Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lelaki Minta MAAF, Lepas Tu Buat Balik. Perempuan Susah Minta Maaf Tapi Jarang Ulangi – Yang Mana Lebih Baik?

Afiza Kamarulzaman
20/01/2021 08:23 MYT


Orang kata lelaki ego. Sebenarnya, dalam mengaku kesilapan dan membetulkan semua kesilapan itu demi sebuah perhubungan., lelaki mudah saja merendahkan egonya. Dan, perempuan hati mereka lebih keras apabila sudah tersakiti. Ini kerana, lelaki berasakan meminta maaf hanyalah seperti ‘makan kacang’.


Mereka minta maaf hari ini dan kemudian dimaafkan. Esok lusa mereka ulangi lagi kesilapan itu. Nah, inilah senjata sang lelaki untuk merayu kemaafan dan memulihkan hubungan dengan si dia. Manakala, perempuan yang kononnya punya prinsip hidup, tidak sewenang-wenangnya mengakui kesilapan, apatah lagi untuk meminta maaf.


Perempuan Kalau Mengaku Salah, Memang Mereka Maksudkan

Menerusi kajian yang diterbitkan dalam Psychological Science, 81% wanita dan lelaki akan meminta maaf jika berlaku perselisihan faham. Namun, wanita dilihat lebih ‘menghayati’ kemaafan itu berbanding lelaki. Wanita benar-benar mengakui kesilapan mereka jika mereka mengakuinya, berbanding lelaki yang bersikap sambil-lewa.


Disebabkan itu kita selalu dengar, kualiti itu lebih baik daripada kuantiti. Apalah ertinya mudah meminta maaf berkali-kali, jika kemudian diulangi lagi dan lagi. Berbanding orang perempuan, yang kalau dia lakukan kesilapan dia akan minta maaf dan jarang sekali untuk melakukannya kembali kerana dia menghargai kemaafan itu.




Kredit Foto: Google



Faktor Kesilapan Berulang Lagi dan Lagi:




Kredit Foto: Google





#Ego #maaf #Perhubungan
;