Highlights

Lepak Di Kedai Makan? Bukan Ini Masanya Untuk Kalian Berbuat Demikian. Banyak Risiko Perlu DiFikirkan.

gempak
Huda Hussain
28/05/2020
15:07 MYT
Sponsor Banner
Lepak Di Kedai Makan? Bukan Ini Masanya Untuk Kalian Berbuat Demikian. Banyak Risiko Perlu DiFikirkan.
Umum mengetahui ketika penguatkuasaan PKPB yang membenarkan operasi restoran-restoran dan kedai makan dibenarkan bermula 4 Mei lalu. Terdapat banyak SOP dan garis panduan yang ditetapkan kerajaan dalam soal ini. Antara yang paling ketara adalah jarak antara meja perlu berada pada dua meter, waktu operasi restoran dibenarkan bermula jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Disamping itu, pemilik restoran perlu memeriksa suhu badan pelanggan selain menyediakan hand sanitizer sebelum pelanggan dibenarkan masuk ke dalam premis.
Selain itu, menjadi tanggungjawab pemilik restoran juga untuk mendapatkan butiran peribadi pelanggan misalnya nama dan nombor telefon bagi memudahkan proses saringan dilakukan jika terdapat kes positif berlaku. Terbukti banyak kerja dan kedengaran agak renyah. Namun begitu, ia bukan bermakna sebagai pelanggan, kita boleh sewenang-wenangnya melanggar segala SOP yang ditetapkan.
Kredit Foto: Google
Ya, faham ramai dalam kalangan kita rindu mahu lepak di restoran mamak misalnya. Rindu untuk menikmati secawan kopi atau nescafe panas yang takkan sama tekstur dan rasanya walau dibuat sendiri dirumah. Jika dahulu ia menjadi rutin dan kebiasaaan dalam kalangan masyarakat kita, tetapi kini tidak lagi. Hal ini kerana banyak risiko jika anda berlama-lama di restoran. Menurut perkongsian oleh Public Health Malaysia menerusi laman facebook mendedahkan risiko dijangkiti dan terdedah kepada penularan Covid-19 yang tidak dapat dilihat mata kasar ini amat tinggi.
Risiko 1: Sewaktu Sedang Makan, Pelanggan Tidak Memakai Topeng Muka. Jika ada pelanggan yang duduk lama, berbual serta bergelak ketawa di dalam premis, ia akan meningkatkan risiko penyebaran. Ya, mungkin ada yang memberi pandangan jarak dua meter antara meja dengan meja yang lain sudah cukup selamat. Tetapi anda harus ingat, risiko lain pula menanti.
Kredit Foto: Facebook Public Health Malaysia
Risiko 2: Jika Pelanggan Tidak Tahu Mereka Positif dan Tidak Bergejala Antara yang menakutkan adalah apabila ada dalam kalangan pelanggan yang tidak tahu mereka sebenarnya positif dan tidak bergejala. Lantas, semudah itu penularan Covid-19 dapat dibebaskan dan menjangkiti orang lain.
Elakkan Risiko Penularan Covid-19 Di Restoran
  1. Masak Sendiri
Sememangnya tiada solusi paling selamat dan terjamin kebersihannya melainkan dengan memasak sendiri dirumah. Maklum sajalah, sejak PKP dan PKPB dilaksanakan ramai dalam kalangan kita mampu tampil dengan pelbagai jenis masakan hasil kreativiti tersendiri. Jika mahu keluar membeli ada kekangan, maka memasak sendiri dan bereksperimentasi di ceruk dapur jadi amalan.
Kredit Foto: Google
  1. Beli dan Bungkus
Atau jika masih lagi mahu membeli makanan di restoran kegemaran, bungkus saja dan makan dirumah. Jika ada yang tidak keberatan mahu berbaris panjang, asalkan menu kegemaran dibeli terpulang kepada pilihan masing-masing. Selagi SOP dipatuhi, Insya-Allah ia tidak akan menjadi isu besar.
Kelonggaran peraturan dilakukan untuk membantu merancakkan semula kegiatan ekonomi masyarakat setempat, ia bukan alasan untuk anda mengabaikan langkah pencegahan. Menjadi tanggungjawab dan disiplin semua bagi memastikan segala SOP diikuti dan dipatuhi. Nak lepak dan berborak di kedai mamak? Sabar dulu, situasi semasa masih belum sesuai dan keadaan di luar sana masih belum selamat sepenuhnya untuk kita bebas bergerak seperti sebelum ini.
Amalkan langkah dan penjagaan kendiri sekali gus mengelakkan diri daripada terdedah kepada risiko dijangkiti. Melihat kepada angka kes positif Covid-19 yang semakin menunjukkan penurunan harus dijadikan panduan. Ia dicapai kerana hasil daripada perintah duduk diam dirumah yang diingatkan berkali-kali sebelum ini. Pastinya kita tidak mahu PKP dikenakan semula bukan? Justeru, ambil peranan masing-masing dan bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kebersihan diri dan amalan penjarakan sosial. Kita pasti menang!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live