Kredit foto: Elianto

BUAH tangan terbaru Elianto Make Up pasti menempa sejarah baru buat jenama ini dalam arena persolekan. Glowing Pre-Makeup Ampoule, inilah rahsia formula Swiss yang hebat dengan produksinya hasil kebijakan anak watan!

Tahukah anda, apa yang dimaksudkan dengan ampoule? Ia sejenis ramuan seperti serum kulit, namun tindakannya lebih jitu, mantap dan lebih baik.

Dalam satu perkataan yang lebih mudah, ampoule boleh dikatakan sebagai ‘booster’ yang dapat memberikan manfaat maksima kepada kulit.

A post shared by Elianto Make Up (@elianto_make_up) on

Mengapa Perlu Ada Glowing Pre-Makeup Ampoule?

Glowing Pre-Makeup Ampoule dirumus daripada beberapa ekstrak terpenting yang tinggi khasiat dalam misi menjelmakan kompleksi kulit yang bukan saja sihat, malah segar, gebu dan berseri-seri. Empat ramuan tersebut adalah:

Apabila keempat-empat ramuan ini bergabung, ia menghasilkan booster kulit yang amat berkuasa dan semula jadi. Memakainya menjadikan kulit berasa tenang, segar, jauh daripada risiko kerengsaan.

Lebih hebat, ia memberi lembapan optimum kepada kulit, memberi perlindungan antipenuaan agar kulit awet muda. Dan yang terpenting, yang menjadi impian berjuta-juta wanita – ia menjadikan tekstur kulit halus dan lembut, seiring dengan kompleksi kulit jernih lagi cerah bercahaya.

Kredit foto: Elianto

4 Tips Maksimakan Khasiat Produk ini

Ada beberapa teknik khas yang wajar anda amalkan supaya Elianto Glowing Pre-Makeup Ampoule memberikan pulangan berganda. Selamat mencuba!

TIPS 1

Waktu paling baik untuk menggunakan produk ini adalah selepas membersihkan dan menyegarkan wajah dengan toner, tetapi sebelum anda mulai bersolek. Sapukan sedikit saja pada seluruh kulit wajah dan leher anda.

TIPS 2

Ketuk-ketukkan hujung jari anda dengan lembut pada kulit selepas aplikasi. Ini bertujuan untuk merangsang penyerapannya ke dalam kulit.

TIPS 3

Tahukah anda, Elianto Glowing Pre-Makeup Ampoule boleh digabung bersama produk lain? Contohnya, anda boleh mencampurkan 1 hingga 3 titik Elianto Glowing Pre-Makeup Ampoule pada bedak asas jenis cecair yang sedang anda pakai.

Atau, anda boleh menitiskan ia pada puff bedak yang sedang anda gunakan. Manfaatnya tetap hebat kerana ia mencetuskan efek kemasan kulit yang jernih, bercahaya lagi berseri-seri.

TIPS 4

Tahukah anda, Elianto Glowing Pre-Makeup Ampoule juga boleh digunakan sebagai pemangkin yang menyihatkan ulas bibir, menjadikan ia lembap, halus, lembut dan berkusyen?

Caranya, sapukan beberapa titik pada ulas bibir anda kemudian berginculah seperti biasa.

A post shared by Elianto Make Up (@elianto_make_up) on

Apa Lagi Ramuan Bintang Elianto Glowing Pre-Makeup Ampoule?