,
gaya hidup

Lelaki Minta MAAF, Lepas Tu Buat Balik. Perempuan Susah Minta Maaf Tapi Jarang Ulangi – Yang Mana Lebih Baik?

Afiza Kamarulzaman
20/01/2021
08:23 MYT
Orang kata lelaki ego. Sebenarnya, dalam mengaku kesilapan dan membetulkan semua kesilapan itu demi sebuah perhubungan., lelaki mudah saja merendahkan egonya. Dan, perempuan hati mereka lebih keras apabila sudah tersakiti. Ini kerana, lelaki berasakan meminta maaf hanyalah seperti ‘makan kacang’.
Mereka minta maaf hari ini dan kemudian dimaafkan. Esok lusa mereka ulangi lagi kesilapan itu. Nah, inilah senjata sang lelaki untuk merayu kemaafan dan memulihkan hubungan dengan si dia. Manakala, perempuan yang kononnya punya prinsip hidup, tidak sewenang-wenangnya mengakui kesilapan, apatah lagi untuk meminta maaf.
Perempuan Kalau Mengaku Salah, Memang Mereka Maksudkan
Menerusi kajian yang diterbitkan dalam Psychological Science, 81% wanita dan lelaki akan meminta maaf jika berlaku perselisihan faham. Namun, wanita dilihat lebih ‘menghayati’ kemaafan itu berbanding lelaki. Wanita benar-benar mengakui kesilapan mereka jika mereka mengakuinya, berbanding lelaki yang bersikap sambil-lewa.
Disebabkan itu kita selalu dengar, kualiti itu lebih baik daripada kuantiti. Apalah ertinya mudah meminta maaf berkali-kali, jika kemudian diulangi lagi dan lagi. Berbanding orang perempuan, yang kalau dia lakukan kesilapan dia akan minta maaf dan jarang sekali untuk melakukannya kembali kerana dia menghargai kemaafan itu.
Kredit Foto: Google
Faktor Kesilapan Berulang Lagi dan Lagi:
  • Lelaki selesa dengan corak hubungan yang biasa dan dikira selamat walaupun ia sudah melalui pelbagai pancaroba. Maka, mereka terus mengulanginya kerana tahu ia tetap akan berakhir dengan baik nanti.
  • Lelaki tidak mengenali bagaimana hala tuju hubungannya dengan pasangan dan sering tidak dapat melihat sejauh mana hubungan itu boleh pergi?
  • Untuk berubah, kita memerlukan nasihat yang baik, tetapi kita juga perlu ingat untuk melakukan perubahan walau dengan peningkatan kecil. Namun, sebaliknya, lelaki gagal mendapatkan sumber nasihat yang bagus.
  • Menjadi tabiat yang sukar untuk diubah apabila berasakan mengulangi kesilapan bukan satu kesilapan.
  • Tidak memahami apa itu kemaafan dan rendahnya harga diri.
  • Memiliki pasangan yang terlalu baik dan selalu bersikap ‘tidak kisah’.
  • Kurang rasa tanggungjawab dan kejujuran dalam diri.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Vivy Yusof & Fadzaruddin Mohon Maaf, Letak Jawatan Dalam FashionValet

gempak
01/11/2024
13:15 MYT
Usahawan fesyen terkenal, Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Anuar mengumumkan bakal melepaskan jawatan sebagai pengasas bersama dalam Fashion Valet Sdn Bhd (FashionValet) susulan kerugian yang dilaporkan ditanggung Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) baru-baru ini.
Hiburan

Penganjur Mohon Maaf, Konsert 5 Rukun 2.0 Perjuanganmu Ditunda

gempak
30/10/2024
12:25 MYT
Konsert 5 Rukun 2.0 Perjuanganmu terpaksa ditunda atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.
Hiburan

Alya Iman Mohon Maaf, Akui Kesilapan - "Saya Memang Nak Bertudung, Kali Ni Biarlah Saya Betul-Betul Sedia"

gempak
29/10/2024
23:55 MYT
Pelakon Alya Iman memberitahu dia hanya akan bertudung apabila dirinya benar-benar bersedia pada kali ini.
Viral

Cik Epal Dedah Pernah Buang Ego & Cuba Perbaiki Hubungan - “Cuma Dengan Kes Milan Buat Hati Hancur & Tertutup Untuk duda Aku”

gempak
28/10/2024
23:55 MYT
Pempengaruh media sosial dan usahawan Cik Epal mendedahkan dia pernah membuang egonya dengan meminta maaf setiap hari ketika rumah tangganya dengan Jofliam sedang bergolak.
Hiburan

Mohon Maaf Jika Menggores Hati Orang, Keadaan Kesihatan Ebby Yus Semakin Merosot - “Saya Dah Bersedia Apa Saja Yang Berlaku

gempak
28/10/2024
02:25 MYT
“Saya mohon ribuan ampun dan maaf seandainya dalam bidang seni saya ada menyinggung perasaan semua, dan saya maafkan semua. Mana tahu anda ada terkutuk saya ketika melihat saya dalam TV,” kata pelawak dan pelakon Ebby Yus, yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan memasukkan tiub akibat komplikasi buah pinggang.
Unitar