Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

LOCK DOWN Setahun Pun Tak Akan Berjaya Jika Rakyat DEGIL – Lakukan Semua Ini Jika Mahu Menang!

Afiza Kamarulzaman
06/05/2020 11:16 MYT


Kita ambil contoh dua negara paling membangun, antara Amerika Syarikat dan sebuah lagi negara kecil, Taiwan. Bagaimana kedua-dua negara ini menguruskan wabak Covid-19? Antara sebuah negara yang dihuni oleh rata-rata rakyatnya yang ego dan besar kepala berbanding sebuah negara yang dipenuhi oleh rakyatnya yang taat dan sentiasa memberi kerjasama kepada pemimpin.


Isu Covid-19 sudah menjadi isu global dan pandemik apabila membelenggu seluruh dunia dan ia saling berkait antara satu sama lain. Kerana itu, kita promosikan ayat ‘kita jaga kita’ kerana masalah ini hanya akan dapat dilenyapkan dengan kerjasama semua. Ia bukan masalah individu. Selagi dalam satu negara itu mempunyai seorang dua rakyat yang ingkar, maka matlamat tidak mungkin dapat dicapai.


Dalam keadaan vaksin Corona virus ini masih belum ditemui (yang diramalkan hanya akan ada lewat tahun hadapan), maka seluruh dunia menyarankan langkah lock down sahaja sebagai cara pencegahan. Namun, seperti yang kita tahu, ia bukanlah penyelesaian efektif dalam masa yang singkat. Dan, kerana langkah ini juga ia menjejaskan aktiviti ekonomi, sosial dan agama sesebuah negara itu.



Kredit Foto: Astro Awani


Perlaksanaan PKPB Tidak Salah


Akhirnya, semua kita tertanya-tanya, sampai bila semua rakyat harus duduk di rumah tanpa boleh melakukan rutin harian seperti biasa? Sampai bila negara akan jadi seperti padang jarak padang terkukur dengan ekonomi negara semakin tenat dan membimbangkan. Punca pendapatan ramai isi rumah terganggu dan ada yang sehingga tidak punya wang untuk makan. Ini adalah realiti yang berlaku, jangan ditidakkan.


Memikirkan banyak sudut dan isu, maka kerajaan terpaksa membatalkan arahan PKP dengan digantikan dengan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). Seperti yang kita tahu PKPB melonggarkan beberapa syarat yang sebelum ini dikawal ketat seperti membenarkan pembukaan beberapa sektor ekonomi negara dan membolehkan perjalanan lebih 10km dengan alasan munasabah.


Jadi, sebagai rakyat Malaysia marilah kita bantu kerjaaan Malaysia dan barisan hadapan kita dengan mengamalkan rutin di bawah ini. Hanya dengan amalan-amalan ini, kita mampu sama-sama mencatatkan kes sifar secepatnya.



Kredit Foto: Facebook




Amalan WAJIB Buat Untuk Lawan Covid-19 Ketika PKPB



Kredit Foto: Facebook


#Lockdown #PKPB #Kita Jaga Kita
;