang ibu bersama anaknya, cuma tidak semua yang Scha kongsikan di laman sosial.
Bukan hal Lara sahaja, rasanya banyak perkara lain yang Scha agak kurang berkongsi berbanding Awal yang lebih sukakan interaksi dengan peminat menerusi laman sosialnya.
Dalam seminggu, berapa kali agaknya Scha dan Awal bermasam muka dan bagaimana mengatasinya?
Biasalah tu, memang ada masanya kita bermasam muka. Scha jenis yang rasional dan logik. Tidak suka dan benci drama! Kerana itu, Scha mudah untuk move on.
Berkomunikasilah apabila ada perkara yang tidak menyenangkan. Ia adalah kunci terpenting dalam kehidupan seharian. Tanya, dengar dan perjelaskan. Itu caranya untuk mengatasi apa jua masalah dalam hidup ini.

Orang kata pasangan antara Leo (Awal) dan Gemini (Scha) agak komplikated sikit. Punya personaliti yang kontra, Scha dan Awal sendiri bagaimana?
Hahaha... Yes, completely the opposite. Jadi, perlu ada kesefahaman dan bertemu in between. Amalkan give and take. Boleh dikatakan, Scha lebih mudah beralah kerana itu yang paling mudah. Lelaki, sudah lumrahnya ego. So, play your role right.
Azam 2018?
Diet! Hahaha...Maksud Scha, healthy diet. Scha perlu kurangkan gula dan teruskan healthy lifestyle.
Bagaimana Scha mendepani setahun lagi penuaan usia, menjengah usia 35?
Setiap tahun akan mengajar kita banyak perkara, and I have learned a lot dan tidak sabar untuk melihat apa yang tersedia untuk Scha di masa akan datang. Semoga umur datang dengan kematangan, so nothing to worry about getting older and wiser. Smile!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live