Personaliti

MAK Cakap… Kalau Laki Bini Gaduh, Jangan Campur. Esok Lusa Berbaik, Kita Pula Dikata BUSY BODY!

gempak
Penulis Jemputan
28/01/2021
00:53 MYT
Sponsor Banner
MAK Cakap… Kalau Laki Bini Gaduh, Jangan Campur. Esok Lusa Berbaik, Kita Pula Dikata BUSY BODY!
Teks: Nor Hatina Shuib
Teringat pesan MAakselepas kahwin sehingga hari ini. Kata MAK, kalau bergaduh iu perkara biasa, sedangkan lidah selalu tergigit, inikan pula suami isteri.
Bergaduh, bermasam muka, berbeza pendapat kadangkala ada hikmahnya dalam sesuatu perhubungan.
Kita lebih mengenali sikap pasangan, belajar erti menerima kelemahan dan kelebihan pasangan dan pada masa sama menguji erti kesabaran.
Maka benarlah pendapat dan nasihat ibu-bapa atau mereka yang lebih arif berkenaan pasang surut sebuah rumah tangga yang adakalanya indah berseri dan ada masanya dilandai badai taufan.
Kita juga selalu dihidangkan dengan kisah rumah tangga yang berada di hujung tanduk yang mana kearah perceraian tetapi ia kembali jenrih kembali.
Malah, seringkali juga kita lihat, pasangan yang kerap bergaduh biasanya mempunyai hubungan ikatan yang lebih panjang.
Pernah juga terfikir, hubungan rakan yang kerap bergaduh sehingga mahu lari-lari rumah masih bahagia sehingga ke hari ini.
Kajian psikologi rumah tangga juga membuktikan pasangan yang berkahwin dan asyik bergaduh dalam seminggu berpotensi untuk memiliki kebahagiaan lebih panjang dengan indeks kesejahteraan lebih tinggi.
Kredit foto: Google
Trend Gaduh Teruk, Kembali Mesra
Bagaimanapun, sudah menjadi trend hari ini, kisah rumah tangga dijadikan santapan mata dan bahan untuk didedahkan kepada warga media sosial.
Biasanya apabila sesuatu pergaduhan itu berlaku akibat salah faham, kes suami bermain kayu tiga sehingga kepada kes perceraian, ada kumpulan-kumpulan khas yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat dan kenalan yang menyebelahi sama ada pasangan lelaki atau wanita.
Namun, lucunya selang seminggu atau selepas beberapa bulan, ada pasangan yang bergambar mesra atau saling membalas ucapan sayang di media sosial seperti Facebook mahupun Instagram kembali malah ada yang berpura-pura tidak pernah menghebahkan kisah pergaduhan mereka dan berlagak seperti biasa.
Maka meloponglah penyokong yang tidak sempat untuk merangka semula strategi untuk membahaskan pandangan mereka.
Penulis melihat situasi ini berlaku kerana masih ada rasa kasih dsan sayang yang tinggi pada pasangan, rasa tidak sampai hati atau memikirkan kembali sama ada adakah perceraian itu jalan terakhir untuk sesuatu hubungan.
Di sini, selalunya wanita yang sering meluahkan kisah rumah tangga mereka sama ada menerusi media sosial, berkongsi dengan rakan baik atau dengan keluarga akan kembali bertaut dengan suami kembali.
Kredit foto: Google
Fikir Masak-Masak Sebelum Buka Aib Suami
Ada dua perkara di sini yang perlu kita ambil iktibar. Pertama jika kita merasakan masih ada peluang dan mahu juga bersama suami walaupun tidak tahan dengan sikap panas barannya, kedekut atau curang bersama wanita lain, fikir masak-masak sebelum meluahkan kisah rumah tangga anda kepada sesiapa saja pun atau dalam bentuk apa sekali.
Ini kerana, aib suami atau pasangan yang dibuka pastinya tetap mekar segar dalam ingatan mereka yang anda luahkan.
Bagi yang benar-benar mahu mendengar kisah sedih anda dan memberi nasihat, anda sangat beruntung. Bagai manapun, bagi mereka yang merupakan musuh dalam selimut, ini satu kelemahan anda yang akan dijadikan bahan untuk menjatuhkan anda di masa hadapan.
Simpanlah kisah peribadi anda selagi mampu jika masih mahu berada di sisi pasangan atau dapatkan nasihat mereka yang pakar seperti kaunselor mahupun pakar motivasi.
Ini kerana, wanita dilahirkan dengan sifat semulajadi iaitu pemaaf dan mudah melupakan kesilapan lelaki mahupun lebih memikirkan anak-anak berbanding hatinya sendiri.
Justeru, mereka akan cepat memaafkan sehingga kembali melayan suami atau pasangan seperti biasa.
Jadi tidak hairanlah apabila ada rakan baik memberitahu kepada anda dia mahu bercerai tetapi tidak lama kemudian, anda melihat teman baikmu berpegang tangan mesra dengan suaminya malah tidak jadi bercerai.
Keduanya, sebagai rakan terdekat, pengguna media sosial, kisah-kisah rumah tangga yang lalu lalang kepada anda, biarlah sebaiknya diselesaikan antara suami dan isteri itu sendiri.
Ini kerana sudah banyak kisah yang kita dengar penceraian bukan penghujungnya. Justeru, tidak perlulah menambah bara yang sedia ada malah mendatangkan dosa dan fitnah kepada lidah.
Jadikan kisah seperti ini sebagai pedoman diri dan tahanlah tangan dan lisan kita daripada memaki hamun seseorang walaupun mereka di pihak yang salah.
Akhirnya, hubungan yang keruh jernih kembali dan kita yang pernah mengutuk atau memaki hamun atas dasar mahu membela, hanya mendapat dosa kering yang berterusan dihisab nanti.
Kredit foto: Google
Lima Perkara Perlu Anda Fikirkan Sebelum Kongsi Kisah Rumah Tangga
  1. Fikir masak-masak sama ada anda masih mahu meneruskan hubungan perkahwinan, jika ya, elakkan membuka aib pasangan. Ia akan terus menjadi buah mulut orang dan pasti memberi kesan kepada anak-anak apabila mereka sudah besar nanti.
  1. Siapakah orang yang anda mahu kongsi kisah kesedihan anda dalam rumah tangga. Adakah mereka individu yang anda kenali, percaya dan boleh menyimpan rahsia.
  1. Elakkan bercerita dengan ahli keluarga jika anda masih samar dengan keburukan atau kelakuan pasangan. Periksa betul-betul sebelum mengadu kepada ahli keluarga. Ia sebagai persediaan jika anda tidak jadi bercerai, pasangan tidak menanggung malu selama-lamanya atau dipandang hina.
  1. Redakan dulu sifat marah, sakit hati sehingga anda kembali berfikir secara rasional. Tanya diri adakah anda masih mahu menjadi pasangan teman anda, jika tidak, belajar memaafkannya, melepaskan dan melupakan.
  1. Bertemu merka yang pakar dalam urusan rumah tangga supaya anda tahu hak anda sebagai pasangan. Apabila sudah nampak laluan, anda akan lebih tabah, berani dan tenang dalam membuat keputusan penting dalam diri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live