Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Makin Menakutkan ADAB Budak Zaman Sekarang – Apa Gunanya Belajar Tinggi Tapi BIADAP?

Afiza Kamarulzaman
20/02/2021 01:38 MYT
Amat menyedih dan menakutkan apabila kita lihat kebanyakan anak muda zaman sekarang semakin hilang adab dan budaya hormat-menghormati. Budi bahasa dan kesopanan lagilah. Entah ke mana perginya.


Tidak dinafikan ramai budak sekarang yang tinggi akademiknya, tinggi belajarnya berbanding orang zaman dulu. Namun, kenapa berlaku kepada seseorang yang makin tinggi tahap intelektualnya, makin rendah pula budi bahasa dan adabnya?


Adab dan ilmu seharusnya berjalan seiring. Dua elemen ini sangat dititikberatkan dalam agama, malah untuk menjadi sebuah masyarakat bertamadun pun memerlukan adab dan ilmu. Kalau beradab tapi tak berilmu, mundur masyarakat. Kalau berilmu tapi biadap, pincang masyarakat.



Di Mana Hilangnya Adab Budak Sekarang?



Kredit Foto: Google



Mulakan Dari Rumah, Didik Sebelum Terlewat


Anak-anak membesar dari rumah. Pembentukan rohani dan jasmaninya bermula daripada bagaimana dia melihat karekter ibu dan ayahnya. Gaya hidup dibentuk oleh ke dua orang tua walaupun selepas dia mengenal dunia, dia kemungkinan akan berubah.


Namun, peratusan untuk berubah menjadi negatif agak kecil jika di rumah dia sudah dibentuk dengan suasana yang baik dan positif. Di sinilah pentingnya, tanggungjawab ibu dan ayah untuk menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.


Sejak kecil, mereka harus ditekankan dengan cara beradap, apa itu adab dan bagaimana cara untuk mengamalkannya. Jangan fikir, “Tak apa dia kecil lagi.” Inilah pemikiran yang sangat bahaya yang akan buat kita lupa untuk membetulkannya kelak.


Jika ternampak kesilapan anak-anak dalam perilaku, lekas-lekas dibetulkan. Bukan dibiarkan dan kata nanti tunggu dah besar. Kalau sudah menjadi buluh, sudah keras untuk dilentukan. Beritahu apa kesilapannya dan bagaimana untuk dibetulkan?


Jika dilihat anak-anak meninggi suara dengan orang lebih tua, lekas-lekas ditegur. “Ali, jangan cakap macam tu dengan orang tua, nanti Tuhan marah. Apabila bercakap kena dengan kata-kata yang elok dan perlahan.”



Bunyinya mungkin merimaskan untuk sentiasa membetulkan anak-anak. Namun, inilah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa agar tidak susah di kemudian hari. Begitu juga halnya dengan kumpulan kawan-kawannya.


Ambil perhatian bagaimana cara dia bersama kawan-kawannya. Ia tidak ‘cool’ untuk terus menjadi ibu bapa yang kononnya ‘sporting’, membiarkan saja anak dan kawan-kawannya berbahasa lucah atau bergurau berlebihan.



#Adab #Ilmu #Biadap
;