Personaliti

“Lebih 13 jenis ubat saya perlu makan. Kesan selepas pembedahan tu, saya hilang ingatan.” Hairul Nizam

gempak
Huda Hussain
27/08/2021
03:55 MYT
Sponsor Banner
“Lebih 13 jenis ubat saya perlu makan. Kesan selepas pembedahan tu, saya hilang ingatan.” Hairul Nizam
Pejam celik pejam celik program Luar Biasa sudah tiba ke penghujungnya. Eksklusif topik dalam episod ini membincangkan mengenai Stigma Masyarakat dan Majikan Terhadap Pekerja Yang Mengalami Hilang Upaya Yang Mungkin Disebabkan oleh Penyakit Ataupun Kemalangan.
Bagi mengupas topik ini, Ketua Unit Perkhidmatan Kelainan Upaya, Pejabat Timbalan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Ruzita Mohd Amin dan penyanyi yang dikenali daripada kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat diundang ke set.
Kisah Luar Biasa Hairul Nizam Amaran Bekerja sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di Darul Tech Sdn Bhd, Hairul dahulunya bekerja sebagai jurusolek yang sudah bergelumang dalam dunia glamor selebriti hampir 16 tahun lamanya. Empat tahun tidak bekerja kerana terlantar sakit, tidak lama selepas itu dia menerima panggilan daripada Perkeso untuk sesi temuduga bagi menjalani program Return To Work (RTW).
Setelah selesai proses dokumentasi, dia awalnya tidak layak menerima pampasan. Mungkin disebabkan faktor usianya yang masih muda dan kemampuannya untuk bekerja. Rentetan itu, dia mula berurusan dengan Nur Atiqah Rahim.
“Sedihlah, perjalanan saya tu perit sangat. Ubat yang terlalu banyak sangat saya makan untuk sehari. Lebih 13 jenis ubat saya perlu makan dan sampaikan tekak saya berdarah. Hinggakan saya minta pada doktor boleh tak saya berhenti makan ubat tertentu sebab saya tak boleh nak telan dan muntah.
Kesan selepas pembedahan tu, saya hilang ingatan. Memori saya loss, saya tak boleh ingat dan bila cuba nak ingat, saya sakit kepala. Dan saya nak mula bekerja ni sebab saya dah terlalu lama sangat berehat. Sampai bila nak baring tidur? Memanglah seronok tapi sebenarnya penat.
Mana lagi nak ulang alik ke hospital, jadi lebih baik saya buat sesuatu. Ada manfaatnya kalau saya bekerja. Ada faedah, ada gaji.” Kongsinya terperinci.
Akui Hairul lagi, dia selesa berurusan dengan kedua-dua pegawai kerana atas khidmat, bantuan dan nasihat yang diberi dia berjaya mendapatkan tempat untuk kembali bekerja.
Menggalas tugas sebagai Pengurus Kes Pejabat Perkeso Kuala Lumpur, Nur Atiqah Rahim menceritakan semula ketika pertama kali berjumpa dengan Hairul Nizam. “Kes ini telah dirujuk oleh jemaah doktor untuk Program Return To Work Perkeso. Dan waktu saya berjumpa dengan OB (Orang Berinsurans) dia masih lagi dalam proses pemulihan).
Saya ingat lagi, dia pernah maklumkan pada saya dia pernah terlantar selama sembilan bulan di Hospital Ampang. Berkat dorongan daripada adik perempuannya, Hairul kembali bangkit untuk meneruskan kehidupan. Pada bulan November 2018, dia dah mula bertatih. Dan sebulan selepas itu, syukur dia dapat berjalan seperti biasa. Untuk diagnosis penyakit Hairul, ia berkaitan dengan tibi dan ketumbuhan dalam otak. Menjalani pembedahan pertama untuk membuang ketumbuhan dalam otak pada 3 Disember 2020.
Pembedahan kedua pula dijadualkan pada Jun 2021 untuk membuang sebahagian lagi ketumbuhan,“ jelasnya terperinci.
Hurai Nur Atiqah lagi, “Bagi kes yang mengalami kecederaan atau hilang upaya, cabarannya adalah mendapatkan pekerjaan di pasaran sebabnya mereka perlu bersaing dengan para pencari kerja yang normal. Jadi disitu cabarannya lebih untuk meyakinkan pihak majikan dalam menggajikan orang yang hilang upaya untuk kekal bekerja dalam industri,” ulasnya lanjut.
Bagi Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Pejabat Perkeso Nur Amira Yusra Abdul Latif, menjadi tugasnya untuk memadankan pekerjaan bersama majikan untuk mendapatkan pengetahuan terlebih dahulu misalnya kekosongan jawatan yang sesuai dengan OB. Ujarnya, “Saya dapat lihat Hairul semangat untuk kembali bekerja untuk tampung kehidupannya dan kita lalui cabaran itu sama-sama untuk dapatkan pekerjaan yang sesuai, “ tambahnya lagi.
Tidak menjadi masalah bagi majikan, Darul Tech Malaysia Sdn Bhd iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Rozahiran Sami Taib untuk menerima Hairul bekerja. Baginya “Dengan maklumat yang diberi Perkeso, segala kekurangan kitab oleh terima dan tampung. Kita tidak anggap kekurangan satu kelemahan. Tapi kita boleh sama-sama perbaiki,” ulasnya.
Hal ini jelas menunjukkan pihak majikan tidak meletakkan diskriminasi mahupun stigma terhadap mereka yang kelainan upaya. Dan keterbukaan ini harus diperluaskan selain kesedaran perlu ada dalam kalangan majikan agar menerima golongan kelainan upaya sekali gus memberi peluang dan hak sama rata untuk mereka bekerja. Sewajarnya mereka perlu diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan seperti kita yang serba serbi sempurna.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024