Kredit Foto: Google





Dari pergi gimnasium membina otot itu, ada baiknya bantu isteri menyelesaikan kerja di rumah. Sama juga keluar peluhnya. Kalau mahu seronok, pasang sajalah play list yang diminati. Sama-sama isteri bekerjasama pasti menyeronokkan! Itu pun kalau sang lelaki berfikiran begitu.


Sedihnya, kebanyakan suami hari ini bersikap tipikal. Tidak mahu membantu isteri di rumah terutamanya di dapur. Bagi mereka membantu isteri menjadikan mereka kelihatan ‘ikut telunjuk’ atau menjadikan isteri itu queen control.


Stigma itu ketinggalan zaman! Sekarang ini, tidak ada istilah suami king dan hanya perlu bermaharajalela di rumah. Balik kerja, duduk di sofa menonton televisyen atau membelek telefon sahaja – itu stail lelaki kolot yang berfikiran sempit.





Kredit Foto: Google




Faktor Kenapa Lelaki Tidak Mahu Bantu Isteri di Rumah:
  • Pemalas, berat tulang
  • Tidak dibiasakan dari zaman bujang untuk membuat kerja rumah. Semua ibu yang siapkan.
  • Mind set yang berasakan kerja rumah itu adalah tanggungjawab perempuan.
  • Takut dengan anggapan orang seperti ‘dayus’ atau kena control.
  • Bimbang hilang sifat ‘kejantanan’ dalam diri.
  • Sikap bossy dan rasa diri berkuasa di rumah
  • Tiada tanggungjawab dan suka bersikap lepas tangan.
  • Menganggap isteri mampu buat semuanya
  • Alasan penat bekerja
  • Budaya yang diajar daripada keluarga sendiri





Kredit Foto: Google

Bagaimana Lelaki Itu Nampak Seksi?

Mestilah seksi apabila melihat suami kita yang gagah perkasa tiba-tiba hadir di dapur dengan boxer atau kain pelikat leka memasak untuk santapan kita sekeluarga.


Kemudian, memakai apron membantu pula isteri mencuci pinggang di sinki. Cakaplah, isteri mana yang tidak akan cair jika melihat suami dalam keadaan begitu?


Waktu itu, suami beritahu apa saja yang diinginkan pasti isteri tidak akan hampakan. Asalkan, buat hati isteri gembira dan menyenangkannya pasti habuan besar diberikan. Isteri kadang-kadang bukan minta banyak pun. Cuma sesekali tunjukkan sifat romantik dengan meringankan beban mereka di rumah.









Bantulah Isteri dengan Tugasan Ringan Dahulu
  • Kalau pun tidak mampu memasak lauk-pauk yang rumit, kalau dapat gorengkan telur pun pasti sudah cukup membahagiakan isteri. Mulakan dengan menu yang ringkas dulu. Bakar roti ke?
  • Buatkanlah isteri secawan air juga boleh buat isteri lapang dada.
  • Cucikan pinggan dan cawan sendiri pun dapat meringankan tugasan isteri.
  • Tolonglah lapkan meja selepas makan bersama. Isteri bukan pelayan restoran yang setiap perincian kerja mesti dilakukan sempurna.
  • Jika pun tidak mahu mencuci atau melipat kain, kalau dapat kutip dan masukkan semua baju-baju kotor ke dalam mesin basuh pun pasti buat isteri tersenyum.
  • Sesekali tolong isteri cuci kipas atau peti ais kan seronok?
  • Lalang di depan rumah itu pasti sudah lama tidak kamu jenguk, kan? Kalau malas pun, uruskanlah orang untuk datang membersihkan laman. Tidak perlu tunggu isteri untuk menguruskannya.
  • Seminggu sekali, apa kata bawa anak-anak keluar sekejap dan biarkan isteri sendirian di rumah. Mungkin isteri boleh menyudahkan kerjanya dengan lebih cepat tanpa rengekan anak-anak, atau ada masa untuknya bersendirian di rumah buat seketika.