Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Highlights

Macam Mana Anak Tak Biadap, Kalau Mak Ayah Pun Tak Beradab – Jangan Hairan Kalau Dah Tua, Anak Jadi Derhaka!

Afiza Kamarulzaman 25/02/2020 | 13:43 MYT
Tular beberapa hari ini perihal ibu seorang anak murid memerintahkan seorang Ustazah di sekolah anaknya merangkak dek bengang dengan cara didikan Ustazah tersebut kepada anaknya. Entahlah. Penulis sendiri tidak sanggup untuk menonton sehingga habis video terbabit. Tidak sanggup. Membacakan tajuknya sahaja sudah membuatkan jantung penulis berdegup marah. Kalau penulis meneruskan tontonan, takut ‘jiwa kacau’ sepanjang hari.
Bagi penulis, antara faktor ibu itu ada masalah mental atau sememangnya lahir sebagai manusia yang tidak beradap dan tidak bertamadun. Walau bagaimana sekali pun kesalahan Ustazah itu terhadap anaknya, bukan begitu cara menempiaskan perasaan marah. Apatah lagi di hadapan anak-anak kecil lain yang selama ini berada di bawah didikan Ustazah itu. Bagaimana aib dan tercemarnya maruah seorang pendidik di mata anak murid itu?
Saidina Ali Radhiallahu‘anhu pernah berpesan dalam hal menghormati guru. Kataya;
“Hak seorang alim (guru) yang wajib atas dirimu ialah: memberi salam kepada semua orang yang berada dalam majlisnya dan mengkhususkannya dengan berjabat tangan. Hendaklah duduk berhadapan dengannya, tanpa boleh menunjuk jari di hadapannya, tidak boleh mengerling mata dengan orang lain di hadapannya, tidak menyebut kata-kata orang lain di hadapannya, tidak boleh mencaci orang di hadapannya dan sekiranya dia melakukan kesilapan hendaklah maafkannya. Muliakanlah dirinya kerana Allah SWT dan sekiranya dia memerlukan sesuatu, hendaklah segera menghulurkan bantuan kepadanya, jangan memuji-muji orang lain di dalam majlisnya, jangan menarik bajunya, jangan memaksanya jika dia keberatan, jangan berasa jemu duduk bersamanya. Anggap dia laksana lebah dan dirimu menunggu sesuatu yang akan jatuh daripadanya pada bila-bila masa sahaja.”
Kredit Foto: Google
Adab Anak Teladani Contoh Daripada Ibu Bapa
Kalau disemak semula, kebanyakan kes pelajar yang melawan guru atau ibu bapa yang menyaman atau bergaduh dengan para guru, rata-rata mempunyai konflik dari rumah. Anak-anak dibesarkan dalam sebuah keluarga yang masalah dan tidak menjalani kehidupan kekeluargaan yang harmoni. Ada kes anak kurang ajar di sekolah kerana bapanya seorang panas-baran dan kaki pukul.
Manakala, kes disiplin pelajar yang terbabit dengan kes salah laku kebiasaannya mempunyai keluarga yang berpecah-belah. Ibu dan ayah tidak pernah mengambil berat hal anak-anak. Apabila terjadi kes disiplin anak-anak di sekolah, ibu bapa cuba menukar plot cerita dengan membawa kesalahan itu kepada pihak sekolah supaya pekung sendiri tidak terbuka. Berapa lamakah masa yang dihabiskan seorang anak di rumah dan sekolah?
Kredit Foto: Google
Beza Murid Dulu dan Sekarang
Murid Dulu
Murid Sekarang
  • kalau lalu depan guru, tunduk muka dan separuh tubuh. Beri salam dengan suara lembut.
  • lalu depan guru siap menjeling. Jangankan mahu tunduk, lagi dipaling muka tanda menyampah atau protes
  • berlumba-lumba mahu membantu guru mengurangkan beban guru seperti mengangkat buku atau memadam papan tulis.
  • Jangankan mahu tolong, sengaja ditambahkan beban guru dengan kerja khianat seperti pancitkan tayar kereta guru dan sebagainya.
  • Takut kalau tidak siapkan kerja rumah yang diberi atau melanggar arahan guru.
  • Megah apabila tidak siapkan kerja rumah atau dengan sengaja menunjukkan kesalahan di depan guru, siap dicabar guru itu!
  • Kalau mahu kemana-mana minta izin. Jika tidak diberi, duduk kembali di tempat asal.
  • Nak buat apa, ikut suka hati, kalau dilarang siap guru itu dimalukan di depan semua.
  • Apabila didenda atau dirotan, hanya mampu diam dan menangis.
  • Siaplah kalau berani sentuh! Silap-silap cikgu pula dipukul balik.
  • Kalau balik ke rumah mengadu dengan ibu bapa cikgu marah atau denda, silap-silap, mak ayah itu tambah lagi hukuman.
  • Pantang anak mengadu sikit, bersiap-sedia ibu bapa serang guru di sekolah atau laporan polis dibuat. Lebih hebat lagi surat saman melayang.
  • Ibu bapa dulu kalau jumpa guru-guru anak, akan tertib menyantuni guru. Dilayan bagaikan cikgu itu seorang YB.
  • Ibu bapa sekarang berasakan taraf guru biasa-biasa sahaja. Jangankan mahu dilayan baik, suka pula mencari gaduh.
#Guru #Adab #Biadap
;