,
Hiburan

Lisa dan Daphne Ajak Muslimah Tonton Girls Day In di Naura — Kerana Sayangnya Allah Kepada Wanita...

Afiza Kamarulzaman
25/09/2019
09:37 MYT
GIRLS DAY IN
Tarikh Tayangan: Khamis, 26 September 9.00pm
Masa: 9 malam
Saluran: Astro Naura
Hosts: Lisa Surihani & Daphne Iking
Sinopsis: Merupakan sebuah program bual bicara kasual menampilkan tiga wanita yang membicarakan tentang topik-topik yang dihadapi oleh kaum wanita dalam kehidupan seharian, menumpukan pada isu hak kewanitaan dalam Islam.
Tahun 2019 mengetengahkan tentang wanita yang menyokong sesama sendiri secara mental atau rohani dalam mengharungi liku-liku serta onar kehidupan.
Girls Day In – Sebuah program bual bicara mesra untuk kaum wanita Islam yang memberi inspirasi untuk belajar dan mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam.

Daphne Iking
Apa yang buat Daphne jatuh cinta dengan program Girls Day In (GDI) ini?
Yang paling membuat hati saya terpaut tentangnya, apabila saya dapat bergandingan dengan sahabat kesayangan, Lisa Surihani dan bekerjasama dengan team yang fantastik.
Kami berkesempatan mengadakan penggambaran seminggu di luar Kuala Lumpur dan kebiasaannya apabila bekerja di lokasi jauh dari KL, ia agak sedikit menekan apatah lagi terpaksa berjauhan dengan anak.
Namun, untuk program ini, it felt more like a wonderful workshop of discovering my rights as a Muslim woman and it awoke the spiritual enlightenment. Ia sudah lama saya fikirkan sejak beberapa bulan yang lepas.
Produser dan Produser Eksekutif sangat penyabar dan sentiasa bertolak-ansur dengan kami. Kami bukan sahaja menjadi pengantara kepada program ini, tetapi juga diberi peluang oleh content team untuk memberi sebarang input dan turut diundang ketika sesi pre-production.
Latar belakang saya dalam broadcasting sebagai journalist and produser juga memberi satu bonus kepada saya untuk mengendalikan program sebegini.

Dan kenapa Daphne bersetuju dengan lamaran sebagai hos GDI?
Ada banyak sebabnya. Sudah lama juga saya tidak mengendalikan TV show, saya terfikir mengapa tidak untuk kembali semula. Tretment program ini berbeza dengan program yang pernah saya kendalikan sebelum ini, saya ambil ia sebagai satu cabaran.
Dan, ia harus juga dikenalikan dalam bahasa Melayu ya, sedangkan saya biasa menghoskan program dalam English. I'm always up for challenge and it's great for the mind and soul to constantly up the game to keep the mind agile and fit.
Paling penting, I've been going through some spiritual questioning and God listens. RahmatNya itu bukan hanya dengan Dia memberikan saya ‘rezeki’ bekerja dengan orang yang saya hormati, malah dengan team yang sangat saya percayai dan yakini.
Saya telah memohon begitu banyak penjelasan untuk memberikan saya kesedaran, dan Alhamdulillah, program ini membantu saya menjawab segalanya.

Isu wanita Islam juga sentiasa dekat di hati saya. How can I say no to something that was clearly a sign and answer from Allah swt? MashaAllah. Sehingga kini, saya tidak pernah berhenti memujiNya untuk menjawab segala doa saya.
Mengapa agaknya wanita muslim perlu menonton program ini?
Anda akan terkejut dengan kebenaran di sebalik mitos tentang hak wanita yang kebanyakan wanita Malaysia tidak tahu. Saya sudah jelak dengan omongan yang mengatakan ‘Islam tidak adil terhadap wanita’ atau bagaimana Islam bertindak kejam terhadap wanita?
Ini sama sekali karut! Ada banyak isu senistif yang disentuh dalam program ini yang menjelaskan fakta sebenar. Daripada isu hak selepas penceraian, Faraid dan Hibah; dengan mengetahui hak untuk memiliki perniagaan atau tidak perlu risau jika anda seorang usahawan berjaya.
Tiada apa yang perlu disembunyikan. Pada saya, lelaki Malaysia juga perlu menonton program ini kerana hanya dengan kesedaran mampu menjelaskan kedudukan dan fakta sebenar.
Episod yang mana paling memberikan Daphne inspirasi?
Oh, ia soalan yang sukar! Bagi saya, setiap episod mempunyai kekuatannya sendiri. Justeru, saya yakin program ini akan menjadi hit kerana ia sangat berkait rapat dengan kehidupan orang kita di luar sana.
Namun, kalau benar-benar saya perlu PILIH, saya sukakan episod Kahwin Campur. Seperti yang saya katakan tadi, terlalu banyak salah anggap dalam kehidupan seharian kita.
Saya mahu semua saudara baru tahu yang sebenarnya Islam ini sangat indah dan saya sangat berharap episod ini akan menjadi panduan pertama untuk memimpin tangan mereka menuju ke kehidupan yang harmoni.
Ambillah sedikit masa. Buat mereka yang lahir sebagai Islam, bantulah, berbaiklah dengan mereka dan pandulah mereka dengan kesabaran dan belas-ihsan.

Bagaimana kerjasama dengan Lisa?

Kami memiliki ikatan persahabatan yang baik. Baru-baru ini kemi sempat kembara bersama untuk Summer Course on Statelessness di Tilburg University, Netherlands. Orang kata, traveling with someone is the truest testament to make or break a friendship.

Dan, ya kami lulus! Ia menguatkan lagi hubungan persahabatan kami dan pastinya kerjasama dalam program ini memberikan aura yang sangat bagus.
Lisa antara orang yang sangat saya suka dan selesa untuk bekerjasama.

LISA SURIHANI
Apa perbezaan GDI dengan program kendalian Lisa sebelum ini?
Okeylah, saya ambil contoh terdekat program yang sedang saya kendalikan sekarang, Tanya Dr.Imelda, memang ada bezanya. Tanya Dr.Imelda sebuah program pengkhususan tentang perubatan kewanitaan.
Manakala, GDI lebih kepada program bual bicara tentang isu dan hak-hak wanita menurut perspektif Islam. Ia dua program yang jauh berbeza.
Kalau Tanya Dr.Imelda, ia lebih kepada fakta perubatan yang tidak boleh disangkal, berbeza dengan GDI yang lebih kepada perbincangan dengan pelbagai pakar daripada ajnas cabang topik.
Menariknya, pakar-pakar ini kebanyakannya popular dan dikenali. Banyak hujah-hujah yang buat kita ternganga kerana baru tahu...
Bagaimana Lisa berkata ‘ya’ untuk menjadi hos program ini?
Rezeki datang tepat pada masanya. Lamaran ini saya terima selepas saya pulang dari mengerjakan umrah. Ia adalah aturan Allah yang sangat indah. Memang ketika di Tanah Haram lagi, saya sentiasa berdoa untuk terus diberikan petunjuk dan hidayah.
Dan, saya juga pernah mengharapkan akan dapat mengendalikan apa-apa program bersama Naura satu hari nanti. Subhanallah, Allah itu sangat pengasih dan penyayang. Dia dengar doa hamba-hambanya.
Tawaran ini bukan sekadar tentang rezeki wang semata-mata tetapi saya mahukan suatu pembelajaran juga. Sambil bekerja, sambil menimba pengetahuan. Tiada sebab untuk saya menolaknya.
Pastinya setiap episod punya keistimewaannya tersendiri, namun satu yang paling memberi inspirasi kepada Lisa?
Terlalu banyak yang melekat di hati saya. Antara yang sangat saya ingat adalah episod Al-Quran sebagai panduan wanita, Islam meraikan wanita, poligami dan banyak lagilah kalau mahu dikatakan memberi inspirasi.
Memang benar, Islam ini sangat menghargai wanita kerana itu begitu banyak hak wanita diperjuangkan dalam Islam.
Apakah cabaran terbesar mengendalikan program ini?
Kalau nak kata besar sangat, tidak ada yang terlalu mencabar kerana semuanya berlangsung dengan baik sekali bersama team yang bagus.
Cuma, penggambaran ini dilakukan di Janda Baik dalam kawasan terbuka kerana kita mahukan suasana yang santai dikelilingi alam semula jadi.
Jadi, sesekali penggambaran terpaksa dihentikan seketika untuk memberi ‘laluan’ monyet-monyet ‘bermesyuarat’ dahulu. Hahaha.. Kebisingan di persekitaran itu sahajalah yang mungkin sedikit mencabar kerana ia menunda masa lebih lama.
Yang lain, semua berjalan lancar.

Kenapa wanita muslim di luar sana mesti menonton rancangan ini?
Oh, you should! Kita mesti punya begitu banyak soalan tentang pelbagai aspek kehidupan kita, namun kadang-kadang kita mendapat jawapan yang samar-samar dan kebanyakannya ditokok-tambah, jadi dengan berpandukan ustaz bertauliah yang memantau perbincangan ini, anda mendapatkan jawapan yang tepat mengikut hukum.
Contohnya topik Al-Quran seagai panduan wanita, saya benar-benar teruja dengan bagaimana jemputan kami mengulas tentang bagaimana Quran seharusnya menjadi BFF kita.
Tapi BFF bukan bermaksud membacanya semata-mata tetapi memahaminya dan paling penting mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita. Ia amat berguna untuk saya yang sedang menyelaminya, apa lagi buat saudara baru seperti Daphne.
Menariknya, perbincangan kami berlaku dalam suasana santai dan diselit unsur-unsur jenaka juga kerana kita bebas untuk berdebat, bertanya apa saja walaupun kita rasa ia seperti soalan tidak masuk akal.
Kita kongsi semuanya dengan jujur. Very infotainment!

Adakah ini juga salah satu cara dakwah Lisa kepada peminat?
Kalaulah boleh saya katakan ini adalah salah satu fardu kifayah, saya mahu mengakuinya. Benar, inilah antara jalan untuk saya berdakwah kepada muslimin di luar sana.
Kami, pengacara ini umpama pengantara rakyat yang menyuarakan persoalan kepada yang pakar. Program ini mempunyai nilai yang sangat indah dalam memandu kehidupan harian kita.
Tontonlah, dan saya amat berharap GDI akan diteruskan siarannya untuk siri berikutnya.
Bagaimana gandingan bersama Daphne?
Walaupun selalu bertemu namun ini adalah gandingan pertama kami bekerjasama dalam satu program.
Dia juga seorang pejuang hak kanak-kanak dan ahli Women's Aid Organisation (WAO), bermakna dia juga seorang yang berpengetahuan tentang apa yang dibincangkan di sini mengenai hak dan isu wanita Islam.
Daphne juga mempunya latar belakang journalisme, maka inilah makanan beliau. Dia melakukannya dengan baik sekali. Tidak lokek berkongsi ilmu, sentiasa positif dan sangat energetik.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nora Danish Terpesona Dengan Kecantikan Siti Nurhaliza - “Tak Mekap Pun Dah Cantik…”

gempak
19/10/2024
16:00 MYT
Pelakon Nora Danish mengakui terpegun dengan kecantikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Viral

“Nafkah Kena Ikut Kemampuan Suami” - Madammu

gempak
19/10/2024
07:07 MYT
Usahawan kosmetik, Madammu berkongsi pendapatnya tentang pemberian nafkah daripada suami.
Hiburan

Pakai Topi Tertera Huruf ‘R’, Posting Aliff Aziz Curi Tumpuan Netizen

gempak
19/10/2024
03:58 MYT
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz meraih tumpuan apabila tampil memuat naik gambar memakai topi yang tertera huruf ‘R’
Hiburan

Neelofa Dedah Tak Pernah Beli Barang Dapur Guna Duit Sendiri - “Sewa Rumah, Bil Air & Api Semua Saya Tak Pernah Sentuh…”

gempak
18/10/2024
06:55 MYT
Pelakon dan usahawan, Neelofa berkongsi bahawa dirinya tidak pernah mengeluarkan wang untuk keperluan rumah sebaliknya perkara itu diuruskan oleh suaminya, Haris Ismail.
Hiburan

Watie Bersyukur Shuib Tambah Duit Nafkah Lepas Kes Fattah-Fazura - “Walaupun Bini Tak Pernah Mengadu…”

gempak
18/10/2024
05:09 MYT
Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan menerima nafkah yang lebih tinggi daripada suaminya berbanding dengan jumlah sebelum ini.
Unitar