,
gaya hidup

Makin Menakutkan ADAB Budak Zaman Sekarang – Apa Gunanya Belajar Tinggi Tapi BIADAP?

Afiza Kamarulzaman
20/02/2021
01:38 MYT
Amat menyedih dan menakutkan apabila kita lihat kebanyakan anak muda zaman sekarang semakin hilang adab dan budaya hormat-menghormati. Budi bahasa dan kesopanan lagilah. Entah ke mana perginya.
Tidak dinafikan ramai budak sekarang yang tinggi akademiknya, tinggi belajarnya berbanding orang zaman dulu. Namun, kenapa berlaku kepada seseorang yang makin tinggi tahap intelektualnya, makin rendah pula budi bahasa dan adabnya?
Adab dan ilmu seharusnya berjalan seiring. Dua elemen ini sangat dititikberatkan dalam agama, malah untuk menjadi sebuah masyarakat bertamadun pun memerlukan adab dan ilmu. Kalau beradab tapi tak berilmu, mundur masyarakat. Kalau berilmu tapi biadap, pincang masyarakat.
Di Mana Hilangnya Adab Budak Sekarang?
  • Apabila bercakap tiada tapisan lagi, menggunakan bahasa kesat dan kasar dalam melantun ayat.
  • Tiada segan silu dalam mempamerkan sikap sebenar. Kalau dulu, jahat mana pun kita depan orang tua kita cuba menjadi baik. Bukan ‘berlakon’, tetapi itu yang dikatakan ‘hormat’.
  • Pengaruh media sosial menjadikan budak sekarang makin ‘menggila’. Instagram, Facebook, Tik Tok dan banyak lagi platform menjadi medan budak sekarang beraksi tanpa kawalan dan ada kala memualkan.
  • Tidak menghormati guru sebagai orang yang memberi ilmu dan memberi tunjuk ajar. Di manalah berkatnya ilmu itu kalau guru pun tidak lagi kita hargai?
  • Dengan ibu bapa pun dibuat seperti kawan. Tiada lagi rasa takut, dilayan umpama taraf mereka sama saja dengan anak-anak.
  • Bahasa dalam penulisan amat menyedihkan dengan tulisan yang kasar, kesat tanpa memikirkan sensitiviti orang.
  • Tiada lagi perbatasan dalam berkawan. Cara bergaul dan bergurau ada kala di luar batas normal manusia.
  • Semakin bebas dan tidak rasa bersalah melakukan sesuatu yang canggung dengan budaya orang kita. Malah boleh berbangga dengan dosa yang dilakukan kerana berasa tiada siapa berani menegur.
  • Tiada lagi amalan kehalusan orang Melayu yang diamalkan seperti tunduk apabila berjala di depan orang tua, bersalam cium tangan, bercakap perlahan dan sebagainya.
Kredit Foto: Google
Mulakan Dari Rumah, Didik Sebelum Terlewat
Anak-anak membesar dari rumah. Pembentukan rohani dan jasmaninya bermula daripada bagaimana dia melihat karekter ibu dan ayahnya. Gaya hidup dibentuk oleh ke dua orang tua walaupun selepas dia mengenal dunia, dia kemungkinan akan berubah.
Namun, peratusan untuk berubah menjadi negatif agak kecil jika di rumah dia sudah dibentuk dengan suasana yang baik dan positif. Di sinilah pentingnya, tanggungjawab ibu dan ayah untuk menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
Sejak kecil, mereka harus ditekankan dengan cara beradap, apa itu adab dan bagaimana cara untuk mengamalkannya. Jangan fikir, “Tak apa dia kecil lagi.” Inilah pemikiran yang sangat bahaya yang akan buat kita lupa untuk membetulkannya kelak.
Jika ternampak kesilapan anak-anak dalam perilaku, lekas-lekas dibetulkan. Bukan dibiarkan dan kata nanti tunggu dah besar. Kalau sudah menjadi buluh, sudah keras untuk dilentukan. Beritahu apa kesilapannya dan bagaimana untuk dibetulkan?
Jika dilihat anak-anak meninggi suara dengan orang lebih tua, lekas-lekas ditegur. “Ali, jangan cakap macam tu dengan orang tua, nanti Tuhan marah. Apabila bercakap kena dengan kata-kata yang elok dan perlahan.”
Bunyinya mungkin merimaskan untuk sentiasa membetulkan anak-anak. Namun, inilah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa agar tidak susah di kemudian hari. Begitu juga halnya dengan kumpulan kawan-kawannya.
Ambil perhatian bagaimana cara dia bersama kawan-kawannya. Ia tidak ‘cool’ untuk terus menjadi ibu bapa yang kononnya ‘sporting’, membiarkan saja anak dan kawan-kawannya berbahasa lucah atau bergurau berlebihan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Viral

Pempengaruh Lelaki Tiada Adab, Pakai Jubah Tunai Umrah

gempak
20/11/2024
08:00 MYT
Seorang pempengaruh Indonesia yang juga transgender menimbulkan kemarahan khalayak menerusi perlakuan biadabnya baru-baru ini.
Hiburan

Zaidi Omar Titip Nasihat Buat Generasi Pelakon Baharu - “Ilmu Itu Penting, Pergi Kelas Lakonan”

gempak
24/10/2024
06:55 MYT
Pelakon veteren, Zaidi Omar menitipkan nasihat buat penggiat seni baharu bahawa ilmu sangat penting bagi seseorang yang bergelar pelakon.
Hiburan

Mierul Aiman Puji Hun Haqeem Tak Lokek Kongsi Ilmu - "Dia Layak Menang Anugerah"

gempak
16/10/2024
11:55 MYT
Pelakon Mierul Aiman memuji sikap pelakon kacak Hun Haqeem yang tidak pernah kedekut ilmu dan sentiasa bersedia membimbing pelakon yang memerlukan bantuannya dalam bidang seni.
Berita

Sweden Dakwa Pelaku Biadab Bakar Al-Quran

gempak
30/08/2024
15:55 MYT
Pendakwa raya kanan, Anna Hankkio berkata, warga Iraq, Salwan Momika dan pembantah bersama, Salwan Najem didakwa melakukan perbuatan provokasi melampau itu menerusi empat kejadian pada musim panas tahun lalu.
Unitar