Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Highlights

Macam Mana Nak Jadi Orang Yang Tenang, Tak Suka Marah-Marah Dan Pandai Urus Masa Dengan Baik?

Huda Hussain 30/11/2020 | 14:15 MYT
Penulis pernah terbaca petikan daripada salah satu ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa. Menurutnya, kadang-kadang dalam kesibukan kita hanya memberikan sisa-sisa masa, tenaga dan keinginan kita sahaja kepada Allah SWT. Bukan yang berkualiti kita persembahkan kepada-Nya. Kita siapkan tugasan kita dahulu, kita tengok tv dahulu, kita habiskan perbincangan dahulu, mesyuarat dahulu. Kita anggap itu amat penting. Selepas itu barulah kita nak solat. Dalam masa yang tersisa itupun kita masih berkira-kira dengan Allah. Nak duduk berzikir pun rasa cukup berat, nafsu rasa berat, kita rasa nak cepat saja. Itulah nilai yang kita sembahkan kepada-Nya sedangkan Dialah yang mencipta dan menentukan ke mana kita nanti.
Kredit Foto: Google
Terpukul dengan pernyataan diatas? Jika ya, baguslah. Kerana masih belum terlewat untuk kita menginsafi dan menyedari tentang segala kesilapan yang kita lakukan. Tentang soal kualiti masa solat yang mempunyai keterkaitan dengan emosi dan rohani serta dalaman kita. Seperti apa yang dikongsikan seorang pengguna Facebook Kaunseling Keluarga Bahagia, ada kebenarannya mengenai perihal menjaga kualiti solat yang turut mempengaruhi kualiti masa kita saban hari. Kerana semuanya bermula daripada solat.
Apabila anda luangkan masa untuk Allah, Dia akan beri masa yang anda perlukan, mahukan. Dan apabila anda amalkan ketenangan dan kedamaian dalam solat, Allah akan beri anda ketenangan dan kedamaian yang anda perlukan.
Kredit Foto: Google
Orang yang tenang dan tak terburu-buru dalam solat, akan menjadi orang yang tenang, tak gopoh dan pandai kawal emosi di luar solat. Orang yang jaga waktu solat dan tak melengahkan solat, akan sentiasa cukup masanya untuk perihal yang lain.
Masa mula-mula belajar pasal benda ni dulu, saya pun rasa tak yakin. Rasa hek elehhh ye keee? Tapi sejak konsisten amalkan ketepatan dan ketenangan dalam solat, I've improved a lot Alhamdulillah. Suami pun cakap saya lebih tenang dan mudah senyum dalam keadaan huru-hara. Kalau tak, sebelum ni sikit-sikit nak baling hanger.
Kredit Foto: Google
Sejak daripada itu saya sedar ketenangan adalah superpower yang diberikan oleh Allah. Rupanya ketenangan diri tiada kena mengena pun dengan faktor keadaan sekeliling atau kemewahan hidup. Ketenangan adalah kemampuan untuk tidak bertindak balas secara berlebihan, untuk menjaga minda anda supaya jelas dan hati anda kekal dalam ketenangan walau dalam apa jua keadaan.
Sumber: Kaunseling Keluarga Bahagia
#Solat #Pedoman Hidup #Kualiti Masa
;