gaya hidup
Majlis Nikah NEELOFA Dikelilingi Lilin Mewah Buatan Paris. Lilin Yang Sama Digunakan di Perkahwinan Prince Harry & Meghan Markle.
Sudah dijangka perkahwinan ini akan menjadi buah mulut sambung-menyambung sesak di media sosial. Itulah pernikahan yang dinantikan rakyat Malaysia – figura bernama Neelofa!
Antara ada yang terpegun atau mungkin ‘juih bibir’, hakikatnya majlis yang cuba ‘disorok-sorok’ pada awalnya itu tetap menjadi pencarian paling tinggi sepanjang majlis tersebut berlangsung.
Malah sebelum itu lagi, kala bau-bau nasi minyak sudah terhidu, pihak netizen sudah mula tak senang duduk. Ramai mula membongkar persiapan majlis nikah Neelofa dan Haris.
Okey cukuplah tu. Penulis tak perlu menulis panjang lebar lagi tentang apa yang berlaku semalam? Tentang tetamu yang hadir, solekan atau busana, pasti sudah ramai menulis berkenaan itu.
Yang menarik perhatian penulis (mungkin ramai tak tahu dan tak ambil tahu pun), pada majlis yang diadakan dengan tema serba putih itu sebenarnya terselit susunan lilin mewah di atas meja hadirin dan pengantin.
Ratusan Lilin Mewah Menghiasi Meja Santapan
Menyerikan lagi dekorasi dewan nikah dengan terbitan aroma yang sungguh mengasyikkan, Neelofa telah memilih lilin daripada jenama wangian mewah dari Paris iaitu, Diptyque.
Penulis anggarkan harga lilin itu pasti mencecah puluhan ribu ringgit kerana satu pot lilin itu pun sudah mencecah ratusan ringgit (boleh Goggle, hehehe). Memang enak baunya,semarak haruman bak kayangan.
Antara aroma lilin yang kelihatan di situ ialah Tubereuse, Roses dan beberapa lagi jenis aroma yang pasti membangkitkan aura romantis dan sesuai benar dengan tema majlis Lofa yang indah nian.
Menariknya lagi jenama lilin ini juga turut menjadi pilihan Prince Harry dan isterinya, Meghan Markle untuk menghiasi dekorasi majlis pernkahwinan mereka pada tahun 2018. Fuhh!