Personaliti

“Lima Ke Enam Tahun Mummy Struggle. Hinggakan Industri Pun Tak Terima Didie Alias Waktu Itu” – Didie Alias.

gempak
Huda Hussain
28/04/2021
09:45 MYT
Sponsor Banner
“Lima Ke Enam Tahun Mummy Struggle. Hinggakan Industri Pun Tak Terima Didie Alias Waktu Itu” – Didie Alias.
Mesra disapa Mummy, Didie Alias masih kekal utuh dalam industri hingga kini. Pembabitannya dalam dunia seni bukan calang-calang sekejap tempohnya. Rupanya saat Radin mencungkil kisah selebriti ini, genap 30 tahun dia bergelumang dengan dunia seni. Dan antara kemunculan awalnya dalam dunia seni pernah menghiasi paparan majalah Media Hiburan. Media Hiburan Throwback selami kisah dan cebisan pengalaman Didie Alias bergelar selebriti.
‘Didie Buat Burn Menggigil’ Artikel terbitan 2 – 6 November 1991 dengan tajuk Didie Buar Burn Menggigil nyata bikin penonton pecah perut ketawa melihatnya. “Burn ni siapa Mi?” tanya Radin mahukan kepastian. “Aku pun lupa lah. Dulu penyanyi rock ni. Dulu masa zaman Mummy kan memang penyanyi rock aje jadi idola” terangnya bersungguh. “Mummy mengidolakan penyanyi rock lah?” sakat Raden lagi. “Tak, diaorang yang idolakan aku,” lantas disambut dengan hilai tawa kedua-duanya. Maklum mengenai zaman rancaknya aliran genre rock, wajah Didie Alias pernah menghiasi paparan muzik video beberapa kumpulan rock ternama ketika itu. Hey, bukan calang-calang ya Mummy. Memang hot dan sering jadi buruan ketika itu. Hebatlah!
Ada Cerita Disebalik Nama Didie Alias Berdebar-debar mahu lihat apa lagi petikan artikel yang jadi sumber utama Radin untuk di ‘bahankan’, suasana panas diluar seakan menghangatkan lagi kisah kontroversi seterusnya. Lalu sesi ‘membuka aib’ diteruskan dalam kediaman Didie Alias pula. Sosek-sosek selanjutnya, Radin berjaya menyingkap cerita disebalik nama sebenar Didie Alias iaitu Fadzilah Binti Mohd @ Ali. “Tapi bercerita mengenai seorang Fadzilah Bt Ali, daripada nama tu macam mana boleh dapat nama Didie Alias?” soal Raden lagi.
“Masa kat sekolah, nama Didie tu dah wujud. Kakak angkat Mummy, Tengku Nina Shireen yang bagi idea nama Didie. Maklumlah, waktu sekolah dulu kan ada month of flower, candy, chocolate dan sebagainya. Dan waktu sekolah dulu, Mummy school runner. Nama Alias tu, dijadikan cerita masa nak shooting filem Boss bersama arwah Mr Os, tiba-tiba aje keluar nama Didie Alias. Hairan juga mana diaorang dapat nama tu. Sebabnya nama Mummy Fadzilah Bt Mohd @ Ali. Diaorang ambil yang tengah tu ‘alias’ hinggakan arwah abah Mummy dulu pernah cakap memang kau suka-suka ke tukar nama aku. Hahaha… Tapi kekal sampai sekarang. Mungkin rezeki agaknya. Jadi itulah nama sebenar Mummy,” cerita Didie Alias dan sekali lagi diselang seli dengan hilai tawa kedua-duanya.
‘Didie Alias Bakal Pengantin’ Petikan artikel yang dikeluarkan pada April 1992 ini seakan tidak sanggup bagi Didie Alias untuk melihatnya. Tampil mengenakan rona merah sedondon baju dan topi, sekali lagi dia ‘sempoi’ melayan gelagat Radin yang tidak habis-habis mahu mencungkil apa jua cerita disebalik petikan artikel itu. “ Waktu tu filem Kanta Serigala memang tengah hot ditayangkan di pawagam. Dan waktu tu juga nama Didie Alis meletup-letup,” ujarnya memulakan cerita. Mengimbas zaman kegemilangan Didie Alias, dia muncul dengan filem pertama Boss. Sebuah filem arahan Allahyarham Hussien Abu Hasan yang menggandingkannya bersama Raja Ema dan Jasmin Hamid. “Jadi antara Mummy, Raja Ema dan Jasmin Hamid, siapa yang hot?” tanya Radin lagi. “Dulu yang hot Didie Alias lah,” dan tertawa menggamatkan suasana itu.
‘Didie Alias Akui Berpisah Dengan Suami’ Ketika peristiwa hitam ini terpalit dalam sejarah hidup insan bernama Didie Alias, dia dan bekas suami mempunyai lima orang anak ketika itu. “Enam rasanya sebab anak ketiga meninggal dunia kerana pre mature baby,” ulasnya membetulkan fakta yang dikongsi Radin. Dan apabila ditanya masih baik atau tidak kini, “Kita orang kalau jumpa dia jadi macam pertabalan. Seorang hujung sini, seorang hujung sana. Tak bercakap. Dulu dia seolah-olah tak wujud. Masa anak-anak kecil lagi, lepas kami berpisah, dia akan datang bila dia rasa perlu. Tapi dia rapat apabila anak-anak sudah besar,” luah Didie Alias lagi.
‘Didie Alias Semakin Bergaya Dan Sibuk’ Artikel yang diterbitkan pada Ogos 2001 menampakkan susuk tubuh selebriti yang pernah menerima jolokan nama Lady Gaga Malaysia ini sedikit berisi. “Masa start kurus lepas divorce,” ujarnya singkat yang membawa kepada pertanyaan Radin “ Disebabkan stress atau disebabkan tanggungjawab?”. Menjawab telahan itu, Didie Alias dilihat cukup profesional. “Nak kata stress bukanlah stress sangat sebab Mummy memang happy go lucky orangnya. Sampai sekarang, macam awet muda. Kena sentiasa senyum, buat orang lain gembira. Tapi dalam hati, kita saja yang tahu. Dan masa berat badan turun tu, lima ke enam tahun Mummy struggle. Hinggakan industri pun tak terima Didie Alias waktu itu. Memang lepas bercerai, Mummy tak kerja. Tiada shooting semua. Dalam masa sama, Mummy tanggung sepenuhnya anak-anak. Tetapi terfikir juga waktu itu, macam mana aku nak cari rezeki untuk sekolahkan anak-anak?” ulasnya mengimbas saat-saat sukar ketika itu. Bagaikan pelangi selepas tsunami, berbekalkan kecekalan dan rezeki-Nya semua itu dilalui penuh reda.
‘Didie Alias Tak Serik Kahwin Artis’ “Kurusnya aku, macam Amber Chia pun ada. Hahaha…” itulah reaksinya tatkala artikel tersebut yang dibingkaikan bertukar tangan. Mengaku tidak serik berkahwin dengan artis walaupun hakikatnya dia tidak pernah menjalin cinta dengan mana-mana artis selepas berpisah, Didie Alias punya pegangan tersendiri dalam soal ini. “Betul ke orang kata kalau kita dalam industri ni, nak mencari pasangan pun biarlah orang dalam industri juga. Ataupun perkara itu tidak sebenarnya? Sebab boleh jadi sesiapa pun, as long as dia faham kita, kita faham dia,” ulas Radin lalu Didie menambah. “Tapi susahlah industri kita ni, kalau orang yang betul-betul tak faham tak payahlah kahwin. Kita kerja tak tentu masa. Kadang-kadang orang expect 8.00 pagi kita keluar, 4.40 ke 5.00 dah balik. Kalau dia tak boleh nak terima keadaan kerja kita, lebih baik jangan involve dengan artis.
‘Didie Alias Anak Dapat 8A’ Bercerita lanjut mengenai kisah anaknya ini, ada kisah lucu disebaliknya. “Masa hari keputusan keluar, ada 22 pelajar. Mummy tunggu di luar pagar. Dengan pakai kaca mata hitam, waktu itu Mummy baru habis shooting jam 6.00 pagi. Gagahkan juga. Kata Dinie Mummy you have to be with me. Tunggu punya tunggu, dengan mengantuknya Mummy, dah jadi macam alien pun ada. Lepas seorang demi seorang nama pelajar dipanggil, tiba-tiba cikgu umum nama dia. Eh macam nama anak aku, rasa mamai pun ada ya lah kan terlelap sekejap. Kakak Dinie, anak sulung dah melompat-lompat happy.” Kongsi Didie Alias imbas momen bersejarah anaknya.
Bercerita mengenai pencapaian anaknya, pastinya kejayaan seorang anak adalah satu kegembiraan yang tak ternilai bagi seorang ibu. “Mak mana yang tak bangga dengan anak kan? Susah senang anak mak tetap akan ada. Tambah pula dengan 8A, struggle yang Mummy hadap selama ni cari duit sekolahkan,” komen Radin yang membawa kepada jawapan Didie Alias. “Ya Allah, rasa lega. Penat letih setiap hari kerja tu macam hilang. Lebih-lebih lagi waktu itu orang mula memandang tinggi. Dan selepas kejayaan anak Mummy dapat straight A’s, masyarakat dah mula berubah persepsi mereka terhadap artis,” ceritanya lanjut.
Banyak pengalaman suka duka, jatuh bangun yang dilalui Didie Alias selama bergelar anak seni. Tiga dekad bergelumang dalam industri, dia bersyukur masih relevan dalam industri dan dipinjamkan kekuatan juga support system yang kuat dibelakangnya yakni keluarga dan anak-anak yang memahami dirinya yang sebenar. Mengakui dirinya hanya insan biasa, tetapi dia akan terus berjuang dalam industri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live