Highlights
LARA Excited Tunggu Adik, Scha Makin Berseri Tunggu Hari – Macam BOY Je Tu? Semoga Dipermudahkan.
Pelakon Scha Alyahya sedang tunggu hari saja untuk melahirkan anak ke duanya. Kegembiraan itu turut dirasakan sang suami, Awal Ashaari yang sentiasa menemani Scha melalui detik kehamilan yang sangat istimewa dan mengujakan.
Pastinya, yang paling tidak sabar ialah si kakak, Lara Alana yang dilihat sentiasa bertanyakan khabar si adik di dalam perut. Dengar katanya Lara pun sudah ada nama untuk si adik, bermula dengan huruf L juga iaitu ‘Leman’? Betulkah? Hahaha... kelakarlah Lara!
Seperti yang kita tahu kelahiran ini sangat dinantikan selepas enam tahun usia Lara. Dan, mereka sendiri mengakui yang mereka sudah lama bersedia untuk menimang anak ke dua itu. Lengkap sudah keluarga kecil Schawal. InTrend mendoakan urusan kelahiran berjalan lancar dan selamat semuanya. Tahniah seawalnya daripada kami ya.
5 Tips Lancarkan Kelahiran Bayi
- Segarkan badan dengan berolahraga atau senaman ringan untuk ibu mengandung. Dengan banyak melakukan aktiviti megeluarkan peluh, tubuh ibu akan lebih segar dan meningkatkan stamina terutamanya ketika mahu meneran nanti.
- Ikuti kelas untuk ibu hamil kerana banyak informasi yang boleh diperolehi di situ. Ibu juga akan diajar bagaimana untuk mengenal kontraksi, cara betul untuk meneran di samping menguruskan emosi.
- Banyakkan berjalan kaki, terutamanya ketika sudah berada di dalam wad. Dikatakan bahawa dengan banyak berjalan kaki, ia merangsang bayi untuk segera bergerak ke laluan lahirnya nanti.
- Urut-urut manja sekitar tubuh ibu untuk memberikan rasa tenang dan mengurangkan rasa sakit kepada ibu yang sedang bertarung. Minta suami untuk bantu mengurut tubuh ibu ya.
- Jangan gelak ya apabila dikatakan aktif melakukan hubungan intim juga membantu memudahkan kelahiran. Ia adalah induksi alami yang melancarkan kelahiran. Sperma juga mengadnungi prostaglandin yang turut dapat melancarkan proses tersebut.