Read

Mahu Kulit Wajah Mulus, Sihat dan Cerah? — Amalkan Tips Kecantikan JANNA NICK Ini, Pasti Menjadi!

gempak
Public Anonymous User
08/11/2018
09:55 MYT
Sponsor Banner
Mahu Kulit Wajah Mulus, Sihat dan Cerah? — Amalkan Tips Kecantikan JANNA NICK Ini, Pasti Menjadi!
Oleh: Athirh Zulkifli
TANIAH buat pelakon, penyanyi dan pengacara, Janna Nick yang dilantik sebagai duta produk minuman kecantikan NH Colla Plus 3. Buat pertama kalinya, acara ‘Meet & Greet’ memberi peluang kepada peminat dan ahli kelab Watson Elite bertemu dengan Janna Nick, seiring dengan majlis memperkenalkan bintang ini sebagai duta NH Colla Plus 3.
Janna Nick turut berkongsi pengalamannya dalam pengambilan minuman kesihatan NH Colla Plus 3 ini. Menurutnya, hasil daripada pengambilan NH Colla Plus 3 setiap hari menjadikan kulitnya kelihatan mulus, cerah, berseri dan sihat serta ‘dark circle’ pada wajah berjaya dipudarkan.
Sebelum ini, Janna memang mengamalkan minuman kolagen, namun manfaat NH Colla Plus 3 mendorongnya untuk terus setia dengan jenama ini kerana yakin ia dapat membantu menyerlahkan kulit yang bukan sahaja cantik, tetapi kelihatan sihat.

Tentang NH Colla Plus 3
NH Colla Plus 3 adalah minuman kecantikan yang mengandungi yis seramida dan ekstrak zaitun untuk memberikan anda perubahan kulit yang menakjubkan. Kebaikan ekstrak zaitun pula merangsang sistem glutathione badan serta membantu mengurangkan pigmentasi kulit, sekali gus mencerahkan kulit.
Minuman kolagen ini sesuai untuk lelaki dan wanita untuks semua jenis kulit.

Manfaat NH Colla Plus 3
  • Membantu menambah seramida yang hilang akibat faktor persekitaran dan penuaan.
  • Meningkatkan pengeluaran kolagen pada kulit.
  • Memulihkan dan mengekalkan kelembapan kulit.
  • Membantu menghalang pengeluaran melanin dan mempromosikan kesan pencahayaan pigmen.
  • Menyokong struktur kulit untuk mengelakkan kedutan dan garis halus pada kulit.
Cara Pengambilan
  • Hari pertama hingga ke-6: Minum satu botol setiap hari sewaktu perut kosong pada waktu pagi atau sebelum waktu tidur. Hari ke-7 dan seterusnya: Minum satu botol setiap selang hari.
  • NH Colla Plus 3 boleh didapati di semua outlet Watsons di seluruh negara.

Rutin Kecantikan Janna Nick:
  • Selalu bersihkan wajah dengan facial cleanser.
  • Sentiasa mengamalkan pemakaian masker.
  • Paling penting sentiasa mengamalkan minum NH Colla Plus 3 pada waktu pagi atau sebelum tidur.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024