Oleh: Norhaizan Ahmad

Kredit foto: IG Lisa Surihani

Menyemarakkan kemunculan sulung InTrend untuk edisi tiga bulan sekali, sekali gus menghargai pembaca setia maka InTrend berbesar hati menganjurkan acara ‘Meet & Greet’ bersama wajah sampul InTrend isu September 2018 hasil kolaborasi bersama Tony Roma’s yang berlangsung di cawangan restoran itu di Melawati Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lima pembaca bertuah dan pasangan masing-masing terdiri daripada Anis Sufiya Hamzah dan pasangan, Azman Adrie Roslan; Mohamad Fikry Aladib dan Abdul Rahim Masrawan; Nurul Hazirah Muhammad Tan dan Nurazuranie Osman, Mohd Farid Mohamed Said dan Redza; juga Ernita Abdul Gani dan Sharifah Hassan.

Tahniah kepada pemenang dan terima kasih kerana terus menyokong InTrend.

Kredit foto: InTrend Malaysia

Acara yang dijalankan dalam suasana santai ini bermula jam 7.00 malam dengan kehadiran pembaca bertuah, diikuti dengan kemunculan wajah sampul InTrend iaitu Lisa Surihani dan Nora Danish.

Lebih mengujakan apabila Lisa Surihani ditemani anak gadisnya, Yahaira, manakala Nora Danish yang mengenakan sut tiga keping rona kuning terang hadir bersama Raykal dan baby Ney Ney.

Kredit foto: IG Lisa Surihani

Sambil menikmati hidangan istimewa Tony Roma’s, para pembaca turut berpeluang bersembang mesra sekali gus mengenali lebih dekat selebriti undangan InTrend kali ini. Malah mereka sempat merakamkan foto kenangan selain mendapatkan autograf daripada Lisa dan Nora, yang ditandatangani oleh kedua-dua selebriti ini pada majalah InTrend yang mereka bawa.

Acara ringkas pada malam itu turut diisi dengan ucapan alu-aluan daripada Editor Pengurusan InTrend, Rosie Haslinda Nasir; selain tetamu juga berkesempatan mendengar sepatah dua kata daripada Pengurus Kanan Pemasaran Tony Roma’s Malaysia, Salleharon Ahmad.

Kredit foto: IG Lisa Surihani

Terima kasih juga kepada penaja hadiah pada majlis tersebut iaitu pihak Mustika Ratu yang diketuai oleh Konsultan Pembangunan Perniagaannya, Setiawaty Madzi, hadir bagi menyerahkan hamper barangan Mustika Ratu kepada Lisa Surihani dan Nora Dansih, juga kepada pembaca bertuah dan pihak Tony Roma’s.

Turut hadir memeriahkan acara makan-makan ini adalah Eksekutif Pemasaran Tony Roma’s Malaysia, Syafika Latif dan Pengarah Kanan Jenama, GO Communication Sdn Bhd, Elsy Tan.

Kredit foto: InTrend Malaysia

Bersempena dengan ulang tahun ke-12, Tony Roma’s menawarkan menu baru sepanjang Oktober ini iaitu All New Hi-Tea yang boleh dipesan mulai jam 3.00 hingga 6.00 petang, hanya pada Isnin hingga Jumaat.

Selain itu, beberapa menu di restoran ini dijual pada harga RM12 sahaja berbanding harga asal iaitu White BBQ ¼ Chicken (harga asal RM22.78), Spicy Chicken Pasta (RM22.78), Tony Asian Salad (RM18.80) dan BBQ ¼ Chicken (22.78). Justeru, apa ditunggu lagi InTrenders – ayuh ke Tony Roma’s dan nikmati hidangan yang enak ini pada harga istimewa.

Akhir kata, thank you Tonya Roma’s for the treat!

Kredit foto: InTrend Malaysia

Kredit foto: InTrend Malaysia

Meet & Greet! Lima pembaca bertuah @intrendmalaysia bersama wajah sampul InTrend, isu September, @lisasurihani dan @noradanish . #InTrendxTonyRomas #InTrendMalaysia #JomTonyRomas #TRMalaysia

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia) on

Meet & Greet! Lima pembaca bertuah @intrendmalaysia bersama wajah sampul InTrend, isu September, @lisasurihani dan @noradanish . Terima kasih juga kepada penaja hadiah hari ini, pihak @mustikaratu.malaysia . . #InTrendxTonyRomas #InTrendMalaysia #JomTonyRomas #TRMalaysia

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia) on