Highlights
Malu Disangka Hamil, Solat Pun Susah - Wanita Ini Tekad Mahu KURUS, Terus Nampak Muda. Lihat Menu Yang Dikongsinya...
Benda baik, apa salahnya dijadikan inspirasi. Kalau dia boleh, kita pun mesti boleh! Jom kurus secara sihat.
Boleh terangkan apakah jenis diet yang anda lakukan dan bila mula melakukannya secara konsisten?
Ia bukanlah kaedah diet baru, diet Eat Clean (EC) ini satu cara pemakanan secara sihat yang sudah lama diperkenalkan, namun jarang dilakukan kerana ada yang tidak sanggup untuk konsisten dengan makan secara sihat setiap hari.
EC dilakukan dengan pengambilan makanan yang kurang garam, gula, lemak dan minyak. Ia menekankan pentingnya tentang keperluan kalori dan tenaga yang diperlukan oleh setiap individu.
Setiap individu memerlukan jumlah kalori yang berbeza. Jadi, kita tidak perlu meniru jumlah kuantiti pinggan orang lain kerana rutin haran kita juga berbeza.
Saya mula mengamalkan EC pada awal bulan Februari 2019 dengan mendaftar di online coaching class di bawah pantauan coach.
Menariknya, kelas ini tidak melibatkan sebarang ubat kurus. Hanya cara pemakanan sihat dan senaman yang ditekankan.
Alhamdulilah, EC serasi dengan saya dan saya masih kosisten melakukannya sehingga kini.
Berapa berat sebelum memulakan diet ini?
Sebelum ialah 80.5kg. Sekarang 55.8kg dengan BMI 20. Dan, masih berusaha untuk ke misi 50kg. Mula dari Februari 2019 sehingga Ogos 2019, tujuh bulan.
Siapa yang banyak memberi galakan?
Paling penting mestilah daripada diri saya sendiri. Suami juga ada menegur apabila berat badan saya semakin hari semakin naik. Dia risaukan kesihatan saya apabila rutin harian saya mula terganggu.
Menu: Ayam Teriyaki + Salad
Berapa berat sebelum memulakan diet ini?
Sebelum ialah 80.5kg. Sekarang 55.8kg dengan BMI 20. Dan, masih berusaha untuk ke misi 50kg. Mula dari Februari 2019 sehingga Ogos 2019, tujuh bulan.
Siapa yang banyak memberi galakan?
Paling penting mestilah daripada diri saya sendiri. Suami juga ada menegur apabila berat badan saya semakin hari semakin naik. Dia risaukan kesihatan saya apabila rutin harian saya mula terganggu.
Menu: Bihun goreng + Telur Hancur + Timun
Bagaimana terbuka hati untuk mula berdiet?
Rasa nak kurus itu muncul apabila emosi saya semakin tidak stabil ketika berat badan berlebihan, asyik rasa nak marah saja. Kadang-kadang, rasa rendah diri terutamanya apabila bertemu dengan orang-orang yang menjaga penampilan diri.
Mulalah membandingkan dengan diri sendiri yang gemuk dan rasa tak berapa cantik ni. Paling tragis apabila ada teman-teman suami yang menyangka saya mengandung!
Rasa segan sangat setiap kali mahu menemani suami ke majlis-majlis tertentu. Saya juga semakin lelah untuk melakukan kerja-kerja rumah.
Bersolat pun rasa semput. Itulah yang menjadi kekuatan saya untuk mula mengubah cara diet saya.
Menu: Homemade Burger + Salad
Tentu sukarkan di awal permulaan EC ini, apa cabarannya waktu itu?
Pada mulanya, saya sendiri rasa tidak yakin kerana saya seorang yang suka makan terutamanya fast food dan junk food. Stok kudapan itu sentiasa ada dalam simpanan di rumah.
Namun, menakjubkan, sebaik mula mengamalkan EC, semua itu boleh saya tinggalkan, tiada lagi stok makanan tidak sihat. Yang ada cuma sayur dan buahan, memang sangat mencabar.
Ada juga rasa nak kecundang tapi lekas-lekas saya buang perasaan itu. Saya kembali ingatkan tekad saya sebelum ini, saya kebalkan hati untuk meneruskannya.
Kadang-kadang, ada juga rasa nak makan dessert atau ais krim, tapi saya lawan dengan minum air lemon sejuk. Hahaha...
Apa pun, kuatkan hati, fokus, istiqomah dan yakin dengan keputusan ini dan teruskan perjuangan.
Ada sampai satu tahap, saya ‘brainwash’ diri sendiri, “Kenapa kau nak mengalah? Siapa paksa? Ini pilihan kau! Nak badan besar macam ni sampai bila?” Saya juga sentiasa minta restu dan galakan suami.
Boleh jelaskan proses diet ini secara ringkas?
Setiap hari makan ikut masa yang sudah ditetapkan. Amal makan tiga kali menu utama + tiga kali snacking. Disusuli dengan senaman setiap hari. Makanan wajib kurang garam, gula, minyak dan lemak.
Dalam sepinggan hidangan, ambil karbohidrat (nasi) kadar segenggam sahaja. Tambah dengan lauk saiz tapak tangan dan sayur separuh pinggan.
Makanan terakhir mestilah sebelum jam lapan malam.
Menu: Nasi + Ikan Siakap Bakar + Terung Bakar + Timun + Air Asam
Apakah antara menu-menu yang diambil setiap hari?
Makan 5 ke 6 kali sehari.
- Sarapan pagi
- Snacking pagi
- Makan tengah hari
- Snacking petang
- Makan malam
- Snacking malam.
Makan pagi dan tengah hari: pilihan menu pelbagai. Boleh pilih roti atau wrap wheatmeal, nasi brasmathi atau perang atau preboiled, spaghetti organic, bihun beras perang atau organik. Semua ini ada sukatan.
- Nasi goreng/nasi lemak/nasi putih
- Bihun @ pasta bole goreng
- Roti bakar @ roti celup telur
Protein: Semua sumber protein boleh dimakan dengan sukatan.
Cara masak boleh bakar, kukus atau menggunakan air fyer.
Fiber daripada sumber sayur (sebarang jenis sayur) digalakkan ambil dalam kuantiti yang banyak dan juga buah.
Untuk snacking, sumber kekacang macam badam digalakkan.
Menu: Nasi + Singgang Siakap + Ulam + Sambal Tanpa Belacan
Bagaimana mengatur masa untuk memasak sendiri?
Untuk sarapan, biasanya seawal pagi saya sudah memasaknya supaya tidak kelam-kabut. Suami pun boleh makan sekali dan ada kala saya bekalkan juga masakan saya kerana suami juga ikut berdiet sama.
Untuk lauk tengah hari & makan malam, kebiasaannya menu yang dibakar akan siap diperap awal untuk jimatkan masa. Jika teringin makanan berkuah, saya akan masak pada waktu malam sebelum tidur.
Sambal atau air asam akan dibuat sekali banyak dan dijadikan stok untuk disimpan di dalam peti ais.
Kebanyakan sayuran, saya beli yang jenis boleh simpan lama untuk elak cepat layu.
Menu: Nasi Beras Perang + Ayam Goreng Kunyit + Ulam
Nasihat anda kepada mereka yang begitu susah untuk melakukan diet ini tapi mahu kurus?
Ingatlah, kita kurus untuk sihat. Kenapa kita mahu gemuk? Dan sampai bila?
Bayangkan, saya sendiri bertahun-tahun gemuk tetapi dalam tujuh bulan sahaja boleh turun berat badan berpuluh kilo.
Banyak keseronokannya apabila sudah kurus ni. Tidak susah nak bergerak terutamanya apabila beribadat, tahap kesihatan kita terjaga, baju senang nak beli dan yang penting hidup akan lebih terurus dan pergerakan menjadi aktif.
Menu: Nasi Beras Perang + Salmon Grilled + Salad
Apakah beza yang dirasai selepas kurus?
Perbezaan ketara ialah rasa lebih yakin apabila berhadapan dengan orang ramai. Rasa badan pun lebih ringan dan sangat bertenaga nak ke sana ke mari.
Selain tu, membeli baju pun menjadi mudah, apa saiz pun boleh masuk. Tak perlu rasa sakit hati apabila sale girl kata saiz besar tak ada, hahaha...
Saya doakan anda semua yang ingin dapatkan berat badan ideal akan lebih berdisiplin, istiqomah dan berjaya dengan misi masing-masing. Jangan mudah putus asa!
Menu: Wrap +Telur + Salad
Menu: Wholewheat Bread + Telur + Avokado + Salad
Menu: Jus Buah Naga + Susu Segar + Mix Vege
Must-Watch Video